Bab 3

3.9K 57 0
                                    

Isnin...

"Qayra,ingat malam ni ye.Nah,ni alamat rumah rumah saya.Kalau sesat ke apa ke call tau.See you tonight!"pesan Dato' Faris.

Setelah mengangguk dan memberi senyuman,Qayra mendengus perlahan.

'Haih,sejujur-jujurnya,aku malas nak pergi.Nak jumpa mamat tu lagi.Dah lah baju aku dia tak nak ganti.Jumpa Amira lah!Waktu kerja kan dah tamat!'rungut hatinya lalu dia bangun dan keluar dari pejabatnya itu.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

"Hai geng!"sapa Qayra.

"Aku tau kenapa ko datang rumah aku.Yelah sebab orang tu kalau ada problem je datang kan?"sindir Amira.

Kita intro sikit lah budak ni.

Nama penuh:Amira Leesa
Umur:23 tahun
Kerja:Pharmacist
Status:BFF Qayra since secondary
school

Untuk pengetahuan,si Amira ni kenal dengan si Fika.Tapi diorang tak berkawan pun.Sebab Amira ni tau yang malam si Fika ni pelacur.Tapi demi nak jaga aib orang,dia rahsiakan je la.

"Alaaa kau ni,merajuk ke?Macam tak biasa.Hehehe.Betul lah tu.Ada masalah ni.Eh jap-jap.Sekarang pukul berapa?"tanya Qayra.

"Sekarang pukul 6.30.Kenapa?"soal Amira kehairanan.Ye lah,biasanya si Qayra ni kalau datang rumah dia mana kisah pasal masa,lepak sampai 3 pagi baru nak balik pun ada.

"Ni berkenaan dengan my problem.Ok,now let me tell you.Jangan potong-potong.Haritu aku ada terlanggar mamat ni.Lepastukopi dia terkena kat baju aku pastu kitorang gaduh..."dan Qayra terus menyambung ceritanya.

"And now you know what?Bos aku suruh datang rumah dia!Settlekan kat rumah dia!Kenapa tak settle kat pejabat je?Ergh!"rungut Qayra.Yelah.Jumpa kat pejabat haritu tak nak bayar pun.Ni suruh datang rumah pulak.Tak pelik?

"I think I know why!"ujar Amira.

"Apa-apa?"tanya Qayra.Memang tak sia-sia dia jumpa minah ni.

"Dato' tu nak jadikan kau menantu dia.Takkan tu pun tak faham.Dia suruh kau datang rumah nak berkenalan dengan mama mamat tu lah!"ujar Amira.Hadoi kawannya ni.Lembab betul otak.

"Mamat mamat,Hafiz lah!Eeeii tak nak aku dijodohkan dengan dia."rungut Qayra.Biarpun jantan tu handsome mana,perangai kalah setan,memang bukan pilihan hatinya.

"Haaaaa!!Aku ada idea!"ucap Amira lalu membisikkan idea itu kepada kawan karibnya itu.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

Di kediaman Dato' Faris...

"Asalamualaikum."sapa Qayra.

"Waalaikumsa..."terpaku Dato' Faris melihat Qayra.Terlalu...formal!!!

"Dato'?oh Dato'?"tegur Qayra.Seram sungguh dia melihat Dato' yang menenungnya sebegitu.Ni mesti sebab idea gila kawannya.

Flashback...

"Ala Qayra.Kau pakai je baju pejabat.Nanti diorang mesti fikir kau tak mandi lagi dan mesti diorang fikir kau anak dara malas.Terus fly tak jadi calon menantu beb.Ataupun kau cakap lah yang tadi kau keluar dengan boyfriend kau sekejap.Pastu tengok jam dah pukul 8.00."ujar Amira.

Flasback end...

"Eh!Kenapa pakai baju pejabat lagi ni?"soal Dato' Faris.Tak silap dia,lepas dia keluar tadi terus si Qayra ni keluar jugak.

"Sorrylah Dato',tadi saya siapkan kerja kat office tu.Lapang dada sikit esok.Hehe.Lepastu tengok jam dah pukul 8.00,so terus gerak sini,tak sempat balik."jawabnya.Tak sanggup dia nak cakap keluar dengan boyfriend.Tapi kerja dia memang dah siap pun.

"Oh tak pelah.Masuk dulu,"kata Dato' Faris.Dia merasakan yang pekerjanya itu menipu.

Tibanya dalam rumah...

"Awak tipu saya ke Qayra?Yelah,sebab masa saya keluar tadi saya nampak awak pergi kat kereta.Mesti awak dah balik,"duganya.Tengok apa riak wajah Qayra lepas ini.

"Oh tadi tu saya ambil laptop dalam kereta.Ada kerja sikit kat laptop tu.Emmm lagi pun tak salahkan?Yelah waktu kerja kan dah habis,cuma saya je gatal-gatal nak duduk lama-lama.Hihi..."jawabnya tenang.Dalam hati,tuhan je yang tahu berdebarnya.

"Oh ok,"jawab Dato' Faris ringkas.Dia percaya pekerjanya itu.

"Asalamualaikum Qayra,"sapa Datin Suraya.

"Waalaikumsalam Datin,"sapanya Qayra kembali lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Alah Qayra ni,jangan panggil kita datin,panggil Auntie Sue ya,"kata Datin Suraya.

"Okey datin...eh...Auntie Sue,"kata Qayra.Gugup juga dia nak panggil isteri bosnya auntie.

"Haa Qayra.Panggil saya dato' di tempat kerja aje ye.Kalau kat tempat lain panggil uncle.Okeylah,Sue duduk dulu,biar saya panggil Fiz ye,"ujar Dato' Faris.

"Ok bang,"jawab Datin Suraya.

"Qayra ea yang terlanggar dengan Hafiz tu?Maaf ye Qayra,sebab dengar daripada Hafiz dia kata Qayra mintak duit ganti rugi baju,tapi dia tak bagi kan?Maaf ye,si Hafiz tu memang macam tu.Dah banyak orang experience nacam tu dengan dia,"tutur Datin Suraya.

'Kalau ikutkan lah auntie,nak aje saya hempuk dia,'jawabku dalam hati.Yelah,nak cakap depan-depan mana berani wei.

"Takpe auntie,ni uncle dah jemput datang rumah yang macam istana ni pun dah okey hahaha,"gelakku 'mesra'.Mesra lah sangat.

"Tapi kan auntie,ada apa ye saya kena datang sini?"sambungku lagi.

"Heheh...Nak mesra-mesra dengan awak,"jawab Datin Suraya sambil tersengih.

Aku sengih semula.

'Pelik diorang ni.Nak aku mesra-mesra pulak dengan diorang.Ish!Jangan-jangan betul apa yang si Mira tu cakap.Omaigod!!!Taknak!!!'rungut hati Qayra sambil menggelengkan kepalanya.

"Woi kau geleng-geleng apa pasal?"jerkah suara garau itu.

"Fiz,tak elok layan tetamu macam tu tau,"tutur Datin Suraya lembut tetapi jelas nada tegas di situ.

'Fiz?Hafiz?!Mamat tu ke?Malas lah nak hadap muka dia,'rungut hatiku sambil melihat ke wajah itu.

"Hurmmm yelah ma,fine,"keluh Hafiz.

Hafiz pun duduk di sebelah Qayra.Dan sesi 'menemuduga' Qayra pun dijalankan.

Cinta Bersalut DendamTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang