•Kehidupan Puteri Stella 2•

5.7K 269 1
                                    

Aku masuk ke dalam bilikku dan mengambil beberapa buku untuk dibaca. Aku membaca buku dengan tekun sehingga seseorang mengetuk pintu bilikku. Aku menyuruh orang yang mengetuk pintu bilikku itu masuk. "Stella!", jerit bonda yang baru masuk ke dalam bilikku. Aku segera menjawab panggilan bondaku. Aku berkata, "ada apa bonda?". " Kamu itu perempuan, bukannya lelaki. Nak membaca buku tidak mengapa, tetapi duduklah dengan sopan", kata bondaku. Aku sudah tahu mengapa bonda berkata begitu. Walaupun aku sedang membaca buku, tetapi aku duduk di atas sofa dalam keadaan terbalik. Sudah pasti bonda akan memarahi aku. Aku segera duduk di atas sofa dengan betul."Maafkan Zahra, bonda", kataku. "Hari ini kamu minta maaf, esok kamu buat lagi", kata bondaku. Bonda keluar dari bilikku dan turun ke bawah. " Bonda ni, buat ini tak boleh, buat itu tak boleh. Zahra bukannya mahu menjadi tuan puteri sempurna. Susah!", kataku. Aku kembali membaca buku cerita. Tanpa ku sedari, jam di dinding telah menunjukkan pukul 1:30 tengah hari. Aku meletakkan buku cerita milikku di atas sofa. Aku masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk. Aku menunaikan solat Zuhur lalu aku turun ke bawah. Aku duduk di kerusi sementara menunggu ayahda dan bonda. Aku makan tengah hari bersama ayahda dan bonda.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now