Topup

78 2 3
                                    

Buto! Pehal la lambat sangat ni.... Mana pulak bangsat ni. Dah pukul 6 petang dah ni. Dah sejam aku tunggu kat pusat latihan memandu ni. Aku dah cakap dah aku balik pukul 5 kat dia tadi. Asar pun aku sempat buat tadi sementara menunggu si bangsat tersebut. Nak call, takde credit. Celaka!

5 minit....

10 minit....

Bzzz..Bzz..Bzz..

Ade orang call. Terpapar nama Ayah di screen Samsung Galaxyku.

Aku angkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Uda dah balik ke belom?" suara ayah kedengaran di hujung talian.

"Waalaikumusalam. Belom."

"Uda masih kat sana lagi ke?"

"Ye."

"Sorang sorang?"

"Ye."

"Serius ke ni?"

"Yeeeeee...."

"Angah tak ambik kau lagi la ni. Ish bertuah punya anak. Nanti ayah bagitahu dia suruh amik kau?"

"Hmm.." Balasku ringkas lalu terus mematikan panggilan tersebut. Aku menekan butang off pada henfonku. Kemudian aku menekan lagi butang yang sama untuk on kan henfon ku semula. Tindakan bodoh itu aku ulangi berkali-kali. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain itu sementara menunggu si bangsat tu datang memandangkan topup aku dah habis? Nak bukak internet pun tak boleh. Nak main game? Semua game yang aku ade perlukan internet.
SIAL!! AKU BOSAN!!

10 minit aku yang lebih berharga berbanding emas telah berlalu. Akhirnya si babi ni tiba juaa dengan menaiki sebuah motorsikal Jaguh kepunyaan bapak aku sambil memegang sebuah helmet.

Muka aku tenang sahaja walaupun hati ini sudah begitu panas seperti larva gunung berapi. Helmet di tangannya aku rentap lalu terus memakainya di kepalaku.

"Wei! Dah lama tunggu?" soalan bodoh terpacul keluar dari mulut abang aku yang nombor dua ni.

"Dah." ringkas sahaja jawapan aku tanpa menambah sebarang carutan sebagai kata penguat.

"Asal tak call awal-awal cakap dah balik?"

"Takde topup. Lepas ni singgah 7e tau, aku nak beli topup."

"Hmm.."

Motor Jaguh yang ditunggang kami bergerak laju menyusuri jalan raya yang sibuk. Waktu puncak lah katakan..orang semua balik kerja.

※※※※※

Ding! Dong! Loceng berbunyi sebaik sahaja aku masuk ke 7e.

"Bang! Topup tunetalk lima ringgit."

Abang 7e menekan butang-butang pada sebuah mesin. Entah ape ntah dia buat.

"Takde."

Fuck! Ape punya suwei ntah aku hari ni. Satu satu masalah timbul. Aku keluar dengan perasaan hampa. Aku meminta abang aku aku untuk pergi ke sebuah kedai topup yang bersebelahan 7e. Alhamdulilah. Ada. Aku bersyukur pada tuhan yang maha esa.

Tamat.

TopupWhere stories live. Discover now