Part 1

96 9 3
                                    

Buk! Dalam dewan yang luas itu aku terus mengangkat kaki untuk menari. Sekali lagi laku terjatuh aku ditertawa. Aku terus berusaha untuk menari. Aku benci kekejaman dalam tawa mereka.

Aku hanya seorang penari balet yang masih belajar. Menari aku jadikan hobi. Sememangnya menjadi seorang ballerina adalah impian ku sejak kecil lagi.

"Lembabnya Bomi! Benda senang pun tak boleh nak buat."

"Bomi ni lembab betul!"

Aku hanya mampu menahan telinga mendengar kritikan dan cacian dari mereka semua.

Matahari mula terbenam. Langit juga kian gelap. Aku melangkah untuk pulang ke rumah. Beg sekolah aku jinjing disisi. Aku masih lagi memikirkan tentang kelas balet yang tak pernah ada seri buat aku.

Langkah aku tiba² termati. Aku menoleh kearah celah² semak di tepi jalan. Kelihatan sesuatu yang bercahaya tampil dari celah² semak tersebut. Perlahan-lahan aku menghampiri cahaya itu.

Cantiknya! Gelang tangan silver yang amat cantik itu memukau pandangan aku. Aku mencapai gelang tangan tersebut tanpa rasa ragu².

Triing! "JANGAN!" Satu suara membisik ke telinga aku. Menakutkannya! Suara itu amat menakutkan.

Aku terus berlari keluar dari celah semak tersebut sambil membawa gelang itu bersama.

Sampai sahaja dirumah. Aku terus melemparkan beg sekolah ku di tepi. Gelang tangan yang indah nian itu aku belek dengan teliti. "Gelang apa ni?" Bisik aku sendiri.

Aku cuba untuk memakai gelang tersebut. "JANGAN SENTUH!" Suara yang nyaring itu sekali lagi menyergah telinga ku.

"Aaah!!" Aku melemparkan gelang itu jauh. Aku turut jatuh terduduk. Tubuh aku menggigil apabila terdengar suara itu.

Teriakan aku yang kuat mengejutkan kedua orang tua ku.

"Kenapa ni Bomi?" Soal Ibu ku sebaik menerjah masuk ke bilik ku.

Tubuh aku masih menggigil di tepi sudut bilik ku. Gelang tangan itu masih lagi ditempat aku campakkan ia.
"Bomi kamu tak apa²?" Soal bapa ku pula.

"D...dae." Balas ku.

Sebaik sahaja kedua orang tua ku berlalu, aku memberanikan diri untuk mencapai gelang tangan itu.

"Baik aku pulangkan balik benda ni besok." Ujar aku dengan nada perlahan.

Aku terus melangkah keluar dari bilikku.

Malam itu. Ketika aku asyik di dalam mimpi. Aku merasakan sesuatu yang tidak kena.

'Pakailah aku kalau kau nak jadi ballerina. Pakai lah aku.' Bisik suara itu ke telinga ku.

Aku terjaga dari tidurku. Aku agak terkejut terhadap mimpi tersebut. Perlahan-lahan aku menuju kearah meja tempat aku meletakkan gelang tersebut. Aku terus menyarungkan gelang itu pada tanganku.

Suk! Sesuatu seakan masuk ke dalam tubuh ku. Sakitnya! Berat sekali! Amat berat! Tubuh aku menjadi amat berat. Aku terjatuh menyembah lantai. Bagai ada satu cecair yang mengalir di dalam badanku. Cecair itu meresap ke setiap pelusuk tubuh badanku sehingga menyebabkan aku kaku. Tenaga aku bagai ditarik keluar dari badan ku. Tubuh aku lemah dan langsung tidak berdaya.

"Arhhh!" Aku tersedar. Aku masih lagi diatas katil tempat tidur ku. 'Apa semua tu? Mimpi ke?' Soal ku sendiri. Apa yang mengejutkan aku ialah, gelang itu ditangan aku. Aku pakai gelang itu?!

Aku terus melangkah menuju ke kelas balet ku seperti biasa. Aku memulakan tarian ku. Entah kenapa hari ini aku menari dengan baik sekali. Badan aku terasa sungguh ringan untuk dilayangkan. Semua pelajar dan cikgu yang mengajar turut terkedu melihat tarian ku. Aku sendiri tidak menduga aku mampu berdiri untuk menari seindah ini.

"Wah... Bomi memang hebat. Mesti awak dah banyak berlatih." Puji Kai salah seorang pelajar yang amat dikagumi.

bersambung...

TANGISAN BALLERINAWhere stories live. Discover now