"Hai." Yunho tersenyum. "Maaf, aku lambat."
Lelaki yang dulunya pernah menjadi kekasihnya itu hanya tersenyum kecil. "Tak apa. Aku sudah biasa. Kau bahkan hanya lewat 10 minit kali ini."
Yunho ketawa atas peringatan itu. Benar. Dulu dia selalu lewat. Mungkin kerana dia memang pelupa tapi dia hampir tidak pernah tepat pada waktu untuk janji-temu mereka. Pernah, dia datang lewat sejam kerana betul-betul terlupa membuatkan Jaejoong merajuk dan mendiamkannya selama seminggu. Ah, kenangan yang manis.
"Kau sudah memesan minumanmu?"
"Belum."
Jaejoong segera menaikkan tangannya dan memanggil pelayan. Mereka masing-masing memesan jus epal dan cappucino serta memilih sepotong kek Blackforest dan Strawberry Delight. Peliknya, selesai membuat pesanan, suasana hening meliputi mereka. Seolah-olah mereka orang asing. Tapi, bukankah itu kebenaran? Kami memang orang asing sekarang.
"Jadi." Yunho terpaksa memulakan perbualan. Dia benci keadaan seperti ini. Baru seminggu kembali ke Korea dan dia sudah berfikir lebih baik sekiranya dia terus menetap di Jepun sahaja. "Kenapa?"
Jaejoong menunduk. Diam. Yunho jadi ragu jika dia akan menjawab. Tetapi itu bukan persoalan yang susah.
"Aku merindukanmu."
Bisikan pelan itu membuatkan Yunho terkedu. Dia segera mengalihkan pandangannya ke luar. "Jaejoong..."
"Tak bolehkah kita kembali bersama? Aku sudah tahu kesalahanku. Aku takkan mengulanginya lagi."
Dari suaranya saja Yunho tahu, Jaejoong sudah hampir menangis. Tapi tidak. Tidak lagi. Sudah tidak boleh.
"Maaf."
"Kenapa Yunho? Tak bolehkah kau mempertimbangkannya lagi? Sudah tujuh tahun, Yunho. Tujuh tahun... Aku tidak pernah menggantikanmu dan aku tahu, kau juga tidak mencari penggantiku. Bukankah itu bermakna kau masih mencintaiku?" Jaejoong cuba merayu. "Aku tidak pernah melupakanmu Yunho. Hanya kau yang kucintai selama ini."
Dari mana dia tahu? Yoochun? Atau ibu-bapaku sendiri yang telah memaklumkan Jaejoong tentang hal ini? "Kau-" Yunho menggantungkan ucapannya apabila melihat pelayan menghampiri meja mereka. Jaejoong memilih menundukkan wajahnya untuk menyembunyikan kesedihannya. "Terima kasih." Dengan sopan, Yunho tersenyum saat pelayan itu mengundurkan diri. Dia menghela nafas melihat badan Jaejoong mula bergetar. Jangan menangis...
"Kita sudah berakhir Jaejoong. Tujuh tahun lalu, kau yang memilih bohong daripada jujur kepadaku." Terpaksa, dia terpaksa mengingatkan kenyataan itu. Realitinya, Jaejoonglah yang memilih berkorban dan mengorbankan kebahagian mereka masa itu.
Jaejoong menggeleng keras. "Aku fikir kau akan bahagia... Kau- Kau sangat sukakan kanak-kanak."
"Ya. Itu benar. Kerana itulah aku sedang dalam proses mengambil anak angkat."
Jaejoong terdiam.
Yunho memalingkan wajahnya. "Kau tahu, seharusnya kau yang berada bersamaku melihat kanak-kanak itu. Mereka begitu comel dan aktif. Dan sesetengah daripada mereka sangat pemalu. Tapi mereka begitu suci, setiap seorang daripada mereka, walau senakal manapun mereka."
"Aku..."
Yunho tersenyum sedih. "Sebenarnya, aku tak pernah marah kerana kau memilih menjaga perasaan mereka, Jaejoong. Aku bersyukur kerana kau begitu peduli pada kemahuan ibu-bapaku. Aku cuma terkilan kau tidak berbincang denganku mengenainya... Aku terlanjur kecewa bila kau memendam segalanya dan membuat keputusan sendiri mengenai kita. Aku sakit Jaejoong, hatiku sakit sekali pada waktu itu kerana kau memilih melukai aku untuk mereka."
"Tidak Yunho, aku-"
"Aku bukan barang, Jaejoong. Aku ada hati dan perasaan. Aku juga mampu membuat keputusan sendiri. Tidak sepatutnya kau mempermainkan aku seperti itu. Menjarakkan dirimu dan membiarkan orang lain masuk di antara kita dengan sengaja, itu ibarat satu penghinaan untuk pilihanku. Cintaku."
"Yunho..."
"Jika saja Aivee tidak kasihan padaku yang terus menyalahkan diri atas sikapmu padaku, jika saja dia tidak peduli akan perasaan hatiku yang remuk-redam, jika saja dia tidak jujur kepadaku dan menceritakan segalanya... Aku pasti menjadi lelaki paling bodoh dan dayus di dunia ini."
"Yun-"
"Dia memang seorang wanita yang mengagumkan. Ibu-bapaku telah memilih dengan baik. Aku faham mengapa kau juga bersetuju sekiranya dia yang menjadi isteriku dan ibu kepada anak-anakku. Tapi kau lupa satu perkara Jaejoong. Aku telah memilihmu. Aku pilih kau Jaejoong. Kau. Seorang lelaki yang telah mendiami hatiku seluruhnya. Sejak awal, aku tahu baik buruk pilihanku. Aku sedar apa yang akan aku jalani dan hadapi bersamamu."
"Aku-"
"Tapi kau merendahkan cintaku. Kau mahu aku menduakanmu. Dan kau mahu aku bersananya jika sekiranya aku terpaksa memilih. Hanya kerana dia mampu memberikan aku anak? Hanya kerana suruhan ibu-bapaku? Hanya kerana kau mahu ibu-bapaku merestui hubungan kita?"
"Hentikan Yunho. Tolong..."
"Kau tahu betapa sakitnya hatiku pada waktu itu?" Yunho menangis dalam diam. Dia fikir dia sudah lali. Dia fikir dia sudah sembuh. Tapi rasa sakit itu masih ada, masih nyata rupanya, bila memori itu kembali. "Aku minta maaf, Jaejoong. Aku tak mampu melupakannya. Kau yang telah menorehkan luka itu. Mungkin benar. Mungkin aku masih mencintaimu. Tapi selagi aku masih mencintaimu, selagi itulah kau tetap menyakitiku.
Jadi maaf, aku tak boleh... tak mampu kembali padamu."
YOU ARE READING
IRONI
FanfictionKau memilih bohong daripada jujur kepadaku. Kau memilih berkorban dan mengorbankan kebahagianku. Kau memilih menjaga mereka serta melukai aku. Jadi maaf... Tiada maaf bagimu... Selagi aku masih mencintaimu, selagi itu kau tetap menyakitiku... J...