Rumah Hantu

1.5K 47 14
                                    

Malam.
(Di rumah aku)

"Wey,jom pergi rumah hantu tu nak? Kalau kau join aku besok, lepas habis hari karnival kat sekolah aku belanja kau makan. Jom la.."

Lisa mula membuat muka kesian dia tu kat aku. Aku tak boleh cakap tak. Mungkin juga hati aku ni murni sangat sampai tak sanggup tengok dia ni hampa.

Lagipun dia dah banyak tolong aku selama ni. So,jawapannya mestilah ya.

"Hmm..yela2. Tapi pastikan kau belanja aku tau."

Kawan aku ni pun tersengihlah sorang2 sebab kawan dia yang sorang ni terima ajakan dia.

"Dah jom makan kat bawah. Mak aku dah masak sedap tu."

Aku tarik tangan lisa dan menuju ke meja makan di bawah.

Aku berfikir dua tiga kali pasal rumah hantu yang lisa cakap tadi sepanjang makan sampai la nak masuk tidur. Lisa pula dah lama dah tidur kat sebelah tilam aku ni. Sejak kecil memang aku takut nak pergi rumah hantu. Tengok cerita hantu lagi la tak pernah. Semua aku tolak. Tapi nak buat macam mana. Esok aku still kena kuatkan diri nak masuk rumah hantu tu.

...................

Sekolah.

"Wey,aku dah beli kupon dah."
Lisa menghulurkan satu kupon dekat aku. Kami berada betul-betul di hadapan rumah hantu. Sound effect dari dalam rumah hantu tu sangat kuat sampai aku pun boleh dengar dari luar ni.

"Dah. Jom la masuk."aku mengajak lisa masuk sekarang jugak. Lagi cepat lagi baguskan? Lagipun sekarang tengah takde orang. Tak terfikir pula nak tanya lisa naper takde orang. Maybe kitorang datang cepat sangat kot. Hmm.. lantaklah. Malas nak fikir.

Aku dan lisa menghulurkan dua kupon kepada murid yang bertugas. Kami mula memasuki rumah hantu yang telah diubah suai daripada dua buah kelas biasa.

Semuanya gelap. Ah. Aku bencikan kegelapan. Semua tak nampak. Aku menggenggam tangan lisa dengan kuat.

"Wey,lek ah. Diorang ni mekap je."lisa cuba tenangkan aku. Sepanjang perjalanan kami dihiasi dengan segala hantu yang korang boleh fikir. Aku tak naklah sebut satu-satu.

Tiba-tiba hantu bungkus melintangi perjalanan kami. Kami terjatuh. Jantung aku mula berdegup kencang.

Dalam samar-samar aku melihat lisa ditarik. Aku panik. Tapi malangnya aku juga ditarik oleh seseorang.

"Lisa! Lisa!"

"Anis!!"

Aku menjerit sedaya upaya tapi sound effect tiba-tiba menjadi lebih kuat dan suara aku mulai tenggelam.

Aku mendengar bunyi chainsaw berada di sekitar sini. Pada mulanya aku ingat soundeffect je tapi...

Granggg...

"Ahh!!!! Lepaskan aku!! Sakit.. sakit.. tangan..aku."

Lisa! Tangan?

"Kau buat apa ngan kawan aku ha?!"aku cuba melepaskan diri aku daripada genggaman seseorang.

Dan secara tiba-tiba aku dipeluk dengan kuat oleh seorang lelaki.

"Arghhh!!!!"

Lisa!!!

"Apa kau buat ngan kawan aku ha?!"aku cuba melihat lelaki yang menghalang aku. Malangnya,lelaki tu memakai topeng hantu.

"Kami tak perlukan kawan kamu tu. Yang kami perlu kan ialah kamu."gaya lelaki yang memegang aku cakap memang takde perasaan. Seolah-olah dia ni robot.

Secara tiba-tiba aku ditarik dengan kuat ke suatu tempat yang aku tak pasti. Kepala aku dah ditutup dengan kain hitam dan aku dapat rasakan ada pisau di tepi leher aku.

"Kau jangan nak buat benda bodoh. Kalau tak.."

Lelaki tersebut mula mencucuk sedikit pisau tu ke leher aku. Sakit. Tapi ape je yang mampu aku lakukan bila ada pisau betul-betul kat leher aku.

...................

Kain hitam yang menutupi kepala aku dibuka oleh seorang lelaki yang berbadan besar memakai tshirt gambar avenged sevenfold dan jeans hitam. Tangan dan kaki aku dah sedia diikat.

"Apa...apa kau buat ngan kawan aku?"

Soalan ini sentiasa berputar dalam kepala aku. Aku harap alisa baik sahaja.

"Dia hidup."

Lelaki tersebut mula membaling plastik transparent diisi dengan tangan manusia paras siku kat depan aku. Aku hanya merenung sahaja tangan tersebut dan mula tersedar sesuatu.

"Jam kat tangan tu.. Aku kenal jam tu."

"Ya. Memang kau patut kenal. Kawan kau sekarang ni tengah dibedah oleh doktor kitorang. Kau rase...doktor betul ke tipu? Hahaha. Tapi lantaklah tapi seronok jugak dengar dia jerit tadi. Macam muzik. Maybe sebab ada ritma kot. Tapi jangan risau,dia masih hidup. Buat setakat ni la."

"Kau.. kau gila!"

Aku mula tak keruan dan cuba lepaskan diri. Lelaki tu semakin menghampiri dan suntik aku dengan sesuatu yang membuatkan aku semakin lemah sehinggakan aku nak cakap pun dah tak mampu.

Aku hanya memandang sahaja lelaki tu dan akhirnya pandangan aku jadi semakin kelam.

"Sekarang,giliran kau pula ya.."

Itu sahaja yang aku dapat dengar sebelum aku mula tak sedarkan diri. Mungkin juga untuk selama-lamanya.

.................

Rumah.

"Hebat betul lakonan anak ayah tadi. Akhirnya dapat jugak budak tu."

"Well,ayah tengok la sape ayah tengah cakap ni. Pelakon terbaik tau. Ayah setuju tak dengan budak tu?"

"Setuju lah. Budak tu sesuai nak survive dalam arena yang ayah dah buat untuk dia ngan bebudak lain tu."

"Hepi la tu.. Kalau macam tu belanja la lisa makan mahal2. Bukan selalu pun. Kan lisa dah tolong ayah. Bukan senang nak berlakon tau."

"Ha. Yela2. Jom pergi satu restoran ni.Tempat ni sedap tau. Ajaklah mama sekali. Mama kat bilik tu. Last time ayah check,mama tengah tidur."

"Ok."

Aku naik ke atas dan buka pintu bilik. Ada sekujur wanita berpakaian tidur sedang tidak sedarkan diri dengan sebilah pisau sayur tercacak di atas dadanya di atas sebuah katil bersaiz king.

"Mama,bangunlah. Ayah ajak makan."

Aku hanya memerhati keadaan wanita itu. Kesian mama. Aku tahu yang dia takkan pernah bangun. Darah yang dah lama kering masih melekat pada bajunya. Semuanya sebab tak setuju dengan rancangan ayah.

Sejak tu,aku takkan pernah sesekali ingkar arahan ayah. Walaupun perlu membunuh.

Rumah HantuWhere stories live. Discover now