Di Kampung Sri Intasi terkenal dengan tiga budak yang amat nakal hingga tidak terbatas kenakalannya. Tiga budak itu telah menubuhkan kumpulan yang diberi nama 'Alfirshah'. Alfirshah ialah singkatan nama mereka iaitu Alif, Firdaus, dan Shahmi. Perangai Alif, Firdaus dan Shahmi langsung tiada persamaanya, perangai Alif ialah suka menyakat orang seperti suka mengejek nama seseorang, suka bergurau yang mengakibatkan orang terasa benci dan marah. Perangai Firdaus pula ialah suka menyorokkan barang orang. Jika dia ke Masjid, selepas sahaja solat, dia terus akan meluru keluar untuk menyorokkan selipar orang. Perangai Shahmi pula jauh berbeza berbanding antara dua lagi rakan-rakannya yang terlebih nakal itu. Pada hari Sabtu, seperti runtin hariannya, mereka bertiga akan berjalan-jalan di satu persatu kawasan perumahan yang terdapat di kampung Sri Intasi. Mereka bertiga mula menjelajahi satu kampung pada pukul 3.00 petang. Jika pukul 6.30 petang mereka masih belum pulang, itu bermakna mereka singgah dirumah kawan-kawannya dahulu.
**********
"Ehh, Fir, Shah, kalian tahu tidak yang 1 Syawal ini hari raya?" soal Alif dengan teruja. "Whattt!!!" jerit Firdaus dan Shahmi serentak. "Hoi! Kalian dah kenapa?" soal Alif lagi. "Kenapa kami langsung tidak tahu soal itu? Kenapa penduduk kampung dan rakan sekelas langsung tidak bercakap tentang persiapan untuk Hari Raya?" soal Firdaus lagi. Soalan diajukan, soalan kembali yang dijawab. Sikap mereka amat aneh. "Iya! Betul itu! Ishhh! Kau ni Alif kenapa tidak bagitahu kami??" jerkah Shahmi pula. "Aku tengah bagitahu lah ni!" jerkahan Shahmi tadi membuatkan perasaan Alif bertukar menjadi hendak marah. Dia langsung tidak terima jika ada ahli kumpulan Alfirshah boleh meninggikan suara kepadanya A.K.A ketua kumpulan Alfirshah. "Siapa ajar kalian menderhakai ketua hah? " soalan diajukan dengan nada yang membingitkan suasana. "Mana ada kami derhaka, kami hanya geram sebab kami langsung belum beli baju raya. Nanti habis stok" Shahmi dan Firdaus jawab serentak dengan kepala tertunduk. Terasa takut pula apabila melihat renungan tajam yang diajukan daripada Alif iaitu ketua kumpulan Alfirshah. Suasana di Pondok Rahsia Alfirshah menjadi sunyi dan sepi. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. "krik, krik, krik". Apabila melihat keadaan sunyi sepi, Alif tergelak kecil. Dia sendiri juga tidak tahu dimanakah kalakarnya "hihihi, huhuhu, hahh! Tahu takut, tadi bukan main garang lagi! Lihat sahaja tentangan mata tajamku, semua tunduk! Hahaha". Setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Alif, kepala Shahmi dan Firdaus mengangkat jua."Ish kau ni Alif! Suka sangat menyakat orangg! Takut aku dibuatnya" kata Firdaus dengan muka yang masih berbakikan pucat akibat ketakutan. "hahaha, aku gurau je tadi itu, tidak perlulah pucat lesu begini" kata Alif dengan lebih rancak ketawanya. "huhhh" hanya keluhan yang dibalas oleh mereka sambil muka mereka masih agak keliru.
***********
"Ibu, Ibu tahu tidak yang 1 Syawal ini Hari Raya?" Firdaus terus menanyakan kepada ibunya apabila tiba sahaja dirumah.
"Tahu" hanya sepatah kata yang dijawab sebagai soalan anaknya tadi. "Jadi, Ibu sudah belikah baju raya untuk Fir?" Soalan diajukan lagi. "Sudah" seperti biasa hanya ringkas jawapan ibunya. Kerana, ibunya malas mahu melayan karenah anaknya itu. "Yahoo! Warna apa?" soalnya lagi. "Tidak perlu tahulah. Ibu tengah siapkan ini, ibu jahit sendiri. Nanti sudah siap ibu bagitahu lah. Tunggu sahajalah hari raya nanti. Barulah dipanggil 'suprise'!" Nada ibu Firdaus iaitu Puan Aisyah agak menjerit sambil matanya dikenyitkan sedikit. "Okey, Fir tunggu" nada Firdaus agak lemah. "Okey! Good boy!" kata ibunya lagi agar semangat anaknya yang kian luntur itu kembali bersemangat mahu beraya. Firdaus terus berlari memasuki biliknya. Anak tangga satu persatu dipijaknya dengan laju. Bimbang jika dia tergelincir, jatuh pula. Dicapainya telefon, dia terus membuka 'contact' dan mesej Alif.
-------------------
FIRDAUS: Alif, mak kau dah beli ke baju raya?
---------
1 minit kemudian,
---------
Alif: Sudah. Kau?
Firdaus: Mak aku beli kain sahaja. Mak aku jahit sendiri. Warna baju kau apa?
Alif: Warna baju aku?? Of course lah Kuning. Dah lama aku idamkan agar raya tahun ini baju raya akan warna kuning. Kau pulak?
Firdaus: Wahh! Mesti cantik kan warna dia! Aku pun suka warna kuning. Urm, aku punya baju raya? Entahlah wei. Ibu aku cakap rahsia. Sebab ibu aku beli kain je, baju ibu aku jahit sendiri. Ibu aku suruh tunggu hari raya nanti.
Alif: Cehh! Suprise duhh! Best lah kau ada suprise bagai. Okeylah, aku nak pergi makan malam ini. Okey lah Bai!
Firdaus: Bai! See you next week!
-----------------------
Ditutupnya telefon lalu dia terus membersihkan tempat tidurnya dan direbahkan badannya.
********
Hari demi hari telah pun berlalu dengan runtin harian mereka bertiga yang membosankan. Seminggu mereka dirumah hanya makan, borak dan tidur sahaja tugas mereka setiap hari. Satu mimggu hanya berakhir dengan begitu sahaja. Alif menuruni anak tangga rumah bangglonya dan ditekannya punat on alat kawalan jauh. Dengan pantas televisyen rumahnya mengeluarkan siaran. Dia membuka siaran 119 dilihatnya cerita Spongebob Squarepants iaitu siaran kegemarannya. Tiga Jam telah berlalu, jam yang terdampar didinding ruang tamunya itu kian berdetik. Telefon yang berada disebelahnya dicapai lalu dengan pantas dia tekan punat dan alihkan kepada applikasi yang bernama 'Calendar' di tukarnya judul aplikasi tersebut menjadi 'Calendar Raya'. Lalu, dia membuka kembali aplikasi lain yang berjudul 'Tetapan' untuk disetkan lagu apabila tiba harinya raya nanti.
**********
YOU ARE READING
Kompilasi Cerpen #1
AdventureSebuah cerpen yang dihasilkan dari oleh Heliza untuk memasuki Kompilasi Cerpen, tetapi tidak dapat diterbitkan, Selamat membaca dan jangan lupa juga untuk vote ya