Al-Mumtahanah: Perempuan Yang Diuji.

354 16 1
                                    


Assalamualaikum Warahmatullah. Terima kasih kerana sudi membaca usrah kali ini. Sebelum kita mulakan usrah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad , keluarga Baginda serta para sahabat. Kali ini tajuk "Al-Mumtahanah: Perempuan Yang Diuji".

Bismillahirrahmanirrahim. Tentang seorang wanita di zaman Rasulullah iaitu Ummu Kultsum binti Uqbah adalah seorang sahabiyah yang memiliki keistimewaan. Semasa Nabi Muhammad dan para sahabat berhijrah ke Madinah. Beliau menjadi wanita yang pertama berhijrah ke Madinah. Ummu Kultsum meninggalkan segala kesenangan hidup serta keluarganya demi mengikuti jejak junjungan mulia Nabi Muhammad .

Sebelum peristiwa itu, Ummu Kultsum tidak sesekali dia tinggalkan ibu bapanya. Sementara itu juga usianya yang masih muda, sudah semestinya dia susah mahu berenggang dengan orang tuanya. Tetapi, tahap cintanya kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad melebihi semua itu. Semasa mengikut jejak Nabi Muhammad , Ummu Kultsum memeluk Islam dan berbai'at dengan Nabi Muhammad , tiada seorang pun ibu bapa mahupun keluarga serta sanak saudaranya mendapat hidayah lagi. Ummu Kultsum meninggalkan rumahnya menempuh perjalanan jauh melintasi gurun pasir ditemani oleh seorang lelaki dari Bani Khuza'ah. Namun, perkara ini akhirnya diketahui oleh keluarganya. Maka menyusullah kedua-dua orang abangnya, Al-Walid dan Ammarohun mengikuti pergerakkannya.

Dua hari selepas Ummu Kultsum tiba di Madinah, kedua-dua abangnya pun tiba. Mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad untuk meminta adik mereka kembali bersama mereka. Ummu Kultsum berasa sangat risau dengan kedatangan kedua-dua abangnya itu. Apatah lagi semasa perjanjian Hudaibiyah yang salah satu dari isi perjanjian bahawa, "Seorang pemuda atau pemudi yang masih berayah atau berpenjaga jika mengikuti Muhammad tanpa izin, maka akan dikembalikan kepada ayah atau penjaganya."

Suatu hari, Ummu Kultsum mengadu tentang kerisauannya kepada Nabi Muhammad , "Ya Rasulullah, aku ini seorang wanita yang dianggap lemah. Aku takut mereka akan mengganggu aku dalam beragama sehingga sehingga aku tidak sabar, sehingga Allah SWT membatalkan janjinya untuk kaum wanita." Dari percakapan itu, Allah SWT telah menurunkan surah al-Mumtahanah ayat 10-11 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila perempuan mukmin datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji keimanan mereka..." Dalam ayat tersebut juga menegaskan bahawa tidak boleh wanita-wanita yang sudah beriman itu dikembalikan kepada suami atau keluarga mereka masih kafir. Dan bahawa tidak halal suami-suami yang kafir untuk isteri yang mukmin. Maka Nabi Muhammad pun melaksanakan perintah Allah SAW dengan menguji keimanan Ummu Kultsum. Ummu Kultsum dan juga wanita-wanita yang berhijrah sesudahnya, diminta bersumpah setia. Jika bersumpah, maka mereka tidak akan dikembalikan. Setelah mengangkat sumpah, dia berasa lega kerana dia tidak akan dikembalikan kepada keluarganya.

Semasa hayatnya, dia telah meriwayatan 10 hadis. Salah satunya adalah tentang dilarang berdusta kecuali dalam tiga perkara, iaitu dalam keadaan berperang, mendamaikan sesama manusia serta percakapan suami kepada isterinya dan isteri kepada suaminya untuk saling memperbaiki. Ketika meninggalkan Mekah menuju ke Madinah, Ummu Kultsum belum bersuami. Lalu perjalanan hidupnya, dia bernikah dengan beberapa sahabat, iaitu Zaid bin Haritsah, Az-Zubair, Abdurrahman bin Auf, dan Amr bin Ash yang menjadi suami terakhir sampai wafatnya Ummu Kultsum. Begitulah kisah Ummu Kultsum yang teruji diantara kasih sayangnya terhadap keluarga dan cinta kepada Islam, Allah dan Rasul.

Pertalian yang kuat antara seorang wanita dan keluarganya. Apabila Ummu Kultsum memeluk Islam, lalu Allah SWT menguji keimanannya. Maaf, bayangkan kita wanita, kuatkah kita hidup tanpa keluarga disisi sementara usia masih muda? Semata-mata demi kecintaan kepada Allah dan Rasul. Hebatnya Ummu Kultsum diuji. SubhanAllah.

Baiklah, sampai disini sahaja usrah kita pada kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Kita akhiri usrah kita dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Assalamualaikum Warahmatullah.

© Team Tazkirah (El Tazkiyah) 2015.


Al-Mumtahanah: Perempuan Yang Diuji.Where stories live. Discover now