keluarga

284 8 0
                                    

Dipagi yang indah,sinaran matahari menyinari tingkap bilik milik seorang jejaka yang bernama kim sungkyu atau lebih dikenali sebagai sungkyu.Dia merupakan anak pertama daripada 3 orang adik-beradik.Adik kedua sungkyu,bernama
Kim Hanbin dan dikenali sebagai B.I.
Manakala adik bongsunya pula dikenali sebagai kim myungsoo dan dikenali sebagai L.Mereka merupakan adik-beradik yang bahagia dan tidak pernah bergaduh L merupakan adik yang sangat manja dengan abang-abangnya.Sungkyu pula seorang abang yang sangat penyayang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.B.I merupakan adik kepada sungkyu dan abang kepada L.Sungkyu mempunyai seorang ayah dan seorang mak yang sangat baik hati dan penyayang.Setiap hari anak-anak mereka ini akan menceriakan hari mereka berdua.Keluarga mereka merupakan keluarga yang sangat bahagia.Ibubapa sungkyu mempunyai sebuah restoran yang sudah lama terkenal dengan makanannya yang unik dan sangat sedap bak kata L delicious..... .Setiap hari,selepas waktu sekolah Sungkyu akan membantu ibubapanya bersama adik-adiknya.Ibubapa Sungkyu bahagia melihat gelagat anak-anaknya.Sungkyu juga seorang yang pendiam dan sangat suka menyendiri.Setiap msalah yang dihadapi olehnya pasti akan dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya.Namun selalunya akan ada seseorang yang mengetahui tentang rahsianya itu kerana Sungkyu mempunyai satu tabiat iaitu bercakap dalam tidur namun tidak selalu.Oleh sebab itu,kebanyakan masalahnya pasti akan terbongkar akhirnya.Setelah berkali-kali telah dinasihatkan oleh ibubapanya supaya tidak berahsia dengan mereka namun,Sungkyu tetap tidak mendengarnya kerana dia tidak mahu ibubapanya khuatir akan dirinya di sekolah.Pelbagai cara yang dilakukan oleh ibubapa dan adik-adiknya namun,tidak ada satu pun yang berhasil.Mereka mulai buntu namun,setelah Sungkyu menjelaskan kenapa dia bersikap sedemikian.Akhirnya,mereka barulah faham tentang keadaan yang berlaku.Setelah itu,keadaan bertukar menjadi kembali aman tanpa usul rasa ragu-ragu dengan anak lelaki bujangnya yang semakin membesar.
Pada petang itu,Sungkyu duduk di luar rumah untuk menikmati suasana yang aman dan damai itu.Tiba-tiba datang ibu dan bapa Sungkyu dan duduk di meja rehat di halaman rumah mereka
Sungkyu:eh ayah ibu.Silakan duduk.
Ibu:kenapa ni sungkyu?? kamu selalu termenung sahaja beberapa hari ini.
Ayah:Sungkyu,kalau kamu ada masalah bagitahu kami jangan berahsia macam ini... .
Sungkyu:Eh mana ada abang berahsia.Abang langsung tidak ada rahsia dengan ibu dan ayah.
A

yah:Abang.... .
Ibu:Sungkyu,ibu sebagai ibu,tahu jika anak-anak ibu ada masalah... .
Naluri seorang ibu sangat kuat, jadi setiap anak-anak tidak dapat berahsia dengan seorang ibu.. .Beritahulah ibu,apa masalah kamu mana tahu ibu dan ayah dapat selesaikan.... .
Sungkyu:Hmm,tak adalah... .Ibu dan ayah jangan risau,abang tidak apa-apa.
Namun,ibu dan ayahnya masih berasa tidak sedap hati.Mereka amat yakin bahawa ada sesuatu yang dirahsiakan oleh anak lelaki sulungnya itu.

keesokan harinya,

Sungkyu bangun awal dan menyiapkan sarapan untuk keluarganya yang tercinta.Tidak lama kemudian ibunya pun turun dan seterusnya ahli keluarganya yang lain.Mereka terkejut kerana abangnya tidak pernah memasak itu merupakan kali pertama
B.I dan L:Wahh,abang memasak.Macam ada sesuatu saja ni.
Sungkyu:Eh mana adalah,abang terasa macam nak memasak jadi abang memasak lah.
Ibu dan Ayah:*senyum*
Mereka semua pun memulakan pagi mereka dengan kegembiraan selepas menikmati masakan yang sangat sedap buatan Sungkyu.

Selesai sarapan,

Sungkyu:Ibu,ayah.... .Boleh tak hari ini Sungkyu hendak keluar sebentar untuk berjumpa dengan Bobby, kawan lama saya yang saya kenalkan pada ibu dan ayah tempoh hari... .
Ibu dan ayah:Boleh apa salahnya pergilah... .

Di kafe,

Sungkyu:Wei Bobby,lama tak jumpa kau.Kau apa khabar sekarang??
Bobby:Aku sihat.. .Kau??
Sungkyu:Aku macam biasa...sentiasa sihat...*ketawa*
Bobby:*ketawa*
Bobby:Wei macam mana keputusan kau??
Suasana yang tadi riuh bertukar senyap disebabkan soalan Bobby itu..
Sungkyu:Aku pun tak tahu.Keputusan belum keluar... .
Bobby:Kau sabar ye... mungkin lambat sikit tu... .
Sungkyu:Ok,aku pun harap keputusan positif... .

Selepas selesai,Sungkyu pulang terus ke rumah.

Di rumah,

Sungkyu:Saya dah balik
Ibu:Sungkyu,mari sini sekejap.
Sungkyu:Kenapa ibu??
*ibu pandang kearah ayah*
*ayah menganggukkan kepala*
Ibu:Sungkyu sebenarnya kamu memang ada masalah kan??
*Sungkyu pelik*
*bercakap dalam hati*
"bila masa pula ibu dan ayah boleh tahu ni??".

"throwback"

Semasa di kafe,

Ada seorang jiran tetangga mereka duduk di belakang tempat duduk mereka dan terdengar perbualan mereka.Sejurus itu,jirannya itu terus balik dan beritahu pada ibu dan ayah Sungkyu.

Sungkyu:Bagaimana ibu boleh tahu??
Ibu:Ada jiran kita beritahu ibu.Dia duduk di belakang tempat duduk kamu dan terdengarnya lalu terus memberitahu ibu.
Sungkyu:sebenarnya.....

Bersambung.....



The AnswerTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang