Overtime

121 5 2
                                    

Kamal dan Adli kawan sepejabat membuat ot pada suatu malam bagi menyiapkan tugasan untuk pembentangan petang esoknya. Mereka tinggal berdua sahaja di pejabat pada malam tersebut. Sedang mereka membancuh air, Kamal membuka cerita bahawa pejabat mereka itu pernah terjadi satu kes  bunuh diri. Salah seorang pekerja disitu telah menggantungkan dirinya betul-betul ditempat mereka sedang lepak bancuh air itu. Ditemui dalam keadaan yang mengaibkan. Sejak dari kes itu, ramai pekerja yang berhenti kerana asyik diganggu oleh roh yang tidak tenteram tersebut. Adli cuma mengangguk dengan penceritaan Kamal. Kamal minta diri untuk ke tandas, dan selang beberapa minit kamal kembali, kelihatan Adli tiada. Dicari di semua tempat namun tidak jumpa. Kamal cuba menghubungi Adli. Adli mengangkat panggilan Kamal. Kamal tanya dimana dia pergi tinggalkan Kamal sorang sorang? Nak tau apa Adli cakap? Adli cakap dia mintak maaf tak jadi ot sebab anak dia demam. Dia terlupa nak beritau Kamal. Kamal bergegas mahu meninggalkan pejabat tersebut. Tiba-tiba kedengaran satu suara mengatakan "nak pergi mana? Dah tahu ke? Hihihi".

Cerita Seram RekaanWhere stories live. Discover now