Keluarga

275 9 3
                                    

Sebuah keluarga .
Yang bahagia .
Aku gembira ,
Memiliki keluarga ini .
Kerana apa ?
Kerana mereka darah dagingku .

Ayah , ibu , dua orang abang dan adik .
Ini . Ini keluarga aku .
Yang selalu menyokong aku .
Yang selalu berharap kepada aku .
Mereka . Mereka inilah yang menjadikan aku .
Manusia .
Manusia berguna .

Ayah .
Ketua keluarga .
Dia gembira ketika aku berjaya .
Tapi dia tidak tunjuk .
Mengapa ?
Maaf . Aku tak punya jawapan itu .
Dia . Lelaki pertama di hati .
Suhaimi .

Ibu .
Yang melahirkan aku .
Yang selalu berleter kepada aku .
Marah ketika aku buat kerja bodoh .
Tapi dia .
Dia lah yang mendidik aku sehingga aku berjaya .
Dia . Permaisuri hidup .
Rahmah .

Abang .
Aku punya dua orang abang la .

Abang pertama .
Yang menyara aku di asrama .
Sanggup bekerja daripada belajar .
Apa alasannya ?
"Abang nak tengok Abby berjaya . Biar lah abang bodoh . Tapi adik abang pandai ."
Sebak . Aku sebak .
Tiada abang yang paling mulia selain dia .
Muhammad Amirul Farhan .

Abang kedua .
Yang selalu bergaduh denganku .
Yang selalu tidak puas hati dengan aku .
Tapi . Bila dia tiada .
Aku sunyi .
Kerana apa ?
Tiada teman untuk bergaduh .
Tiada apa yang menarik selain itu .
Dia . Teman bergaduh .
Muhammad Amirul Nazhan .

Adik .
Pelengkap suasana aku .
Cemburu ? Normal bagi seorang kakak untuk cemburu .
Dia anak bongsu .
Paling dimanjakan .
4 tahun .
Sungguh petah bila berkata .
Dia . Budak petah .
Amirah Qistina .

Ini .
Inilah keluarga aku .
Terima kasih .
Kerana menyokong aku .
Disaat aku hampir tersungkur .
Keluarga ini .
Keluarga 'Encik Suhaimi' .

Isi HatiWhere stories live. Discover now