[PART 1]
Hyun Nae Jun pari pari biru yang penuh dengan kuasa pembekuan.Lebih tepat lagi
ice .Dirinya yang mempunyai angan angan untuk menjadi manusia tidak pernah tenggelam.Sayapnya kini sudah mula mengocak ke udara menuju dia ke rumah ahli sihir .."Kau mahu menjadi manusia?"
"Mengapa?"
"Tidakkah kau berasa gentar untuk datang ke dunia manusia?""Tidak wahai nenek sihir.Aku ingin merasa kebahagiaan manusia.Aku ingin mempunyai hati seperti manusia"
"Hati? Katakan wahai pari pari biru.. selain hati apa yang kau ingin kan?"
"Darahku bewarna biru.. Lantas aku ingin menukarnya menjadi merah.Air mataku juga tidak mudah mengalir.Lantas aku melihat manusia begitu mudah mengalirkan air matanya.Aku mahu merasa apa erti manusia.."
"Baiklah jika itu yang kau mahukan.Pergilah dikau ke dunia manusia dan carilah dikau 3 lelaki yang selalu menangis keranamu.Dan jadikanlah mereka sebagai korban pertukaranmu..Tapi ingat! Masa yang aku berikan tidak lah begitu lama.Kau perlu kembali sebelum genapnya 44 hari..."
Gadis itu mengangguk.Dia tersenyum.Tidak sabar rasanya mahu pergi menelatah dunia manusia.Dia memusingkan badannya.Niat mahu terbang ke udara terbantut tatkala ahli sihir itu memanggilnya.
"Ke mari Nae Jun. Engkau perlukan rantai ini.Jangan kau khuatir.Kelak,rantai ini yang akan selalu membantumu di sana.."
Tangan Nae Jun mengambil rantai berbentuk rerama itu.Dia tersenyum.Sekali lagi dia menunduk dan mula mengundur.Dia kemudiannya mula menerbang ke dunia maya..
YOU ARE READING
MY TEARS FAIRY
FantasyGADIS YANG BERKETURUNAN PARI PARI INGIN MENJADI MANUSIA BIASA.OLEH ITU, DIA PERLU MENCARI 3 LELAKI YANG SELALU MENANGIS KERANA DIA.DAN DIA JUGA PERLU MEMILIKI 3 TITISAN AIR MATA, 3 TITISAN DARAH, DAH 1 HATI UNTUK PERTUKARAN DIRINYA MENJADI MANUSIA.D...