Bab 9

2.5K 63 11
                                    

Briefcase diletakkan ditepi sofa. Danial menghenyakkan punggungnya di sofa ruang tamu rumah besar itu. Dia memandang keatas. Lama dia merenung kearah kipas yang laju berputar. Beberapa minit kemudian, dia meletakkan tangan kirinya ke dahi. Sekali lagi, dia mengeluh.

Danial terkejut sedikit apabila ada dua tangan kecil mengurut bahunya. Dia memandang kearah belakang.

"Eh, anak papa. I thought it was a ghost,"

"Eh, mana boleh. Nisa kan cantik macam ibu, mana boleh jadi ghost" Hanisah senyum lebar; menunjukkan giginya. Danial memandang kearah Hanisah. Dia mengeluh.

"Papa demam ke?" tangan kecil Hanisah meraba-raba kawasan dahi dan leher Danial. Danial mendengus.

"Tak. Nisa pergi main dengan kakak. Papa penat ni,"

"Tapi Nisa nak duduk dengan papa," kata Hanisah separuh merajuk. Dia mahu bermain dengan ayahnya.

Danial memandang kearah Hanisah. Dia mengerutkan dahinya.

"Papa kata papa penat kan? Kenapa degil sangat ni?" pertanyaan Danial sudah mula mengeras. Dia hanya mahu bersendirian sekarang ini. Tidak mahu ada siapa pun yang mengganggu, termasuklah anaknya sendiri. Hanisah diam. Dia berdiri, memandang kakinya. Jari-jari kecil kakinya menguis-nguis bulu karpet.

"Aisyah!" panggil Danial. Kuat. "Aisyah!" panggil Danial sekali lagi. Kali ini lebih kuat.

"Ya, encik.." "Bawa Nisa pergi tempat lain." tegas. Aisyah memegang tangan Hanisah.

"Tapi, Nisa nak duduk depan papa.." rengeknya. Dia tidak mahu didukung oleh Aisyah.

"Papa Nisa penat tu. Jom main dengan kakak," pujuk Aisyah lembut.

"Kalau Nisa tak boleh duduk dengan papa, kenapatak boleh duduk dengan ibu jugak?"  

Danial memandang Hanisah tajam.

"Kau ni karang aku tampar mulut tu sampai berdarah nak? Kau nak sangat pergi dekat ibu kau yang miskin tu? Kau ni pun satu Aisyah! Aku suruh bawak tu bawak lah! Aku menggajikan kau ni untuk apa?" marah Danial.

Aisyah terkesima. 'Buruknya perangai. Miskin-miskin aku pun, taklah berperangai macam kau tu,' ejek Aisyah dalam hati. Buruk benar perangai Danial pada matanya sekarang ini.

"Takkan saya nak berkasar dengan Nisa," jawab Aisyah tak puas hati.

"Karang dengan kau sekali aku tampar," Aisyah mengerutkan dahinya.

'Kau ni dah kenapa? Dah hilang akal ke apa?' marah Aisyah dalam hati. Dia menggenggam erat tangan Hanisah. Hanisah menyorok dibelakangnya.

"Danial, kenapa kamu cakap macam tu depan anak? Miskin, miskin.. Kamu tu kaya sangat?" marah Dato' Bohan; dia datang dari luar.

"Bisinglah!" tempik Danial sambil mengusutkan rambutnya sendiri. Dia terus mengorak langkah untuk kebiliknya. Dato' Borhan hanya dapat menggelengkan kepala.

"Dia tu memang kepala angin sikit, Aisyah. Esok dia dah ok, dia minta maaf lah tu pada kamu."

"Memang salah saya pun, Dato'. Takpelah. Saya bawa Nisa ke luar sekejap,"

**

"Kakak, Nisa nak tidur dengan kakak. Boleh tak?"

"Eh Nisa. Kenapa ni sayang?"

"Papa tu dah tak sayang Nisa. Dia tak baca Nisa stories pun," rajuk Hanisah, sedikit hiba. Dia berjalan perlahan menuju kearah katil Aisyah.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now