1

3.6K 182 2
                                    

Jihyo memerhati bekas kekasihnya,Gary,berlalu pergi dari dia.Gary berlalu pergi dari situ bersama Seolhyun,kekasih barunya.Meninggalkan Jihyo berseorangan yang sudah patah hati.Hati dia terguris disebabkan kejadian tadi.Hati dia amat berat untuk terima bahawa Gary sudah tidak mencintainya lagi.Sudah 5 tahun mereka menjalinkan hubungan.Sepatutnya susah untuk berputus tapi ini seperti angin sahaja.

Awan mula mendung tetapi Jihyo masih tercegat di situ sahaja.Biarlah dia dibasahi dengan hujan.Supaya orang yang lalu-lalang tahu perasaan dia sekarang.Kecewa,marah,sedih...Itulah perasaan orang apabila putus cinta.Hujan mula mencurah dengan lebat.Jihyo berdiri dan memandang ke bawah.Memang sejuk tetapi kaki dia amat susah untuk berganjak.Akhirnya,dia melutut kerana kaki dia amat lemah.

Maskara yang dipakainya cair.Bajunya basah.Orang yang lalu-lalang hanya menjeling Jihyo.Langsung tidak membantu Jihyo.Semua teragak-agak sama ada  mahu membantu Jihyo atau tidak.Ada seorang lelaki yang agak tinggi memakai kot hujan sambil membawa payung terlihat Jihyo.Dia segera berlari ke arah Jihyo dengan laju.

"Jihyo noona!"lelaki itu terus menghalang hujan daripada mencurah pada Jihyo.Dia mengangkat Jihyo.Jihyo hanya mengakur pada lelaki itu sebelum melihat lelaki itu.

"Hanbin ya...Noona gagal..."ujar Jihyo dan menangis pada bahu Hanbin.Hanbin mengusap belakang Jihyo.

"Kita sembang lepas tukar baju noona ye?"cadang Hanbin dan memapah Jihyo ke keretanya iaitu kereta MYVI berwarna kelabu.

Apabila pintu kereta dibuka,Hanbin tolong masukkan Jihyo ke passenger seat.Kemudian baru Hanbin menyusul.Jihyo masih menangis sambil menggigil kesejukkan."Noona kesejukkan lah...Pinjam pek pemanas badan Hanbin ni...Muka nooba dah pucat ni..."Hanbin menghulurkan paket pemanas badan pada Jihyo.

Jihyo mengambilnya dan mula berasa hangat.Hati dia sedikit tenang selepas Hanbin membantunya.Mesti ramai sangka Jihyo dan Hanbin adalah adik-beradik.Ada yang fikir pasangan kekasih.Tapi itu bukan!Mereka hanyalah jiran.Hanbin selalu membantu Jihyo jika Jihyo dalam kesusahan.Jihyo juga membantu Hanbin.Umur Hanbin adalah 19 tahun dan dia masih menuntut pembelajaran di Miracles High School.Jihyo pula berumur 24 tahun.Tapi tidak menyambung pengajiannya.Hanbin sahaja yang boleh mengajar Jihyo benda yang Jihyo tidak tahu.Bukannya Jihyo malas,cuma keluarga Jihyo adalah orang susah.Hanbin pula anak orang kaya.

"Hanbin...Gomawo sebab tolong noona..."kata Jihyo dan memeluk tubuh dia dengan erat.Bagi satu badan dia berasa hangat.

"Hahaha...Gwenchanha,noona...Hanbin memang suka tolong orang..."Hanbin ketawa sahaja apabila ternampak Jihyo mahu menangis.

"By the way,kenapa noona duduk kat dalam hujan?"soal Hanbin,masih teringat kejadian sebentar tadi.Jihyo mula menangis secara perlahan-lahan.

"Gary oppa...Tinggalkan noona untuk Seolhyun..."jawab Jihyo.Memang sakit hati dia dibuatnya.

"Keurae...Noona janganlah sakit hati sangat...Hanbin percaya Gary buat macam tu mesti ada sebab dia...Gary hyung masih sayangkan noona..."kata Hanbin sedikit kecewa.Jihyo tersenyum dan bersandar.Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Hanbin sebentar tadi.

*BERSAMBUNG*



I'm beside you,noona...{Hanbin and Sungim}Where stories live. Discover now