•Kehidupan Puteri Stella 3•

5.1K 243 1
                                    

"Abang", kata bondaku. " Ya, ada apa?" tanya ayahda yang sedang membaca buku. "Saya rasa, kita perlu mengambil guru untuk Zahra. Dia semakin menjadi - jadi sekarang. Pagi tadi pakai baju macam tu. Petang pula duduk sambil terbalik di atas sofa. Saya dah tak tahu nak cakap apa pada Zahra", kata bondaku. " Saya pun rasa begitu. Esok, guru Zahra akan datang mengajar Zahra", kata ayahda. Malam ini, aku masih belum boleh melelapkan mataku. Aku baring di atas katilku sambil melihat sekeliling. Aku berasa bosan. Aku bangun dari katilku. Aku menuju ke beranda untuk melihat bintang. Jam telah menunjukkan pukul 11:00 malam. Aku menutup pintu yang berada di beranda dan naik ke atas katil untuk tidur. "Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Kring!!". Jam yang berbunyi terlalu kuat itu mengejutkan aku. Aku melihat jam loceng milikku. Jam loceng menunjukkan pukul 6:30 pagi. "Siapalah yang mengunci jam ni", kataku. Aku bangun dan masuk ke dalam bilik air. Aku memberus gigiku dan membasuh muka. Kemudian, aku mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Aku memakai telekung milikku yang berwarna kuning. Aku segera menunaikan solat Subuh di dalam bilikku. Selepas solat Subuh, aku menyimpan semula telekung dan sejadah di tempat asal. Aku baring di atas katil untuk menyambung tidur.

Puteri TomboyWhere stories live. Discover now