•-Mystery Guy-•

368 29 32
                                    


To Taehyung's fans dan kpopers. Hope korang suka cerita oneshot saya ni. (・∀・)

Farahain

Sara berjalan pantas. Lorong itu sunyi. Tiada orang. Hari juga sudah mendung menandakan hujan bakal tiba. Dia berjalan tergesa-gesa. Tanpa sengaja dia merempuh seorang lelaki.

Lelaki itu tersungkur. Begitu juga dengannya. Dia memandang lelaki itu. "Mianhae, saya tak sengaja. Saya mahu cepat" katanya. Lelaki itu mengangguk perlahan. Dia kemudian bergegas pergi. Sara terpandang sekalung rantai. "V?" Dia menyentuh abjad itu. Belum apa2 kepingan huruf V itu tertanggal dari rantai itu. Dia lantas memandang namja itu. Namja itu Sudah semakin  menjauh.

"Huh? Awak nak pergi mana? Hei, tunggu! Rantai awak!" Jerit Sara. Lelaki itu behenti. Dia berpaling memandang Sara.

"Huh~"

__________

Sara bangun. Digosok belakangnya yang terasa sakit sedikit. "Aku kat mana ni?" Sara meliar-liarmatanya memandang sekeliling. "Busstop?"

"Eo?" Dia melihat objek yang digenggamnya. "Huh, huruf V?" Fikirnya sendiri. "Auch" Sara memegang kepalanya. Terasa berdenyut-denyut.

"Aduh, sakitnya kepala aku" Sara memicit kepalanya. "Uhh, dah lewat malam ni. Aku kena balik rumah. Mana bas ni?" Dia sudah mula gelisah.

Kebetulan sebuah kereta putih berhenti berdekatannya. Tingkap kereta itu diturunkan. "Yah, Sara. Apa kau buat kat sini?" Tanya seorang gadis.

"Hana, fuh nasib baik kau ade. Aku pun tak tahu. Aku tak ingat lah. Tapi boleh kau tumpangkan aku balik. Dah lewat ni" soal Sara. Hana mengangguk.

"Macamana kau boleh tak ingat apa2? Pelik" tanya Hana selepas kereta itu bergerak meninggalkan tempat perhentian bas. "Itulah aku tak tahu~ Setahu aku, aku kat lorong tadi, adehh" laju tangan Sara memicit kepalanya. "Waeyo Sara? Are you okey?" Soal Hana kerisauan. Sara mengangkat tangannya membuat isyarat yang dia baik sahaja.

"Takpe, kau tidurlah dulu" arah Hana.

Sara mengunci rumahnya setelah sampai. Hana sudah pergi. Dia menguap. Dia naik ke bilik nya. Tiba-tiba satu sinaran cahaya di dalam beg tangannya.  Laju tangan Sara membuka beg tangannya dan meramas di dalam beg itu.

"Benda ni bercahaya?" Sara melihat tepat objek V yang kini berada di tapak tangannya.  Badannya mula menggigil. Dia segera meletakkan objek itu ke dalam laci. Dikerling jam dinding yang menandakan sudah pukul 12.00 tengah malam. Kemudian dia baring di katil dan terus menutup matanya.

__________

Sara keluar dari pejabatnya. Badannya terlalu lenguh. Dia melihat jam ditangannya. "Huh, dah lewat malam ni.." Dia berjalan menuju ke arah tempat menunggu teksi.

Dia duduk dibangku sementara menunggu teksi. Dia temenung seketika. "Kenapa kepingan huruf V tu ada tempat aku? Dari mana pulak aku boleh jumpa?" Tiba-tiba seseorang berjalan di hadapannya. Jalannya sangat pantas. Badan kecil Sara terhenjut akibat terkejut.

"Jap..." Dia hanya memerhati lelaki itu. Lelaki itu kini berjalan perlahan dan terduduk di atas lantai. Sara terkejut. Dia bangun dari duduknya dan mengorak langkah menuju ke arah lelaki itu. Suasana sangat sepi. Hanya beberapa buah kereta yang melintasi jalan itu.

Mystery Guy-Taehyung[OneShot]Where stories live. Discover now