Nurul Akira bermalasan disofa sambil tangannya memegang remote. Cerita apa lagi, cerita The Return of Superman lah tak pun Running man. Dua rancangan itu saja yang menarik perhatian dia. Dia bukan minat sangat dengan drama Korea, dia lebih suka rancangan hiburan Korea saja. Jadi jangan tanya dia siapa hero drama Korea. Kalau tanya Song Iikook, Choo Sunghoon, Lee Hwijae, Tablo, Song Ji Hyo, Yu Jae Suk, Kang Gary ke dia tahu lah.
Artis yang sertai program The Return of Superman dan Running Man aje dia tahu. Dia kenal Kwanghee dan GD pun sebab depa jadi tetamu dalam dua program tu.
"Nilah kerja kau, dik. Layan cerita korea aje." tegur Adam.
"Tolong sikit ea, adik layan cerita The Return Of Superman dan Running Man je tau. Lagi pun episod lepas adik tk tengok sebab adik sibuk." Matanya masih melekat di kaca televisyen. Dia langsung tidak berminat mahu memandang abangnya itu. Bukan handsome pun, lagi handsome ni Kim Jong Kook ni. Hmm tak adalah handsome sangat Jong Kook ni. Okey jangan bash hakak.
"dik, along nak tanya sikit boleh?" Adam memandang adiknya yang masih tak lepas dari televisyen. Entah apa yang seronok sangat rancangan The Return Of Superman itu pun dia tidak tahulah.
"wait!" Nurul Akira menunjukkan tapak tangan kirinya, tetapi mata masih lagi tak lekang!
"ni along mesti nak tanya pasal Yuki Sato kan?" Nurul Akira dapat membaca fikiran alongnya itu.
"haa.. betul lah tu...." Adam mengiakannya tetapi kata - katanya belum selesai sudah disampuk oleh adiknya.
"Umur dia sebaya dengan Akira. Dia kacukan Uk - Jepun. Sekarang dia tinggal di Tokyo dan belajar di University of Tokyo. Dia aktif dalam sukan. Dia masih single. Tapi tak tahu lah kalau dia suka adik ke tak. Sebab kami kawan biasa saja, cuma agak rapatlah juga. Kami kenal melalui facebook dan sekarang kami ada id line masing - masing. Pada awalnya kami cuma kawan satu group ni. Group tentang pertukaran bahasa inggeris - jepun.
Fuyuki pada mulanya tidak fasih bahasa Jepun sebab dia membesar di London. Dia mempunyai seorang kawan baik yang merupakan orang Malaysia, namanya Ameer, asal Kajang. Jadi dia tahu serba sedikit tentang Malaysia. Ada soalan?" laju saja Nurul Akira bertutur.
Adam dari tadi terpaksa setia mendengar tanpa henti. Tak ada peluang untuknya menyampuk. Jadi, Adam dari tadi menganggukkan kepala walaupun adiknya itu bukan pandang pun masih sibuk dengan rancangan di televisyen tu.
"boleh percaya ke dia tu?" soalan Adam itu menyebabkan Nurul Akira mengalihkan pandangannya ke arah alongnya itu.
"maksud along?"
"yelah, orang zaman sekarang ni kan macam - macam. Adik kenal dia pun dalam dunia maya je." Adam tenang memandang ke arah televisyen.
Nurul Akira terdiam sebentar. Ada betul juga apa yang along cakap. Aku kenal dia hanya di Line, boleh jadi dia mereka. Dan boleh jadi gambar yang dia pakai itu bukan gambar dia. Bermacam ragam manusia di dunia ini. Kita bukan kenal sangat pun mereka. Semuanya dipisahkan dengan skrin telefon bimbit. hmm... Getus hati Nurul Akira. Nurul Akira mengehalakan nafas.
"entahlah, long. Kita doakan yang terbaik semoga dia baiklah." Nurul Akira kembali menonton televisyen.
Meskipun sekarang matanya tertumpu di televisyen tetapi otaknya habis melayang.
******
Akira Yamada berbaring di katilnya. Tengah hari begini memang seronok tidur siang. Sudah berapa kali Akira Yamada cuba memejamkan matanya tetapi tidak dapat. Dia penat berfikir. Dia mahu rehat, tetapi otaknya ligat memaksa dia berfikir.
Hanya satu nama, Fuyuki Sato. Nama yang dia kenal tetapi siapa. Kenapa dia boleh berkenalan dengan Nurul Akira. Dia dan Nurul Akira dah berapa lama. Sejauh manakah hubungan mereka. Betul ke apa yang Nurul Akira kata temph hari yang mereka sebenarnya bercinta. Bermacam soalan diminda Akira Yamada.
Cemburu? Mungkin. Tetapi untuk apa. Nurul Akira selama ini langsung tidak memandangnya. Jangan disuruh pandang, selisih pun tak mahu. Dia tahu yang Nurul Akira meminati negara kelahirannya tetapi kehadirannya langsung tidak menarik perhatian Nurul Akira. Nurul Akira sering bersifat dingin dengannya. Tidak pernah Nurul Akira menunjukkan sifat mesra terhadapnya. Tak kan dia masih berdendam peristiwa ketika pertama kali mereka berjumpa. Peristiwa dimana dia dan Liyana terlanggar Nurul Akira. Pada waktu itu, dia masih baru belajar bahasa melayu, jadi apa yang dibicarakan Nurul Akira dan Liyana dia sukar untuk menangkapnya.
******
Nurul Akira kembali ke bilik tidurnya. Sudah puas dia menonton televisyen. Nanti malam sambung lah lagi. Sekarang kalau buat tahi mata pun sodap ni. Well.. inilah aktiviti seorang penganggur.
Sebaik saja Nurul Akira memejamkan matanya, telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malas dia menjawab panggilan itu.
"hello.." matanya masih terpejam.
"babe!!!!!!" Teriakan seorang gadis menyedarkan Nurul Akira. Dia kenal suara ini!
"yo.. Zara. Asal kau telefon ni?"
"aku telefon salah?" Kedengaran Sharifa Zahira seperti merajuk.
"babe. kau di Seoul, aku di KL. Apa kejadah kau telefon aku? Skype kan ada!" Nurul Akira yang dari tadi terbaring kini duduk kerana teruja.
"aku dah di KL!!!!" sekali lagi dia berteriakkan. Tetapi teriakkan itu langsung tidak mengganggu Nurul Akira.
"Biar betul?" Nurul Akira kaget. Kawan baiknya sudah di Malaysia?
"aku dah di depan rumah kau ni!!"
Terus Nurul Akira mematikan panggilan itu. Dia berlari menuju ke pintu utama. Kakinya dengan segera menyarung selipar. Ya! Kawannya itu ada di depan rumahnya sekarang!!!
"arrrgggghhh!!!" dua sahabat itu berteriakkan sebaik saja pintu pagar dibuka.
Mereka berpelukan setelah hampir 2 tahun mereka terpisah kerana Sharifa Zahira berpindah ke Korea Selatan.
"omaigod!! I still can't believe this! You are here!" Nurul Akira memandang sahabatnya dari atas kebawah.
Sharifa Zahira yang anggun berbaju blouse berwarna pink dan berseluar slack putih.
"yeah! aku dah di Malaysia!!" Sharifa Zahira menggoncang badan Nurul Akira.
Nurul Akira menyedari bagasi di sisi Sharifa Zahira.
"kenapa beg kau disini? Kenapa tak di rumah nenek kau? wait! kau buat kerja giler lagi ye?" soal Nurul Akira.
Dia cukup kenal sahabatnya ini. Dahulu, Sharifa Zahira ini pernah cuba melarikan diri ke Malaysia tetapi mujur ibunya sempat mengejarnya di lapangan terbang.
Sharifa Zahira sekadar senyum dengan persoalan sahabatnya. Tiada kata yang boleh dia ucapkan. Memang betul pun yang dia masih membuat kerja gila ini, tetapi tidaklah seteruk kejadian terdahulu
YOU ARE READING
Eh mamat Jepun! (Hold On)
Fiksi Remaja"awak kejam! tahun 1941 tentera Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah. dan sekarang abad 21, awak datang jajah hati saya. Tapi awak biarkan saya sendiri setelah awak jajah hati saya. Awak ingat seronok lah?" -Nurul Akira. Nurul Akira seorang g...