Sudah berapa bulan aku berada di tokyo atas urusan kerja dan kini aku ingin melangkah pulang ke tanah air, Suasana bersalji yang amat sejuk sehinggakan dapat dirasai walaupun berada di dalam kereta yang disediakan pemanas. Aku memerhati akan persekitaran bandar Tokyo yang menjadi putih akibat diselimuti salji, Aku kehairanan 'mengapa hari ini salji menjadi semakin lebat dari hari yang sebelumnya"aku dapat rasakan perkara aneh yang akan berlaku,Jalan raya mula menjadi putih dan licin lalu menyukarkan aku untuk memandu.
Sesudah sampai nya aku di Narita International Airport ,aku mula terbayang akan keseronokan dan dugaan semasa berada di negara matahari terbit ini,seketika itu ada sebuah kereta mewah yang laju lalu berhenti seperti ingin menghalang aku pergi.
Rupa rupanya ia adalah sahabat aku Fujiki, Aku tersenyum melihat dia dan terfikir ini mesti ucapan selamat tinggal kepada diriku, semestinya kerana Fujiki dan aku telah lama menjadi sahabat pena selepas bertemu atas urusan persahabatan syarikat, Tetapi Fujiki keluar dari keretanya dengan muka yang amat pucat seperti dikejar hantu ,dia memanggil isterinya puan Koizumi yang sedang mendukung anak bongsu mereka yang bernama Handa
Mereka sekeluarga bergegas kepada aku dengan tergesa-gesa.Fujiki:Encik Ahmad boleh kah kamu tolong saya ?(menanya aku dengan suara yang takut)
Aku:Kenapa? apa yang saya boleh bantu Kamu sekeluarga?
Fujiki:Kami sekeluarga dalam bahaya,aku dan keluarga aku diancam bunuh oleh kumpulan kongsi gelap jepun(yakuza)
Aku:(subhanallah aku terkejut )apa yang telah kamu lakukan Fujiki?
Fujiki:Aku tahu aku ni bodoh!aku telah terpedaya dengan perjanjian kongsi gelap itu dan sekarang mereka ingin mengancam bunuh kepada keluarga aku.
Puan Koizumi:Encik Ahmad tolonglah jaga anak anak saya,bawalah mereka ke malaysia ,kami sanggup melakukan apa-apa saja demi nyawa anak anak kami terselamat.
Aku terkejut dengan kata-kata dari puan Koizumi yang menyuruh aku membawa pulang anak mereka ke malaysia. Aku memberitahu bahawa tidak boleh tatapi Fujiki mendesak aku supaya melakukannya, Entah bagaimana kepala aku menjadi lemah lalu mengangguk setuju serta membuatkan Fujiki dan Puan Koizumi berubah gembira diliputi air mata.
Masuklah aku ke airport dengan membawakan dua orang budak lelaki yang belum dapat berpisah dengan ibu kandung mereka. Aku termenung sambil melihat anak pertama fujiki yang bernama Hayami yang sedang memegang erat seluar aku sambil ketakutan.Di luar kawasan airport terdapat pokot sakura yang putih bagaikan memahami perasaan kami bertiga sekarang,Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari di mana kapal terbang yang akan membawa kami bertiga ke malaysia telah sampai , Semasa di dalam kapal terbang aku melihat rupa Hayami dan Handa seputih salji dan ibaratkan salji yang akan turun ka malaysia tidak lama lagi.
YOU ARE READING
MY OTOOSAN
Короткий рассказKisah seorang lelaki yang bernama Ahmad yang terpaksa mengambil dua orang anak kawannya Fujiki dari jepun,Kisah hidup nya bermula dengan sebuah cabaran untuk menjadi seorang Otoosan(ayah) kepada anak angkat tersebut