종료하지 않고 사랑 (Love Without Ending)
Part 1Angin bayu menghembus lembut wajah Yoona.Sesekali dipejamkan mata.Cuba merasai kedamaian yang dibawa oleh angin tersebut.Setiap hari laju sahaja ayunan langkah Yoona menuju ke sawah bendang yang berada di belakang rumahnya.Ingin melarikan diri daripada tekanan perasaan yang menghimpit dada.
Namun,kedamaian yang dicari gagal,meresap ke jiwa.Setiap ceruk sawah itu pasti mengingatkan dia kepada bekas tunangnya,Jungkook.
Tangan disilangkannya ke dada.Gagal mengusir seraut wajah yang setiap kali menjadi igauan tidurnya.Lenanya pasti diganggu oleh kejadian itu.Masih diingat lagi peristiwa dia berhadapan dengan Jungkook.*FLASHBACK*
"Kalau Oppa sukakan Taeyeon,kenapa tak beritahu terus kepada Yoona?Kita boleh putuskan saja pertunangan ni,"bentak Yoona.
Jungkook cuba untuk menyentuh Yoona,tetapi gadis itu segera menjauhkan diri daripadanya.
"Yoona...cuba dengar dulu penjelasan Oppa ni."Sedaya upaya Jungkook ingin menjelaskan kedudukan sebenar kepada Yoona.
Yoona mengelak untuk mendengar penjelasan seterusnya kerana dia merasakan Jungkook sangat bersalah dalam hal ini.
'Tak perlulah Oppa berkata apa-apa lagi.Yoona dah tak nak dengar."Yoona menekup telinganya.
"Yoona tolonglah dengar dulu apa yang Oppa ingin katakan ni.Apa yang Yoona nampak bukanlah hal sebenar yang berlaku."Jungkook melabuhkan punggungnya.
"Tak ada apa yang perlu Oppa katakan lagi.Yoona dah lali.Segala apa yang Oppa ingin katakan semua adalah dusta."Yoona melemparkan pandangan ke arah sawah bendang yang menhijau.Melihat ke arah Jimin yang menemaninya untuk berjumpa dengan Jungkook.
"Oohh...ini kerja Oppa selama ni,ya?!"
Jeritan seorang wanita membuatkan Yoona dan Jungkook memandang ke arah suara itu.
"Apa yang Oppa dan Unnie Yoona buat kat sini?"
Pertanyaan Taeyeon dibiarkan berlalu.Yoona dan Jungkook saling berpandangan.Tidak tahu hendak berkata apa-apa.
"Unnie,dah tak ada lelaki lain ke yang Unnie nak menggatal?Kenapa dengan suami Taeyeon jugak?"Taeyeon sudah bercekak pinggang.Mencerlung pandangannya ke arah suami serta kakaknya.
"Taeyeon!"Jungkook berkata separuh menjerit.
"Taeyeon...sampai hati Taeyeon cakap Unnie macam tu,"ujar Yoona.Air mata kembali menghuni tubir matanya.
_To be continued_
Anyeonghaseyo...
종료하지 않고 사랑 (Love Without Ending)
Part 2*Continue Flashback*
"Ah,Taeyeon dah tak percaya dengan Unnie.Cakap sikit,menangis.Cakap sikit,menangis,"bebel Taeyeon.
Jungkook menghela dan menghembus nafasnya perlahan.
"Apa kena dengan Taeyeon ni?Suka sangat cari pasal."Mengendur sahaja suara Jungkook.Tidak suka apabila Taeyeon mula mencari sebab untuk memulakan suatu pergaduhan.
"Suka hati Taeyeon la.Mulut Taeyeon,"cebik Taeyeon.Terjuih bibirnya dengan muka yang masam mencuka.
"Sudahlah,Oppa.Oppa balik aje.Yoona dah tak mahu tengok muka Oppa,"tegas Yoona lalu melangkah pergi.Meninggalkan dua insan itu di situ.
*Flashback End*
Yoona tersentak daripada lamunannya apabila tubuhnya dilanggar oleh seseorang.Dia memanggung muka melihat siapakah gerangan itu.Jimin sedang tersengih memandangnya.
"Unnie,cuba tengok ikan puyu ni.Jimin dapat dari bendang sana."Jimin menunjukkan ikan puyu yang ditangkap bersama rakan-rakannya.Ikan itu diletakkan di dalam balang jernih.Kelihatan ikan itu sedang berenang-renang.
"Jimin,sudah berapa kali Unnie pesan...jangan main di bendang.Nanti naik pacat macam mana?Kamu jugak yang merengek.Nanti Appa bising."Sudah berkali-kali Yoona mengingatkan adik bongsunya itu.
"Jimin tak akan menangis punya.Jimin kuat."Jimin mengangkat lengannya seolah-olah ingin menunjukkan dia mempunyai susuk badan seperti orang bina badan.
"Hmmm...yalah.Sudah,pergi mandi.Kalau Omma nampak nanti yang kamu berlumpur macam ni,mahu dia membebel seminggu,"bebel Yoona lalu tergelak kecil melihat wajah Jimin yang sudah dipalit dengan lumpur bendang.
Rakan-rakan Jimin sudah lama pulang apabila melihat Yoona sudah bercekak pinggang di hadapan mereka sebentar tadi.Kalau hendak diikutkan,kakak-kakak mereka iaitu,Dara dan CL lebih garang daripada Yoona.Tetapi,Jimin lebih takut kepada Yoona.Sebab sedari kecil,hanya Yoona sahaja yang menjaganya setelah Dara dan CL berkahwin.
Terkedek-kedek Jimin berlari masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.
Yoona menebarkan semula pandangannya ke arah sawah bendang yang menghijau.Melunjurkan kaki di atas pangkin,bawah pohon nipah.Teringat pula dia pada perbincangannya bersama orang tuanya semalam.
*Flashback*
"Omma...Yoona ingat Yoona mahu ke Seoul."Yoona menyuarakan hasratnya itu.Dia duduk bersimpuh di atas lantai sambil menghadap Bora yang sedang melipat baju.Yoona turut menolong Ommanya itu.
Rap Monster yang sedang leka menonton televisyen,terarah matanya kepada anak gadis yang sedang mendapatlan keizinan si Omma.
"Kenapa Yoona mahu ke Seoul?Yoona dah tak suka tinggal kat sini lagi?"tanya Bora.Terhenti sebentar tangannya melipat kain.Dia memandang wajah Yoona yang sedikit menunduk.
"Yoona nak cari kerja."Yoona mengangkat mukanya.Memberanikan diri menentang wajah Bora.
"Untuk apa?Kat sini dah tak ada kerja ke sampai kamu mahu ke Seoul sana?"
_To be continued_
YOU ARE READING
Love Without Ending
FanfictionMain Cast: Kim Tae Hyung (V BTS) Im Yoon Ah (Yoona Girl's Generation) Genre:Romantic&Sad Sinopsis: Im Yoon Ah,gadis kampung yang membawa diri ke kota setelah cintanya dikhianati oleh tunang serta adik kandungnya sendiri. Perkenalan dengan anak majik...