"Zahra, Zahra. Bangun", kata bonda. Aku membuka mataku. " Zahra, siap cepat ya. Nanti turun bawah", kata bonda sambil keluar dari bilikku. Aku masuk ke dalam bilik air dan mandi. Aku membuka almari bajuku. Aku terkejut melihat banyak jenis baju gaun. Aku menyelak semua pakaian yang terdapat di dalam almari. Aku tidak menjumpai satu pun baju yang biasa dipakai olehku setiap hari. Aku mencari baju gaun yang berwarna coklat atau hitam tetapi, di dalam almari hanya ada baju gaun yang berwarna merah, merah muda, oren dan kuning. Aku mengambil baju yang berwarna kuning dan terus memakainya. Aku mengikat
rambutku .Aku mengambil telefon dan earphone sebelum turun ke bawah. Tiba - tiba, aku ditahan oleh dayang - dayang istana. Aku disuruh masuk ke dalam bilikku. Dayang - dayang istana menyuruhku duduk di atas kerusi. Aku hanya menurut. Aku duduk di atas kerusi. Dayang- dayang istana menghias rambutku lalu diletakkan bunga hiasan. Aku berasa serabut tetapi, aku masih menurut. Di atas kepalaku diletakkan juga tiara yang berwarna perak. Tiara itu sangat cantik. Dayang - dayang istana mengiringiku turun ke bawah. "Zahra, cantiknya kamu!", kata bonda. "Terima kasih", kataku sambil tersenyum. " Kamu sangat cantik, Zahra", kata ayahda. Aku hanya tersenyum. Aku tidak tahu mengapa tiba - tiba aku tidak merungut. Selalunya, aku akan merungut jika dipakaikan dengan pakaian begitu.
YOU ARE READING
Puteri Tomboy
Short StoryKehidupan seorang Puteri bukanlah mudah. Bagi Puteri Stella, dia boleh melakukan apa sahaja asalkan dia gembira. Ayahda dan bondanya selalu menasihati Puteri Stella agar menjadi seorang puteri yang sempurna. Tetapi, dapatkah Puteri Stella mengubah p...