"Puteri Zahra, mari kita mulakan pembelajaran", kata Cik Lisya. " Okay", kataku. "Puteri, kamu tahu tarian tari menari tak?", tanya Cik Lisya. Aku menggelengkan kepalaku. "Tak mengapa, saya akan ajar tuanku", kata Cik Lisya. Cik Lisya menunjukkan tarian tari menari itu kepadaku. Aku berasa bosan dengan pembelajaran itu. Aku mengucapkan terima kasih kepada Cik Lisya lalu keluar dari dewan mini istana meninggalkan Cik Lisya. Cik Lisya juga keluar dari dewan mini istana untuk berjumpa dengan bondaku. " Permaisuri Syakiera, Puteri Zahra telah pergi meninggalkan saya sendirian di dalam dewan mini. Esok saya tidak akan datang kesini lagi. Terima kasih", kata Cik Lisya. "Zahra!!!", jerit bonda. Aku hanya mendiamkan diri. Bonda pasti mengamuk. Guru yang baharu datang mengajar aku tak akan datang lagi. Aku tahu perangai aku ini mungkin teruk. Sebenarnya, terlalu teruk. Aku mencabut bunga hiasan yang terdapat di atas kepalaku. Aku meletakkan tiara perak itu di atas meja. Aku baring di atas katil. "Puteri Stella Zahra, turun!", jerit bonda. Aku turun ke bawah. "Bonda, saya tak suka semua ini. Saya ada cara saya sendiri. Saya tak mahu mengikut kata bonda dan ayahda. Ini hidup saya. Saya baru berumur 20 tahun. Saya terlalu muda untuk belajar semua ini. Saya masih tak sesuai untuk merintah negara ini", kataku kepada ayahda dan bonda. Aku naik ke bilikku.
YOU ARE READING
Puteri Tomboy
Короткий рассказKehidupan seorang Puteri bukanlah mudah. Bagi Puteri Stella, dia boleh melakukan apa sahaja asalkan dia gembira. Ayahda dan bondanya selalu menasihati Puteri Stella agar menjadi seorang puteri yang sempurna. Tetapi, dapatkah Puteri Stella mengubah p...