Maria melangkah ke kantin bersama sama dengan nida. setelah razif memberi nya kuih tadi pagi, mood nya terus sahaja bertukar. nida juga berasa hairan melihat perubahan maria. kejap badmood, kejap ok. haih perempuan perempuan
"beb, kau ok tak?". tanya nida ragu ragu. kut kut kawan baik dia nie kena sampuk dengan jembalang ke?
"ha? aku okay lah. kau nie. dah lah aku nak beli makanan sat. ha btw lepas nie aku nak jumpa someone, then baru aku follow kau tau". kata maria sambil tersenyum manis. kening nida hampir bercantum. akhirnya dia hanya menganguk. maria berlalu meninggalkan nida yang masih berasa hairan.
Maria melangkah ke meja razif. rafiq yang perasan kelibat maria yang berjalan ke arah mereka memberitahu razif.
"bro, tu maria on the way ke sini. get ready, kut kut dia nak balas dendam ke?". kata rafiq. razif hanya beriak selamba. maria datang mendekati nya lalu meletakkan makanan yang dibelinya di atas meja berhadapan dengan razif.
"hai awak. err saya ada beli kan awak makanan. nah makan lah". kata maria teruja. rafiq memandang maria dan razif silih berganti. razif mengetap bibir tanda geram. Minah nie memang nak kena lah! ada pulak dia bagi aku makanan? dia nak satu sekolah tahu ke apa pasal aku dengan dia dah kahwin.
"er? no thanks. aku dah makan tadi". tolak razif perlahan. rafiq memandang razif tidak percaya. maria mengetap bibir.
"tapi awak saya belikan nie untuk awak. awak makan lah eh". pujuk maria lagi. razif memandang tajam ke arah maria. maria menahan air mata nya daripada jatuh. sampai hati razif tengking dia!
"okay". kata maria sepatah lalu mengambil semula plastik yang berisi makanan itu dan terus berlalu meninggalkan razif dan rafiq.
"bro! kau dah pahal kasar sangat?". tanya rafiq. razif memejam mata nya.
"a..aku tak sengaja. aku tak suka orang bagi aku makanan macam tu". balas razif. rafiq memandang tajam ke arah razif.
"kau ada apa apa dengan maria ke?". tanya rafiq. razif menelan liurnya.
"errr...ma..mana ada. suka hati kau je nak kata aku ada apa apa dengan maria". kata razif sambil ketawa yang dibuat buat.
"kau tipu aku kan? mustahil! kau mesti ada apa apa dengan maria. aku pelik! tadi masa pergi sekolah, kau sama sama dengan dia. then now maria bagi kau makanan pulak. eh pelik ok! kau mesti ada apa apa dengan dia. biasa nya korang pantang berjumpa, mesti nak gaduh". kata rafiq dengan nada tidak puas hati. razif menghembus nafas nya perlahan. buntu!
"ok fine, aku akan mengaku! but aku nak kau simpan rahsia nie antara kita berdua je. please jangan bagi tahu sesiapa. sebenarnya maria tu isteri aku. aku baru berkahwin dengan dia. papa aku yang paksa. actually aku tak nak pun. sebab aku masih mentah untuk berkahwin. but aku kena terima untuk membalas jasa mama dan papa aku yang menjaga aku dari kecil". terang razif panjang lebar. rafiq mengangguk tanda faham. sebenarnya dia pun terkejut!
"jadi kau dah kahwin dengan maria? wow congrats bro. tak sangka kau dah kahwin". kata rafiq teruja. razif mengetap bibir. fikiran buntu! dia tidak sengaja menengking maria tadi!
"thanks". kata razif ringkas. tiba2 lonceng berbunyi tanda para pelajar harus masuk ke dalam kelas semula.
Jangan lupa vote dan comment.
YOU ARE READING
Cinta Untuk Dia [COMPLETE]
RomanceNur Maria Maisarra. Cantik nama nya seperti tuannya. baru berusia 16 tahun tetapi dipaksa untuk berkahwin dengan Musuh ketat nya sendiri? gila memang gila! Syed Razif? seorang yang sangat tegas dan garang dan juga merupakan musuh ketat Maria. baru b...