"Bonda!!", jeritku sambil berlari ke arah bonda. Bonda memelukku. "Ayahda dan bonda risau dengan keadaan kamu", kata bonda. "Cantiknya kamu, Zahra. Siapa yang menjaga kamu selama ini?", tanya bondaku. Aku berlari ke arah Dhian dan nenek lalu membawa mereka berjumpa dengan ayahda dan bonda. Aku memperkenalkan mereka kepada ayahda dan bonda. "Zahra, bawalah mereka bersama kita. Mereka akan tinggal bersama kita", kata ayahda. Aku membawa nenek dan Dhian masuk ke dalam kereta. "Sejuknya. Ara, kita nak pergi mana ni?", tanya nenek. "Kita nak pergi ke istana. Nenek dan Dhian akan tinggal di istana bersama saya dan keluarga", kataku sambil tersenyum. "Betul ke, Ara?", tanya Dhian teruja. "Betul la", kataku. Kami bertolak ke istana dengan cepat.
YOU ARE READING
Puteri Tomboy
Short StoryKehidupan seorang Puteri bukanlah mudah. Bagi Puteri Stella, dia boleh melakukan apa sahaja asalkan dia gembira. Ayahda dan bondanya selalu menasihati Puteri Stella agar menjadi seorang puteri yang sempurna. Tetapi, dapatkah Puteri Stella mengubah p...