Nama aku Nurul Amerra Atiqah. Dikenali sebagai Am. Berumur 27 tahun. Aku baru sahaja menjejak ke alam 27 tahun. Aku berkerja sebagai guru sekolah menengah. Aku baru sahaja ditempatkan di salah sebuah sekolah di dalam daerah Kajang. Aku agak kekok ketika ingin menjejakkan langkahku ke alam perguruan. Maklumlah, ini adalah pertama kali aku mengajar dan ditempatkan. Aku tidak lah mempunyai banyak sangat pengalaman. Hanya sekadar menjadi seorang guru sandaran di sekolah rendah. Itu tidaklah sesusah mana. Anak-anak kecil yang berada disitu pun boleh mendengar kata-kata. Tetapi di alam sekolah menegah? Tidak sama sekali! Di alam sekolah menengah, terlalu ramai remaja-remaja yang mempunyai masalah mereka sendiri. Dan, mereka juga payah mendengar kata-kata. Daripada yang bijak sehinggalah kurang bijak. Semua sama sahaja. Tapi apakan daya aku. Aku tidak boleh tolak punca rezeki aku. Aku anggap, ini adalah cara untuk mematangkan diri aku ini supaya menjadi lebih dewasa. Walaupun berusia 27 tahun, tetapi aku tidak lah matang seperti kawan-kawanku. Ada yang berkahwin, ada yang bertunang, dan ada yang telah mendapat cahaya mata. Aku adalah seorang perempuan yang hanya ingin keseronokkan dunia. Dan, aku hanyalah seorang perempuan yang digelar tomboi. Aku tidak peduli akan gelaran tersebut. Kerana aku juga berpakaian sedemikian. Rambutku pendek seperti lelaki, penampilanku yang agak kasar, dan cara percakapan. Haih tak perlu diperkatakan lagi. Sebab itu lah aku dipanggil Am bukan Amerra.
Kerana apa aku ingin keseronokkan dalam dunia? Sebab aku tidak pernah merasa keseronokkan pada alam remajaku. Alam remajaku rosak akibat perbuatan ibu kandung, ayah tiriku serta adik-beradik tiriku. Ayah kandungku? Ayah kandungku telah menceraikan ibu kandungku dah pergi tanpa khabar berita. Ibuku sering menyalahkan diriku dan mengelarkan aku 'anak sial'. Pada ketika itu aku berada di tingakatan 1. Sebelum ini, aku hidup senang kerana pekerjaan ibu dan bapaku yang agak bagus. Dulu mereka bekerja sebagai ketua syarikat disebuah pejabat swasta. Sebelum ini juga, hidupku senang tetapi sunyi. Makanan, pakaian dan keperluan semua mencukupi tetapi masa untuk meluangkan masa dengan keluarga tidak pernah wujud. Sampai suatu ketika, ayahku menceraikan ibuku kerana mempunyai hubungan sulit dgn ayah tiriku. Ayah tiriku adalah seorang duda yang mempunyai 2 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Selepas penceraian itu berlaku, hidupku ditimpa bala yang tidak sudah. Sentiasa menantiku disetiap masa. Tetapi, mujurlah aku mempunyai adik-beradik tiri yang baik hati dan juga memahami situasi yang aku hadapi. Mereka juga pernah diabaikan oleh ayah tiriku. Tetapi persaudaraan baik di antara aku dan adik-beradik tiriku tidak lah begitu lama. Mereka juga selalu menyalahkan aku untuk menutupi segala penipuan mereka. Mereka mempergunakan aku. Akhir cerita, aku sering dipukul.
*************
"Cik Amerra Atiqah"
Sapa seorang kerani yang memanggil namaku. Terkejut juga aku dibuatnya. Tengah sedap mengelamun, aku dikacau.
"Ya, saya"
"Cik dikehendaki masuk di bilik pengetua sekarang"Tanpa melengahkan masa, aku mengambil semua barang-barangku termasuk dokumen-dokumen dan surat permindahan sekolah yang aku bawa untuk dilampirkan pada pengetua sekolah.
"Sila duduk."
Kata seorang pengetua lelaki.
"Terima Kasih"
"Sebelum ini, awak menjadi guru sandaran di sekolah mana?"
"Di SK Taman Permai."
"Apa yang awak dapat pelajari daripada pengalaman di sekolah rendah?"
"Saya dapat menyesuaikan diri saya dengan anak murid dan juga guru-guru atasan saya serta pentadbir sekolah."
"Ada pelajar-pelajar kamu sebelum ini nakal?"
"Itu sudah biasa pada saya."
"Adakah awak bosan dengan perangai mereka?"Aduh orang tua ni banyak tanya betul. Nasib kau pengetua, kalau tak dah lama makan dengan penumbuk sulung aku ini.
"Tidak sama sekali bosan. Saya menganggap mereka sebagai anak saya sendiri dan itu tidak lah menjadi masalah untuk menjadi seorang seorang guru"
Fuh inikah aku? Menjawab dengan penuh yakin dan bangga.
"Disini sekolah menengah dan bukannya sekolah rendah. Banyak perbezaan. Disini ramai remaja yang mempunyai masalah. Saya berharap, dengan kehadiran kamu disini, dapat memberikan impak yang besar di sekolah ini dan juga, saya berharap awak akan biasa pada persekitaran sekolah ini. Sentiasa bertanya dengan guru-guru lain untuk menambah pengetahuan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan, Selamat Datang dan Selamat Mengajar!"
Wah semangatnya pengetua aku ni. Namanya Tuan Asmadi bin Zakaria. Dia juga adalah inspirasiku. Hahahaha
"Terima kasih tuan, inshaAllah saya takkan menghampakan tuan"
"Awak pergi di bilik guru, dan berjumpa dengan Puan Kamariah. Dia akan memberi tunjuk ajar dan juga memberikan panduan kepada awak. Staff di luar akan berikan awak jadual."
"Terima Kasih sekali lagi tuan."Lalu aku pun beredar.
Jenuh aku mencari cikgu bernama Kamariah. Penat aku cari tapi tak jumpa-jumpa. Tanpa membuang masa, aku pun pergi lah bertanya dengan seorang cikgu lelaki yang berada dalam bilik guru itu.
"Maafkan saya, dimana Puan Kamariah? Pengetua mengarahkan saya untuk berjumpa dengannya"
"Oh Puan Kamariah ada di hujunggggggggggggggggggggggggg sana tu" kata cikgu lelaki tersebut.
Amboi panjangnyaa junggggggg dia tu. Kelihatan tanda nama pada bajunya bernama Ahmad.
"Terima kasih Encik Ahmad"
"Mana awak tahu nama saya Ahmad?"
"Name tag encik lah"Aku taktau lah kenapa Encik Ahmad tu kerut sangat muka dia selepas aku memanggil namanya. Aku pun membuka langkah besarku untuk pergi ke hujunggggggggggggggggggg sana tu. Ah sudah. Aku mula terjebak!
********"Maafkan saya. Puan ni Puan Kamariah ke?"
Dia memandangku atas bawah. Mukanya agak pelik sikit seperti memandang serong pada diriku. Walaupun aku kelihatan agak tomboi, berbaju kurung comel dan berkasut kan vans, tak payah lah jealous sangat.
"Awak ni guru baru ke?"
"Ya saya."
"Awak ke Amerra Atiqah?"
"Ya saya."
"Nama saja melayu, dah la tak bagi salam bila menegur, rambut pula pendek mengalahkan jantan. Nama saja sedap bunyinya tapi haih taktahu lah"Agaknya perempuan ni tak pernah kena lempang lagi ni. Takpalah aku hanya bersenyum saja.
"Maaflah kalau saya tak memberi salam dan penampilan saya agak kurang senang dengan puan. Saya disini tak berniat pun untuk mendengari leteran puan itu. Saya diarahkan oleh pengetua untuk berjumpa dengan puan bagi menunjukkan tunjuk ajar dan panduan sahaja"
Kelihatan wajahnya merah padam. Ha padan muka kau. Ingat kau boleh pijak aku? Meh aku pijak kau dulu.
"Baiklah."
Puan Kamariah telah menunjukkan aku blok-blok bangunan. Tempat kantin, tandas, dan kegunaan pejabat. Dia juga telah memberikan aku panduan dan juga tunjuk ajar padaku.
"Terima kasih puan kerana memberi tunjuk ajar"
"Ni pun sebab aku terpaksa. Kau pergi jumpa kerani dekat pejabat, mintak dia jadual. Ha esok dia bagi lah kot"Cara dia bercakap sumpah aku nak lempang muka dia. Tapi sabar jelah.
Tanpa membuang masa dengan perempuan ni, aku pun pergi ke pejabat semula untuk meminta jadual kerjaku. Aku tak mintak lagi jadual. Dia dah bagi dengan satu buku harian pelajar. Wah cekap juga kerani disini."Terima kasih ya"
"Sama-sama"Aku pun pulang ke rumah. Esok adalah hari sejarah bagiku, untuk memulakan pengajaranku di sekolah baru. Apa jua keadaan, aku kena sentiasa tabah seperti zaman remajaku dulu.
"Macam mana harini?"
Persoalan yang dilemparkan oleh seorang ayah kandungku yang bernama Michael Daud dan dikenali sebagai Mikail. Berbangsa filipina dan juga fasih berbahasa melayu."Boleh la..."
"Bunyi mcm pelik je."
"First day lagi dah kena"
"Kena apa kau?"
"Yelah. Mana taknya. Belum mengajar lagi, dah kena dengan cikgu lain. Pandang org ni atas bawah. Lepastu merendah-rendahkan orang. Hina lagi haih orang pon taktau lah pehal dia tu dah nak mampos agaknya"
"Mana taknya orang pandang serong dekat kau, kau dah la potong rambut pendek konon handsome la, mcm jantan kau tahu! Jalan keng kang keng kang. Kepitlah sikit!"
"Rambut orang, orang punya suka lah!"
Dia bersambung membebel dalam bahasa tagalog. Ya aku memahami bahasanya tetapi haih malas nak fikir. Aku cukup bahagia dengan ayah kandungku. Walaupun hanya hidup dengannya hanya 10 tahun selepas lari dari rumah. Bila bercakap dengannya, bergegar rumah dibuatnya. Aku cukup bahagia bersamanya. Dialah tempat aku mengadu, bergaduh manja dan menumpang kasih sayang. Tidak ternilai harga kasih sayang aku terhadapnya...
YOU ARE READING
AMERRA ATIQAH
Short StoryTelah diberi nama Nurul Amerra Atiqah. Berumur 27 tahun. Penampilan yang agak different, perwatakan yang agak kasar, digelar tomboi dan juga seorang guru baru di sekolah barunya. Banyak cabaran yang dihadapi oleh Amerra. Bukan kisah cinta semata-mat...