•Chapter 12•

105 10 1
                                    

Si Young menyelup tangannya ke dalam poket. Tiba-tiba dia terasa seperti ada sekeping kertas di dalam poket sweater miliknya. Dia terus mengeluarkan sekeping kertas yang berlipat tersebut keluar. Dibacanya nombor Jota yang tertulis di dalam kertas tersebut perlahan. Setelah itu, Si Young menyimpan kertas itu ke dalam sebuah almari tersorok supaya Min Gyu tidak mengetahuinya. Dia berbuat demikian kerana dia sudah mula sayang akan suaminya, Min Gyu.

Min Gyu mengetuk pintu biliknya memanggil Si Young.

Min Gyu: Si Young?

Mata Min Gyu memerhatikan Si Young yang sedang berdiri di hadapan almari secara senyap tanpa Si Young sedar. Secara perlahan-lahan Min Gyu menghampiri isterinya itu lalu terus memeluk isterinya daripada belakang.

Si Young: Ehh? Abang...

Min Gyu tersenyum di belakang Si Young. Dia menarik Si Young ke atas dan kebalakang kemudian memusingkan Si Young dalam dakapannya. Akhirnya mereka terjatuh di atas katil bersama-sama. Si Young tergelak sambil matanya merenung anak mata suaminya.

Min Gyu: Saya panggil awak tetapi awak tidak menyahut pun. Awak berangan ya?
Si Young: Tidaklah.

Si Young cuba menyandarkan kepalanya di atas dada Min Gyu. Tangan Min Gyu mengusap-usap rambut Si Young yang panjang itu.

Si Young: Sayang saya sunyilah.
Min Gyu: Ya, saya tahu. Saya rasa sekarang ini saya perlu bebaskan awak.
Si Young: Bebaskan saya? Awak nak ceraikan saya?
Min Gyu: Tidaklah. Saya beri keizinan pada awak untuk keluar ke mana sahaja yang awak suka. Tapi, awak kena janji dengan saya sesuatu.
Si Young: Janji apa?
Min Gyu: Jangan main mata dengan lelaki lain. Awak milik saya! Selamanya...

Si Young memeluk Min Gyu erat tanda gembira dan berterima kasih kepada suaminya.

Si Young: Awak, saya tidak bekerja. Boleh tidak kalau saya ingin melakukan sesuatu pekerjaan?
Min Gyu: Tak perlu. Sekiranya awak inginkan wang, guna sahaja credit card saya atas meja itu.
Si Young: Tapi saya bosan.
Min Gyu: Awak pergi saja shopping atau apa-apa sahaja. Saya tak mahu awak penat. Lagipun, saya risau kalau awak kena luka atau apa-apa yang boleh mencederakan awak. Cukuplah awak mengalami keguguran itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Pada petang itu, Si Young keluar rumah kerana dia ingin membuat surprise kepada Min Gyu. Dia membeli barang dapur di sebuah supermarket dan terserempak dengan Jota.

Jota: Si Young, saya pergi rumah awak tetapi awak tiada di rumah. Awak dah pindah ya?
Si Young: Ya. Saya memang sudah pindah pun.
Jota: Kenapa awak tidak bagitahu saya alamat rumah baru awak?

Si Young terdiam sejenak memikirkan Min Gyu. Sekiranya dia memberitahu alamat rumahnya bersama Min Gyu, pasti Min Gyu akan memarahinya. Lagipun, Min Gyu sememangnya tidak suka jika dia dicurangi.

Si Young: Saya harus pergi. Maaf Jota.
Jota: Kejap, awak dah lain sekarang ni. Awak marahkan saya kerana kes hari tu yang awak lempang saya tiba-tiba tu ke?
Si Young: Tidaklah Jota. Saya betul-betul nak cepat ni.

Jota memegang tangan Si Young. Dibeleknya balik jari Si Young yang tersarung cincin berlian yang berjuta won harganya.

Jota: Si Young, cincin ni...
Si Young: Kenapa? Ohh, cincin ni cantik bukan?
Jota: Ya. Tapi mahal harganya. Mana awak dapat duit sebanyak ini Si Young? Sedangkan awak sendiri tidak bekerja. Tu, awak pakai iPhone 6s bukan?

Si Young tidak menjawab apa-apa pertanyaan Jota itu sebaliknya dia meminta diri untuk pulang kerana dia bimbang jika dia terserempak dengan Min Gyu atau mata-mata Min Gyu yang berada di mana-mana sahaja.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Min Gyu: Wah, siapa yang masak ni? Rasanya lain daripada yang lain.
Orang Gaji: Puan yang masak untuk tuan hari ni.
Min Gyu: Hah? Kenapa dia pula yang masak? Macam mana kalau tangan dia terluka kena pisau atau cedera nanti?
Si Young: It's okay Min Gyu. Saya bosan, jadi saya masakkan sesuatu untuk awak. Surprise!
Min Gyu: Ehh? Tak sangka pula awak pandai memasak. Sedap pula tu. Thanks sayang.

Min Gyu mengucup bibir Si Young di meja makan sehinggakan Si Young tersandar ke belakang di atas meja makan yang kosong. Min Gyu terus mengangkat dan melambung Si Young gembira. Orang gaji yang melihat mereka berdua pun turut gembira melihat Min Gyu dan Si Young.

MARRIED TO THE CRUEL GUYWhere stories live. Discover now