Syakila melangkah mendekati mama nya yang lincah menyiapkan sarapan. puan kira yang baru sedar kewujudan anak nya lantas menegur.
"eh kila dah bangun?". tanya puan Kira. syakila tersenyum manis hingga menampakkan lesum pipi nya yang berada disebelah kanan.
"baru je ma. mama tengah buat apa tu?". tanya syakila sambil melangkah mendekati mama nya.
"tengah siap kan sarapan ha. amboi kila, first time pulak anak mama nie bangun awal. biasanya liat sangat nak bangun". perli puan kira. syakila tersengih. Bangun awal pun sebab sakit badan hoi tidur kat lantai!
"haha mana ada ma. hmm lapar nya. macam sedap je apa yang mama masak tu". kata syakila. puan kira tersenyum melihat telatah anak sulungnya.
"masak mee goreng aje pun. haa macam mana malam pertama kamu? best?". tanya puan Kira. syakila ternganga. amboi mama nie! nasib baik lah bukan tengah makan ke atau minum. kalau tak mahunya tersedak!
"err apa mama nie. ish malu lah kila". jawab kila sambil menunduk kan mukanya. padahal dalam hati geram sangat tau sebab tidur kat lantai!
"its very wonderfull night mama". kata satu suara menyebabkan syakila pantas menoleh. syakila mengetap bibir. apa lah mamat sengal nie nak! tak reti malu ke?
"amboi nazdrul. suka mama dengar yang 'wonderfull' tu. kalau macam nie tak lama lagi dapat cucu lah mama". kata puan kira teruja. syakila mengetap bibir. baik aku ubah topik sebelum mama melalut! makin menjadi-jadi!
"ehh ma, ariana mana eh?". tanya syakila mengubah topik. nazdrul tersengih melihat syakila yang mengubah topic. Padan muka kau!
"ouh adik kamu ada ha kat ruang tamu tu. bangun je awal, tapi bukan nya nak menolong". kata puan kira. sengaja dikuatkan suara nya. syakila ketawa mendengar kata kata mama nya. Bukan ariana lah kalau buat kerja rumah kan?
"amboi mama, bukan tak nak tolong, tapi mama faham faham lah, riana nie kalau dah masuk dapur macam mana. kang ada jugak dapur mama nie terbakar ha". kata ariana memberi alasan. nazdrul ketawa mendengar alasan adik iparnya. perempuan memang suka bagi alasan ek?!
"amboi dik, kau kalau ye pun nak menipu, tak payah nak guna perkataan terbakar sangat. memang lah dapur tu akan terbakar kalau kau memasak sambil tangan sebelah pegang phone". perli syakila. ariana tersengih. tahu-tahu aje
"alaa long, long tahu tak, Telefon bimbit nie seolah olah Makanan tau. kalau takde makanan tak boleh makan. ha macam tu lah jugak phone long, kalau tak ada phone bosan hidup long". kata ariana sambil tersengih. Syakila mengetuk kepala adik nya beberapa kali.
"yang kau sama kan makanan dengan phone tu pahal? asal kau tak makan je phone tu? mesti kenyang en?". perli syakila. ariana mencebik bibir. laju sahaja kaki nya melangkah ke meja makan.
"merajuk lah tu". kata syakila. dia melangkah mendekati adik bongsunya. ariana hanya mencebikkan bibirnya.
"dah tak mau ah merajuk. tak comel langsung!". kata syakila. ariana memandang kakak nya dengan pandangan 'maut'. nazdrul melangkah mendekati ariana.
"ariana, tak mau lah merajuk eh eh? nanti kejap lagi kita keluar jalan jalan nak? kita ajak kakak sekali. tapi ariana jangan merajuk eh". pujuk nazdrul. syakila terngaga mendengar pujukan nazdrul. biar betul mamat nie? ariana tersenyum teruja.
"betul ke bang? seriously?". tanya ariana. nazdrul mengangguk menyebabkan Ariana menjerit teruja.
"hoi kalau ye pun teruja, dok sah lah terjerit macam orang gila". marah syakila. buat malu je!
"halah along tahu ape! suka hati aku lah. dah lah long tepi aku nak bersiap". kata ariana lalu meninggalkan meja makan. syakila memandang wajah nazdrul.
"apa kau dah buat nie? kau tahu tak adik aku tu pantang orang berjanji dengan dia". marah syakila perlahan. waktu itu hanya mereka berdua sahaja di meja makan. mama telahpun naik ke atas untuk memanggil papa.
"ada aku cakap aku main main ke? aku memang nak ajak dia pergi jalan jalan. kau kalau nak ikut siap cepat". kata nazdrul. syakila mengetap bibir.
"kang kalau awek kau nampak kau jalan dengan orang lain macam mana?". tanya syakila. nazdrul hanya diam. malas hendak menjawab menyebabkan syakila mendengus geram. dan pada waktu yang sama puan kira dan Encik Salim melangkah mendekati meja makan. nazdrul pantas tersenyum menampakkan kedua dua belah lesum pipinya. Mereka ber-4 makan dengan penuh berselera.
Hahaha hai guys. ok btw dekat sini saya nak bagi tahu, watak BELLA MAISARA masih belum wujud ok. dia akan wujud kemudian. i mean dia akan muncul dengan sendirinya. haha ok so wait for the next chapter. bai love you all XoXo jangan lupa vote dan comment. thankyouu!
YOU ARE READING
Cinta Untuk Encik Suami
LosoweSYED NAZDRUL merupakan jejaka tampan dan juga merupakan CEO Muzafar Holding, tetapi untuk menjadi CEO di syarikat tersebut, dia hendak lah berkahwin dengan seorang wanita. bagi nazdrul berkahwin sangat lah mudah. tetapi calon? masih belum dijumpai...