Episode 1

1.3K 75 5
                                    

#Flashback#

"Eunji,ingat pesan appa..kalau nanti appa tak de kamu kena janji dengan appa yang kamu akan lindungi keluarga Byun.Lagipun mereka dah banyak tolong kita.Mereka dah macam keluarga kita sendiri..Ingat tau ni janji kita."

-End Flashback-

Kata2 itu masih terngiang dalam fikiran Eunji. Semenjak ayahnya tiada kata-kata itu telah menjadi pesanan terakhir dan janji terakhirnya dengan ayahnya.

Ayah Eunji telah meninggalkanya buat selamanya sejak 2 tahun yang lalu. Ketika itu umur Eunji sudah 19 tahun. Kali terakhir Eunji melihat wajah ayahnya ialah sebelum ayahnya bertolak ke tempat kerja. Ayah Eunji terlibat dalam kemalangan. Punca kemalangan tidak dapat diketahui. Tetapi polis mengesyaki bahawa ianya kes langgar lari.

Ayah Eunji sudah bekerja selama 20 tahun bersama dengan keluarga Byun sebagai bodyguard mereka. Nak dikatakan Tuan Byun dengan ayahnya adalah kawan karib.Dan disebabkan itulah semenjak ayahnya tiada 2 tahun yang lalu,dia mengotakan janjinya untuk melindungi keluarga Byun.

Selama ini Eunji hanya melindungi mereka dari jauh dan mengintip mereka di rumah secara diam-diam. Baginya itulah yang terbaik buat masa ini kerana belum tiba masanya untuk dia munculkan dirinya di depan keluarga Byun.

Sehinggalah pada suatu hari...

"Korang...boleh tak tinggalkan saya seorang diri kat sini kejap.. Lagipun ni kawasan rumah saya,tak kanlah asyik nak berkepit dengan korang je." rungut Baekhyun.

"Tapi tuan muda bahayalah kalau tuan muda bersendirian." kata salah seorang daripada bodyguardnya.

"Alah saya kat sini je pon...bolehlah..Sehun ahh please...." pinta Baekhyun secara manja kepada bodyguard yang paling rapat dengannya iaitu Sehun.

"Tapi hyung..."

"Please........" tak sempat Sehun hendak berkata dipotong pulak dengan rungutan manja Baekhyun.

Sehun mengeluh "Arasseo..but kejap je tau jangan lama2. Kami tunggu kat dalam rumah."

Sehun dan bodyguard yang lain pon beredar dari situ. Baekhyun tersenyum lebar. Akhirnya dia ada ruang untuk dirinya sahaja.

Eunji yang dari tadi mendengar perbualan mereka dari belakang semak berdekatan situ hanya mengeleng kepalanya.

'Tak sangka perangai anak Tuan Byun macam ni' bisik hatinya.

Pandangannya kembali pada tubuh Baekhyun. Melihat Baekhyun yang sedang menghayati angin malam membuatkan Eunji tersenyum. Bukannya apa tetapi muka Baekhyun ketika seolah-olah baru lepas dari penjara. Untuk seketika dia nampak sangat tenang.

Tetapi senyuman Eunji pudar ketika melihat seperti cahaya laser berwarna merah sedang belegar di tubuh Baekhyun tanpa pengetahuannya. Eunji mencari arah laser tersebut datang dan melihat seseorang sedang menghalakan sniper dari sebuah semak yang jauh. 

Kemudian cahaya itu berhenti tepat di dada Baekhyun. Eunji dengan pantas keluar dari semak dan berlari ke arah Baekhyun.

Baekhyun terkejut dengan kemunculan yeoja itu secara tiba-tiba. Dia tergamam dan hanya melihat yeoja itu berlari ke arahnya.

"Hati-hati..!!"jerit Eunji.

Pangg

"Ahh.."


-Bersambung-


Author : Sorry kalau x best.. ni mcm small intro for the next ep but kalau best go to the next ep cepat haha and jangan lupa vote and comment.❤️






My BodyguardWhere stories live. Discover now