"Puteri, puteri, bangun. Kita sudah sampai", kata kak Sofia sambil mengambil beg. Aku segera bangun. Kami turun dari bas dan pergi ke kaunter untuk mendaftar. Wanita yang menjaga kaunter pendaftaran memberikan dua helai borang pendaftaran kepada kami. Aku mengisi borang tersebut.
-----------------------------------------------------
~nama : Puteri Stella Zahra binti Raja Syahid
~umur : 20 tahun
~alamat : Istana Gardenia
~nombor telefon : 013 - 9564702
*tidak boleh menipu
------------------------------------------------------
Selepas selesai mengisi borang aku dan kak Sofia menghantar semula borang kepada seorang wanita yang menjaga kaunter pendaftaran. Wanita itu memeriksa borang tersebut lalu memandang aku. Aku hanya tersenyum. "Adik ini tuan puteri ke?", tanya wanita itu. "Ya, saya Puteri Stella Zahra. Anak kepada Raja Syahid", kataku. Muka wanita itu berubah secara tiba - tiba. Aku juga tidak faham apakah reaksi yang mahu ditunjukkan. "Kak, akak okey tak ni?", tanyaku. Wanita itu memanggil beberapa orang penjaga perkhemahan itu dan memberitahu aku adalah tuan puteri. Mereka menyuruh aku dan kak Sofia masuk. Mereka memperkenalkan kami kepada semua peserta perkhemahan itu. Aku dan kak Sofia dilayan dengan baik. Aku dan kak Sofia diberikan khemah istemewa, makanan istimewa dan banyak benda yang istemewa. Malam itu, aku tidur dengan lena. Inilah kali pertama aku mengikuti program ini.
YOU ARE READING
Puteri Tomboy
Kısa HikayeKehidupan seorang Puteri bukanlah mudah. Bagi Puteri Stella, dia boleh melakukan apa sahaja asalkan dia gembira. Ayahda dan bondanya selalu menasihati Puteri Stella agar menjadi seorang puteri yang sempurna. Tetapi, dapatkah Puteri Stella mengubah p...