Maria dan Razif melangkah masuk ke bilik mereka berdua. penat tidak terkata. razif terus sahaja mengambil tuala dan melangkah masuk ke tandas untuk membersihkan diri. manakala maria masih duduk di birai katil. otak nya ligat memikirkan tentang hubungan sebenar mira dan razif.
"apa hubungan diorang eh? sampai tadi siap jeling jeling. pelik betul". desis hati maria. sakit kepala nya memikirkan hubungan mira dan razif. tak kan lah diorang couple kut?
"err diorang sepupu kut? tapi tak kan lah sepupu sendiri nak jadi pembantu rumah? mak aihh mustahil lah. couple? erkk jangan kata couple sudah". desis hati maria lagi. sedikit sebanyak dia berasa takut jika benar yang mira dan razif adalah pasangan kekasih.
"hoi! kau termenung apa tu?". sergah razif. ternaik bahu maria apabila disergah sebegitu. aik? sejak bila mamat nie keluar? tak perasan pun. but wait! laju sahaja tangan maria menutup muka nya. malu ya amat!
"kau dah kenapa tutup muka macam tu??". tanya razif. hairan dia melihat maria yang tiba tiba sahaja menutup muka nya.
"errr awak nie memang tak reti nak pakai baju kat dalam bilik air ke apa? tak reti nak malu?". marah maria. razif tersengih. baru dia faham kenapa.
"lahh buat apa nak malu? isteri sendiri kut! watlek suda". kata razif selamba dan mula mengatur langkah menuju ke almari dan terus sahaja mengambil baju nya.
"ahhh tak malu!". jerit maria dan terus berlalu ke tandas. tetapi nasib nya malang apabila dia terjatuh di hadapan kamar mandi. malu nya!!
"arghhhh". jerit maria lantang. razif yang sudah selesai memakai baju terkejut melihat maria yang telah pun terduduk di hadapan tandas.
"kau dah kenapa duduk depan tandas nie?". tanya razif blur. maria mengetap bibir.
"tak nampak ke saya tengah memasak nie? saya jatuh lah!". marah maria. razif yang terkejut mendengar kata kata maria tidak dapat menahan ketawa nya. tetapi ketawa nya berhenti apabila melihat air mata yang mengalir di pipi maria.
"errr sorry sorry. meh sini aku tolong kau". kata razif dan terus sahaja mendukung maria. maria terkedu. Razif membaringkan maria di katil. setelah itu dia berlalu ke bawah untuk mengambil ubat.
"razif? kamu dah kenapa terkejar kejar nie?". tanya datin maimun. razif mengusap rambut nya perlahan. sempat dia mengerling mira yang berada di sebelah datin maimun.
"err maria jatuh kat tandas ma. nie ingat nak sapu ubat kat tempat yang lebam". kata razif. datin maimun terkejut.
"yaAllah biar betul? meh sini mama nak tengok dia sekali. mira mari ikut saya". kata datin maimun. maria hanya sekadar mengangguk dan berlalu mengikuti langkah datin maimun dan razif.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia [COMPLETE]
RomanceNur Maria Maisarra. Cantik nama nya seperti tuannya. baru berusia 16 tahun tetapi dipaksa untuk berkahwin dengan Musuh ketat nya sendiri? gila memang gila! Syed Razif? seorang yang sangat tegas dan garang dan juga merupakan musuh ketat Maria. baru b...