Zaril terkejut apabila Rin ada dalam biliknya.
"Sorry bos, saya kemas bilik boss tadi"
Zaril tidak mengendahkan Rin. Dia terus duduk di kerusinya. Hek eleh mamat ni kerek gila.
"Lunch boss akan bincang pasal projek One Star dengan Tahir Holdings di Restoran Taqira."
"Lagi?"
"Tuje untuk harini"
Zaril tidak pandang muka Rin. Hak alah mamat ni nak je aku tonyoh tonyoh muka dia. Memang tak pandai beradab ke apa?
"Boss suka minum apa eh"
"Just make milo panas for me"
Rin keluar dari bilik Zaril dan menuju ke pantri. Haih mamat ni memang nak kena diajar.
Mereka berdua pergi ke Restoran Taqira. Tidak lama kemudian Dato Tahir sampai.
Semasa perbincangan, Dato Tahir asyik memandang Rin. Naik menyampah Rin dibuatnya. Bukan Rin sorang je menyampah, Zaril pun turut menyampah. Dasar orang tua tak sedar diri.
Rin memandang pelik ke arah Zaril. Dengan aku kemain garang dia. Dengan client fuhlamak pijak semut pon tak mati. Hm. Rin first mission: buat singa buas hormat pekerja.
Setelah tamat perjumpaan, mereka pulang ke office. Rin yang kena memandu. Yelah dia kan pekerja. Tapi tak gentle lansung la si singa buas ni. Patutnya lelaki yang bawak kereta.
"Boss saya nak tanya boleh tak"
"Apa dia"
"Kenapa boss tak layan saya dan pekerja lain macam boss layan client"
Zaril terdiam. Dia pon tak tahu kenapa dia suka sangat marah pekerja walaupun pekerjanya tiada membuat salah.
"Boss, kalau boss ada masalah. Boss jangan la lepaskan kat kami semua."
"Habistu kau nak aku buat apa"
"Jangan marah kitorang tanpa bersebab. Dan minta maaf pada diorang"
Setelah sampai di office, Zaril mengumpulkan pekerjanya dan meminta maaf. Semua terkejut dengan perubahan Zaril.
Rin tersenyum. Yes! First mission complete.
Dahlia membuat thumbs up pada Rin. Dia dah agak ni mesti Rin yang ubahkan si singa buas.
"Zaril, esok bawak PA Zaril dinner dekat rumah ya" seperti biasa Puan Sri akan menyuruh Zaril membawa PA nya balik ke rumah. Nak kenal kononnya.
"Ok" sepatah saja Zaril cakap. Dah biasa disuruh bawa balik PA ni.
"Rin masuk"
Apa la singa buas ni nak. Aduh.
"Harini boss takde client nak jumpa boss"
"Saya tak tanya pon"
Eii mamat ni nak tonyoh je muka kau. Dengan pekerja lain dah okay. Dengan aku still buat muka derk dia tu. Pastu suara tu haduh. Pekak telinga aku.
"Malam ni saya ambil awak kat rumah awak"
Rin membuat muka pelik. Takkan singa ni dah jatuh cinta kat aku? Eh eh melalut la kau ni.
"Dinner kat rumah saya"
Rin mengangguk je. Malas nak cakap banyak. Kang bertambah pekak telinga dia.
Malam itu, Rin bersiap memakai baju kurung dan selendang. Sementara menunggu Zaril datang, dia melayan drama koreanya.
Pinpin. Ha dah dengar dah hon kereta kesayangan singa buas tu. Kereta warna merah memang sesuai sangat dengan sikap panas baran dia tu.
Rin jalan second mission: buang mikrophone dalam tekak Zaril.
"Boss masa boss budak-budak dulu boss ada tertelan mikrophone tak?"
Zaril membuat muka pelik. Tertelan mikrophone?
"Takde. Asal"
"Kalau boss cakap boleh pekak telinga tahu tak. Cuba boss cakap slow sikit. Bukannya saya dan pekerja lain pekak" sedas terus Rin bagi.
Terpempam muka Zaril. Betul juga. Zaril selalu cakap kuat. Sampai sakit tekak dibuatnya.
Sesampainya di rumah Zaril, Rin hanya membontoti Zaril. Yelah dia mana kenal mak ayah Zaril. Yang Zaril ni pun kenapa ajak aku dinner rumah dia? Takkan berkenan dengan aku kot? Hahaha. Melalut la kau ni Rin.
Rin bersalaman dengan Puan Sri.
"Apa khabar Puan Sri" Rin sapa Puan Sri dengan sopan.
"Eh takyah panggil Puan Sri, panggil bonda je" Zaril dan Tan Sri membuat muka pelik. Belum pernah Puan Sri suruh orang luar panggilnya bonda. Selalunya kena panggil Puan Sri tak pun aunty.
Suasana makan sangat senyap. Masing-masing berdiam. Rin dah menggeletar kaki. Mana pernah aku dinner dengan keluarga lelaki yang baru kenal 3 hari.
"Rin dah kahwin ke" Puan Sri memecahkan kesunyian.
"Belum"
"Kalau macam tu ada chance la nak jadi menantu bonda"
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Teen FictionZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...