Syakila dan Nazdrul berjalan seiringan. manakala Ariana berjalan bersebelahan dengan Syakila. Nazdrul mengenggam erat tangan syakila menyebabkan syakila berasa tidak selesa. syakila mencuba meleraikan pegangan tersebut. tetapi tidak berjaya! mengada betul!!!
"kenapa? kau tak selesa ke?". bisik nazdrul perlahan. syakila mengangguk kan kepala nya. mesti lah tak selesa! dia ingat aku suka lah tu!
"yes! aku tak selesa. sangat lah tak selesa! can you please just tak payah pegang tangan aku?". pinta syakila perlahan sambil berbisik ke telinga nazdrul. nazdrul menggelengkan kepala nya sambil tersenyum sinis.
"biar lah, kau tak nampak ke tu adik kau kat sebelah kau? kena lah Berlakon romantik sikit". kata nazdrul. Syakila mendengus geram. ALASAN! akhirnya Syakila pasrah. Nazdrul tersenyum kegembiraan.
"bang nazdrul! kita nak pergi mana nie?". tanya ariana. nazdrul memandang syakila. setelah itu dia memandang wajah ariana.
"emm kita tengok wayang nak?". tanya Nazdrul. syakila dan ariana mengangguk serentak. Mereka bertiga berjalan seiringan. Nazdrul membeli tiket untuk mereka bertiga manakala syakila dan Ariana menunggu nazdrul yang sedang membeli tiket.
"long, untung nya kau dapat abang nazdrul tu long. dah lah handsome! kaya pulak tu. kereta pun kereta Volkswagen. untung nya kau long. baik lagi tu". kata ariana. syakila mencebikkan bibirnya. baik konon! baik apa nya kalau biarkan aku Tidur kat lantai yang sejuk gila tu!
"eh long nie! boleh pulak dia mengelamun. long dengar tak apa yang riana cakap nie?". tanya ariana. syakila tersengih lantas mengeleng. entah apa yang ariana cakap kan! sungguh dia tidak dengar.
"tu ha abang nazdrul dah panggil!". kata ariana sambil menunjuk ke arah nazdrul yang berdiri berpeluk tubuh. ariana lantas berjalan meninggalkan syakila. syakila hanya mengikuti langkah ariana.
"bang nazdrul! ariana nak pergi toilet kejap boleh tak? nak lepaskan hajat. hehe". kata ariana dan terus sahaja berlalu ke arah tandas yang terletak bersebelahan dengan kedai 7eleven
"kau dah kenapa dari tadi dok termennung?" tanya nazdrul apabila melihat syakila yang ralit memandang kaki nya. syakila memandang nazdrul. sejak bila pulak aku termenung?
"sejak bila pulak aku termenung nie? merepek aje kau. ha kau beli wayang apa ha?". tanya syakila sambil memandang nazdrul. nazdrul tersengih.
"starwars". jawab nazdrul sepatah. syakila mengangguk angguk kan kepala nya. layan saja lah!
"haa kak,bang! dah". sapa ariana. ternaik bahu syakila dek terkejut. manakala nazdrul mengurut perlahan dada nya. Kus semangat!
"hish kau nie kan! tak boleh ke tegur elok elok ha? nak juga kejutkan orang! kau nak aku mati mengejut kat sini ke apa?". tanya syakila bengang. ariana tersengih.
"ala tu pun nak marah ke long? aku tak sengaja lah. aku pikir kau perasan aku. ok sorry sorry.". kata ariana memohon maaf. nazdrul hanya jadi 'pemerhati' pergaduhan antara syakila dan ariana.
"dah dah jangan lah gaduh. sayang apa ni? dengan adik sendiri pun nak gaduh ke? meh ariana jom kita lunch dulu. lepas lunch baru kita pergi tengok wayang. then kita shopping ok?". kata nazdrul menyebabkan syakila ingin muntah. Sayang? pale kau!
"yayy thanks abang nazdrul. bertuah akak dapat abang nazdrul". kata ariana menyebabkan ariana membulatkan mata nya. ikutkan hati nya mahu sahaja dia menyekeh kepala ariana.
"i know. right sayang? you are very lucky honey". kata nazdrul. sengaja perkataan 'honey' ditekan. Syakila hanya menjeling geram. manakala ariana dan nazdrul ketawa. mereka bertiga menuju ke sebuah restoran thailand.
"ariana nak makan apa?". tanya nazdrul perlahan. ariana tersengih. manakala syakila mencebikkan bibir. dengan adik aku boleh lah kau cakap slow! dengan aku? hampeh punya suami!
"okey, sayang nak makan ape?". tanya nazdrul kepada syakila pula. syakila ralit termenung sehingga lah dia terasa seperti ada kaki yang memijak kaki nya menyebabkan syakila melatah.
"oh mak kau meletup!". latah syakila. dia memandang ariana yang sudah ketawa terbahak bahak. begitu juga dengan Nazdrul!.
"gelak apa ha?". marah syakila. ariana terus sahaja mematikan ketawa nya apabila melihat muka bengang kakak nya.
"err takde ape...tu bang nazdrul tanya akak tadi akak nak makan apa? sebab kesian abang nie dah berdiri lama". kata ariana. syakila menelan liurnya. dia melihat si pelayan yang berdiri disebelah nazdrul. si pelayang tersebut tersenyum.
"err maaf, just bagi saya bihun tomyam aje lah. air bagi saya tembikai laici". kata syakila. si pelayan mengangguk dan terus sahaja berlalu. syakila mengerling Nazdrul yang berada disebelahnya. dah kenapa senyum2 macam orang gila?
"awat kau senyum macam orang gila nie?". tanya syakila perlahan di telinga nazdrul. nazdrul masih tersenyum. syakila memandang hairan ke wajah nazdrul. Gila!
"kau tak nampak muka kau time melatah tadi. comel betul". kata nazdrul di telinga syakila menyebabkan syakila hampir melompat. what? dia kata aku comel?? nie yang nak berbunga bunga nie.
"amboii sweet nya akak dengan abang ni. siap berbisik bisik bagai". kata ariana menyebabkan syakila sedar daripada lamunannya. hatinya berbunga ceria kerana si suami memujinya! bangga woi!
Hai guys :) so yaa jangan lupa vote dan comment. saya tengok comment makin menurun :'( sedihnya!! sampai hati korang!! huarghhh nak nangis ah macam nie. haha gurau saja!! saya mohon jasa baik kalia vote dan comment about this story. ouh ya, btw hari nie birthday admin hahaha baru 16 tahun lambat right?? i know huhu ok bye!
YOU ARE READING
Cinta Untuk Encik Suami
RandomSYED NAZDRUL merupakan jejaka tampan dan juga merupakan CEO Muzafar Holding, tetapi untuk menjadi CEO di syarikat tersebut, dia hendak lah berkahwin dengan seorang wanita. bagi nazdrul berkahwin sangat lah mudah. tetapi calon? masih belum dijumpai...