"BOOM!!!"
Hahahahahahhaha. Saje bagi saspen tepung roti canai kena hempas kat meja menebar. Kuikuikui. Okayh geng, so takpayah intro sangat lah. Kalau aku ckp pun bukan korg kenal aku. Hahahaha. Okay cerita mak andam ni sebnarnya base on pengalaman realife aku dekat kampung. Kita start eh? Bismillahirrohmanirrohim... Okay. Cerita ni terjadi dekat sebuah perkampungan di negeri johor, dimana kampung aku tinggal dan aku membesar katsitu. Aku taknak bagi spesifik sangat sbb takde dalam plot. Hakhakhak. Ketika itu aku berumur 17 tahun. Tak silap aku masetu dah dikira penghujung tahun jugak lah,
Nyeeeeeetttt...... PAPP!!!!..
Maaf.. Nyamuk kat pipi. Aku ni tinggal dekat kawasan felda lah. Jadi bagi org yg tahu kedudukan rumah rumah felda ni, dia sebaris sebaris lah. Jadi nak cerita pasal kedudukan rumah "bonda" tu dia xjauh dari rumah aku, selang dlm 7 buah rumah mcmtu. Jadi "bonda" ni memang dikenali ramai. Dia ni terkenal dgn make up pengantin dia yg mmg cum kaw kaw punya. Senang cite dari rupa kau mcm ah sow tolak basikal jual kangkung tu, boleh jadi rupa Nora Danish bhai, mmg betul betul hoo liow lah bak kata cina penang. Hahahahaha. Tapi korang kena tahu...... Haaaaaa jeng jeng jengggg.. Sebenarnya make up dia takdelah sehebat manaa.. Tapii!! Sebenarnya dalam masa dia make up pengantin tu, dia akan masukkan something like orang tua2 kata tu "penyeri wajah" lahh haaa cmtu. Sebabtulah bila org pandang muka pengantin perempuan yg dia baru lepas make up tu, jgn kata brader2 rewang, pengantin lelaki pun tak sabo nak undress. Rasa cm nak tekan matahari tu supaya cepat tnggelam bagi can kat bulan nak naik sbb pngantin lelaki dah tak sabar nak mendayung, wahh gitteewww. Hahahaha. Mcmtulah metaforanya nak menunjukkan betapa cantiknya sentuhan "bonda" tu."Csshhhhttttttt"...... "Ayieshh! Amikkan mak bawang dalam tapis tuu!".. Masetu petang raya haji. Mak aku mcm biasa lah aktiviti dia petang raya mesti dia akan "ngunjung" (hantar makanan ke rumah rumah jiran) jadi aku ni biasanya org yg paling berat tulang dalam rumah, aku akan cari port katmana nak sembunyi hahahaha. Tapi kesian pulak masetu, tahun tu ramai adik bradik aku xbalik. Ada pun akak aku sorang ngn mak aku, diorg berdua memasak, jadi xkanlah aku nak biar diorg yg pergi hantar... Atas dasar sinpati nihhh, aku pun pergilah kat mak aku. "Ehh.. Ni ada 5 bungkus, kau hantar dari rumah pertama, sampai rumah cik *tuuuttt tauu. Ckp kat diorg mak kirimsalam".. Aku pun jawab okaaaayyy. So aku pun start lah motor LC aku, aku pegi kerumah prtama aku bagi salam, "SAMEKOMMMM!!!.. Cikkk ooo cikk..". "Waalaikumsalamm.. Ohh ayiesh, knapa ayiesh?". "Aaaaa cik, ni mak bagi lauk, mak kimsalam sekali". "Ohhhh lah susah2 jee, waalaikumsalam..timekasih lah yeeee". "Samaaaaa, byee". So mcmtulah ayat2 aku setiapkali hantar lauk2 tu kerumah jiran2 aku. Tiba rumah ketiga, haaaaaa rumah ketiga nilah rumah plg horror sekali. Tau rumah sapa? Rumaaahh BOOONNDAAAAAA... Mwahahahahahahahaha!! *dracula ketawa ats bangunan bckground petir + bunyi piano. Okay, nak cite pasal rumah dia ni ehh. Rumah dia ni taklah besar, rumah kayu, rumah dia ni jenis rumah yg memanjang ke belakang. So halaman rumah dia ni penuh lalang tak ditebas. Rumput panjang2 semua, kebetulan masa tu aku terfikir yg mak aku bgtahu bonda ni dah sakit lama. Jadi sebab tu lah aku tgk halaman rumah dia ni tak terurus, nak harapkan family dia? Haraaammm... Dia ni takde anak. Dia cuma ada anak angkat sorang, tapi tu dah hanyut dahh keje menghisap jee (main barang). Balik rumah rembat duit rembat barang pastu lari. Tu jelah dia. Ok back to the story. Jadi aku pun bagilah salam.. "Samekommmm!!! Bondaaa.. Ooo bondaa....". Takde sape menyahut. "Samekoooomm!! Bondaaaa.... Ni ayiesh ni bondaa...." Kali kedua aku bg salam dia mcm xd respon tau, so aku fedap aku nak blah je dari situ, sekali aku terdengar satu suara, jauh suaranya pastu sayuuuup je bunyi, aku dh start meremang masetu, aku dnga dia ckp "naaaakkk.. Kat blkg ni.. Bonda kat blkg..." Tersentak gak aku masetu, so aku parking moto kat halaman rumah dia pastu aku pun berjalan ke belakang rumah dia, tgh sedap aku bjalan ke belakang tu, tiba je kat pintu belakang.. Berderau darah aku. Aku nampak bonda tu tgah cangkung kt pintu blkg, badan dia ya allah kurus keding mcm org berat 32kg cmtu, padehal dia ni jenis org badan berisi. Aku pndg muka dia dgn mata dia lebam, kulit badan dia berkedut pastu urat hitam timbul2, rambut berserabai, tapi part paling scary... Dia seeeeeenyum je pandang aku. Aku dah mula gigil gak lah masetu. "Errrr bonda, ni mak bagi lauk sikit, erm pastu mak kirimsalam". Pastu dia ckp "masuklah dalam, letak atas meja tu". Fhuwhhh! Gila apa woi. Bukan aku jelah klau korang pun dh npk org tu scary cmtu, nak kau masuk? Fhuwhhhh.. Aku xnak bebb. Aku jwblah "t..t..t...takpe lah b..b..bonda, ayiesh balik dlu". Ttiba bonda tu kata "kenapa ckp terketar ketar ni? Ayiesh takut tgk bonda? He.. He.. He.. Heee". Ya allah dia tanya soalan cmtu satu hal. Lepastu dia boleh gelak mcmtu, korang bayangkan dgn muka scary dia tu tambah gelak ala ala nenek kebayan cmtu. Aku dh xboleh tahan, aku terus je gerak balik, mmula dpn dia aku bbuat jalan sbb taknak nampak yang aku ni penakut. Hilang je dia dari pndgn aku terus aku belari mcm lari pecut, time tulah pulak aku rasa seolah cm aku lari cmre rakam slow motion pastu ada lagu bckground ost rocky balboa tu. Tenettt teeeeetttt teneneett.. Hahahahaa. Okay potong. Cepat2 aku lari smpai kat motor tu je........ Astaghfirullahalazim aku rasa mcm nak putus nyawa kejap katsitu, tiba tiba tau, bonda yg dduk kat pintu dapur tadi terpacak kat tingkap dpn rumah dia tgh tengok aku. Kalau nak kata dia belari jugak kedepan tadi, masa aku lari tadi takde pulak dengar bunyi tapak kaki berlari kedepan sbb dia rumah papan kan? Klau blari msti dngar, ni aku xdngar pape, alih2 dah tpacak dpn tingkap, dan dia still lagi sengih kat aku. Masetu aku dah xnak pandang muka dia. Aku start moto masuk gear terus perah, tapi masa aku start motor tadi aku dngar dia ada cm bagi pesanan "baik baik nak bawak motor".. Cmtulah, tapi aku dah xhiraukan sbb aku dah takut sgt masetu, even waktu tu petang pun, tapi org kata dh lewat petang, aku hntar lauk kerumah dia dalam pukul 6:45. Dekat2 maghrib. Time tu aku tak jadi nak hantar lauk kerumah 4 ngn 5. Aku menonong je balik. Pastu sampai rumah aku bawak lagi 2 bungkus yg tak terhantar tu, mak aku tanya "eh? Ni knapa tak hantar lagi?". Disebabkan takut, aku terpaksa tipu mak aku, sorry mom, i love you. "Takdelah mak, ni tadi org tu takde kat rumah, tu ayiesh bwk balik". Jadi aku letak makanan tu atas meja, aku terus tanya mak aku, "Mak, nak tanya, bonda tu dah berapa lama sakit?". Mak aku jawab "dia dah lama sakit, 2 minggu lepas mak dtg rumah dia mak tgk dia dah xboleh bangun dah. Dah terbaring je katrumah". Time tu aku terfikir, siapa yg mencangkung kt blkg tadi klau betul dia sakit dah xboleh nk bangun, dan cmana dia boleh tiba2 muncul dpn tingkap rumah dia dgn begitu laju, jitu dan sungguh mentaksubkan? Hmmm *ayiesh main janggut
To be continued...
YOU ARE READING
HANTU RAYA MAK ANDAM
HorrorMengisahkan tentang "bonda" (bukan nama sebenar) yg meninggalkan pusakanya setelah dia menghembuskan nafas terakhirnya dan mengakibatkan ketakutan dan gangguan kpd penduduk kampung yg tinggal berhampiran rumahnya.