Ariana Arysha
DING DONG
"ASSALAMUALAIKUM" Terdengar suara meria di luar rumah.
"Awak..tolong bukakan pintu tu. Saya nak siapkan lauk pauk ni."
"Okey"
"Hi Mama Daddy,Papa Mami. Jemputlah masuk." Daniel menyalam mereka.
"Mana isteri kamu?" tanya Mama.
"Ada dekat dapur tu. Tengah hidangkan makanan."
"Oh ye ke... Kesiannya buat kerja sorang sorang. Marilah Raniyah kita tolong Ari tu." Tidak sempat Mama dan Mami masuk ke dapur aku sudah pun selesai menghidangkan makanan yang terakhir.
"Eh takpe tak payah susah susah. Dah selesai dah hidangan ni. Mama,Mami cuma tinggal makan aje. hehehe...."
"ish kamu ni. Rajin sunguhlah Ari. Bertuah Daniel dapat Ari."
"Ada ada aje mama ni. Jomlah kita makan. Nanti lauk tu dah sejuk."
"Ari,papa ada bawakan kegemaran buah Ari." Papa menunjukkan aku sebuah beg plastik yang mengandungi buah tembikai.
"Wahhh! Papa macam tahu tahu aje Ari dah lama tak makan buah tembikai." Aku mengambil beg plastic itu dan mengeluarkan buah tembikai yang telah pun di potong. Aku hanya perlu menghidangnya di meja makan.
Usai sahaja makan malam dan solat berjemaah bersama,kami berborak borak di ruang tamu. Aku duduk bersebelahan Daniel di sofa. Mama dan Mami duduk bersebelahan suami masing masing.
"Macam mana hidup berumahtangga ni? Seronok?"
"Macam gini lah Daddy..." Daniel memegang tanganku lalu memberiku senyuman. Aku membalas senyumannya.
"Baguslah macam tu. Agak agak bila kami nak timbang cucu? Rasa rindu pula bau baby."
"Insyaallah kalau ada rezeki,adalah baby nanti." jawab Daniel dengan senyuman yang tenang.
Aku memandang Daniel. Pandai sungguh dia menjawab soalan yang kritikal ni.
"Ari,anak mama ni ada buli Ari tak? Kalau ada bilang je Mama,nanti tahu tahulah mama nak buat apa dengan Daniel ni."
"Daniel baik sangat dengan Ari. Dia tak pernah pun buli Ari."
'Tak pernah' lah sangat. Selalu buli aku adalah. Aku selalu kene dengar cakap dia.Dalam dunia ni dia ajelah yang betul. Ikutkan hati aku,nak aje aku tumbok tumbok muka dia. Tapi nasib baik lah dia suami aku. Haruslah aku hormat dia.
"Mami nak tahu sesuatu tak? Anak mami ni manja sangat. Kuat merajuk. Niel gurau sikit je dia dah merajuk. Nampak sangat nak Niel pujuk."
WHATT?! Berani dia cakap aku kuat merajuk? Mintak kene lah dia ni!
"Betul ke Ari?" Mami melihat ku sambil tersenyum. Aku hanya tersenyum menunduk malu.
"Kalau Niel nak tahu,Ari ni memang dari dulu suka bermanja. Kalau dia merajuk sekejap aje tapi itu pun kalau orang tu pandai pujuk lah."
YA ALLAH! Mami lagi boleh cakap macam tu dekat Daniel?! Bertambah malu lah aku!
"Eh...kita borak borak ni tak ada air pula. Kejap ye...Ari nak ke dapur buat air." Aku cuba menukar topic.
Aku berjalan menuju ke dapur untuk membuat air kopi untuk tetamu. Aku merasakan ada seseorang sedang mengikutku dari belakang.
"Oi jangan lupa buatkan aku skali."
Terkejut aku.
"Yelah...saya tahu. Awak buat apa dekat sini? Pergi lah kat depan tu. Sebok je..."
"Saje je nak teman kau buat air ni. Lagipun aku takut kalau mak ayah kau ke atau mak ayah aku ke tanya pasal kita."
"So...you are trying to escape from all those questions?"
Daniel mengangguk.
"Awak datang sini buat menyemak ajelah. Kalau datang sini tolong apa yang patut tak apa lah jugak." Aku bercakap sambil meletakkan gula di dalam air.
"Yelah..yelah aku tolong. Mana cawan cawan?"
"Ada dekat almari atas tu. Oh tolong ambilkan dulang dengan piring skali ye. Saya tak sampai lah."
"Tulah...siapa suruh kau jadi pendek sangat." Dengan selamabanya dia berkata sambil mengambil dulang di atas cabinet.
"Ari,Daniel...mama ingat nak tumpang tidur dekat sini untuk beberapa hari boleh tak? Daddy pergi oversea lusa. Mama nanti bosan lah duduk rumah sorang sorang."
Aku dan Daniel melihat satu sama lain. Nasib baik aku dah pindahkan barang barang aku ke bilik Daniel.
"Boleh ma...nak duduk sini lama lama pun boleh. Lagipun Niel rindu sangat dengan masakan mama. Bila mama nak tidur sini?"
"Esok lah. Nanti sebelum daddy pergi kerja,mama suruh daddy hantarkan mama ke sini."
"Eh tak payah lah. Biar niel yang jemput mama. Kesian nanti daddy lambat pula nak ke kerja"
"Elok lah tu. Malam ni awak baik kemas baju awak untuk tidur disini. Bawak apa yang perlu je." Kata Tan Sri Kamal kepada isterinya.
"Yelah abang...takkan lah saya nak bawak satu gerobok baju pula"
Kami sekeluarga tergelak.
Dua jam sudah pun berlalu. Semua tetamu sudah pun pulang hanya tinggal aku dan Daniel. Suasana kembali menjadi sepi. Aku mengangkat cawan cawan yang berada di atas meja itu ke dapur.
"Takpe lah bagi aku cuci cawan cawan ni. Kau pergilah rehat."
Sejak bila dia jadi baik ni..?
"Eh tak apalah biar saya yang buat. Awak lah yang pergi rehat. Awak kan tadi baru aje balik dari kerja lepas tu kena layan tetamu pula."
"Tak apa lah. Cepat pergi sana sebelum aku tukar fikiran."
"Tak nak."
"Nampak ni?" Daniel menunjukkan sabun yang berbuih di tangannya.
"Nampak. So?" Aku mencabarnya.
"Sebelum aku sumbatkan buih ni dekat dalam mulut kau,lebih baik kau pergi sana rehat."
"Macam lah berani. Yelahhh saya gi rehat. Thank you awak!!" Aku memberinya senyuman ikhlas ku.
Tak sangka pula Daniel ni rajin buat kerja rumah. Ingatkan rajin bekerja kat pejabat aje. Maklomlah dia dua puluh empat jam dengan paper work.
Sudah pukul 12 malam. Aku menemani Daniel membuat kerjanya di ruang tamu. Banyak sangat ke kerja dia sampai dekat rumah pun nak buat? Aku ke dapur dan membuat air hot chocolate untuk Daniel. Aku meletakkan gelas yang mengisi hot chocolate itu di atas meja.
"Minumlah air tu. Saya buat special untuk awak."
"Okey. Nanti aku minum."
"Awak tak ngantuk ke?"
"Tak." Mata Daniel masih lekat di skrin komputernya.
"Saya dah mengantuk ni. Saya tidur dulu ye. Goodnight" Aku bangun dari duduk ku.
"Erm...Ari" Tangan ku di tarik dengan lembut dan membuatkan langkah ku terhenti.
"Yes?"
"Thank you for the hot chocolate" Daniel melihatku dan memberiku senyuman yang semanis manis biji kurma. Aku hanya membalas senyumannya tanda "you're welcome" lalu aku masuk ke bilikku dan tidur.
YOU ARE READING
Dia jodoh aku?
FantasyAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...