Maria dan Razif jalan beriringan masuk ke mall. Mira hanya berjalan bersebelahan dengan maria. Dia sedar dari tadi razif asyik menjeling nya.
"Awak kita nak kemana nie?". Tanya maria. Hairan juga dia apabila dari tadi mereka bertiga hanya berpusing pusing di situ2 sahaja.
"Err apa kata kita tengok wayang nak?". Ajak mira memberi idea. Maria tersenyum menandakan dia setuju. Manakala Razif mencebik bibir.
"Haah. Awak kita tengok wayang eh?". Ajak maria sambil memeluk lengan razif. Razif hanya mengangguk perlahan dan mula melangkah ke tempat membeli tiket. selesai membeli tiket, razif berjalan mendekati maria dan mira.
"dah,aku dah beli tiket. wayang start kul 1.30. apa kata kita makan dulu nak?". tanya razif. mira dan maria mengangguk serentak.
"err, awak! saya nak ke toilet kejap boleh?". tanya maria. mira hanya sekadar mengangguk. maria terus sahaja berlalu. mira dan razif hanya berdiam kan diri.
"saya nak mintak maaf dekat awak". kata mira perlahan. razif mencebik bibir.
"tak ada apa yang nak dimaafkan pun.". kata razif tanpa memandang mira.
"saya tahu saya salah. saya mintak maaf sangat2. saya tak nak kita macam nie terus". kata mira sambil matanya tepat memandang razif yang memandang ke arah lain.
"kan saya dah cakap? tak ada apa yang nak dimaafkan. saya tak kesah dah lah. sekarang saya dah ada isteri saya sendiri. saya nak awak rahsia kan tentang kita daripa dia. saya tak nak dia tahu". kata razif kasar. mira tidak membalas kata kata razif, sebalik nya dia hanya mengangguk apabila melihat maria yang melangkah ke arah mereka.
"dah jom". kata maria sambil menarik tangan razif. razif hanya mengikuti langkah maria. sedikit sebanyak dia berasa gembira apabila maria bermanja dengan nya. meskipun dia dengan maria seperi anjing dengan kucing.
********
"just give me Tembikai laici 2 and then Nasi goreng USA pun dua". kata maria sambil memandang muka pelayan yang mengambil order. razif tercengag. dua?
"err dua? kau nak makan sekali dua tu ke?". tanya razif sambil matanya tepat memandang maria. maria tersengih.
"hehe satu untuk awak lah. satu untuk saya". kata maria selamba. razif mengetap bibir. suka hati dia aja nak order untuk aku.
"hm suka hati kau lah". kata razif acuh tak acuh. maria tersengih seperti kerang busuk.
"err mira awak nak order apa?". tanya maria. mira tersenyum manis
"ere bagi saya Laici ais je". kata mira. pelayan tersebut mengangguk dan terus berlalu.
"errr mira, awak selalu tak jalan jalan kat sini?". tanya maria. mira mengangguk kecil. sempat mata nya mengerling razif yang berhadapan dengan maria.
"pernah. saya pernah pergi sini dengan orang yang saya sayang". kata mira sambil tersenyum. razif yang mendengar kata kata mira hanya beriak selamba. meskipun dia tahu siapa yang dimaksud kan oleh mira.
"ouhh ye? mesti awak happy kan dengan orang tu? untung lah awak. haa siapa nama orang yang jalan2 dengan awak tu?". tanya maria teruja. mira mengetap bibir. tak kan nak bagi tahu siapa kut??
"erghhh rahsia. hehe nanti awak tahu juga. but not now". kata mira sambil memandang razif yang memandang tajam ke arah nya. maria berasa hairan. awat ler diorang dua nie pandang macam nak telan orang.
"ouh okay. haa dah sampai pun air nie". kata maria apabila melihat pelayan meletakkan air di atas meja. sekali gus mematikan renungan razif terhadap mira.
"ahhh kenapa lah aku kena keluar dengan dia nie. awak tak kan faham apa yang saya rasa". desis hati razif. sempat dia mengerling mira yang menunduk. ingin sahaja dia memujuk gadis itu. tetapi ego nya menahan diri nya daripada berbuat demikian. Ahhh ingat apa yang dia dah buat dekat kau Razif!!
p/s : Hye guys assalammualaikum. jangan lupa vote dan comment ya guys. kasihan saya type panjang2. tapi yang vote dan comment nya? hampehh. bukan saya gila kan vote or comment. but you guys kena tahu setiap vote dan comment yang korang berikan amat bermakna. dan menaikkan lagi semangat si penulis. mungkin bagi kalian vote dan comment tiada makna. but tidak untuk si penulis yang telah bertungkus lumus memerah idea mengeluarkan semua idea. tolong hargai guys. kepada yang setia menunggu cerita nie, dan selalu comment dan vote terima kasih banyak banyak. saya hargai sangat sangat. setiap vote dan comment positif kalian menaikkan lagi semangat saya. lot of thanks <3 -pah
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia [COMPLETE]
RomansaNur Maria Maisarra. Cantik nama nya seperti tuannya. baru berusia 16 tahun tetapi dipaksa untuk berkahwin dengan Musuh ketat nya sendiri? gila memang gila! Syed Razif? seorang yang sangat tegas dan garang dan juga merupakan musuh ketat Maria. baru b...