*****
'Zaim mana Syakir ekh?' Tanya Kak Kay. 'Ntah.' Jawab malas. Kak Kay, berbadan besar, umur mencecah 50an, suara nya mampu membingit, tiada zuriat. Paling dibenci di syarikat, tetapi paling disanjung dikalangan atasan.Aplikasi Whatsapp di buka, carian nama Syakir di cari. 'Woi mane gila? Teks dihantar, tanda diterima menunjuk. Sebelum sempat Zaim menyambung kerja, aplikasi tanda teks diterima. Syakir. 'Tuh lah semlm ak call buat dek, tgk porn ckp ak x kacau. Kahkah' Zaim senyum, 'Babi' getus hati Zaim. 'Mane gila? Balas Zaim. 'Ak call smlm sbb nak bgthu kau ak dpt offer kerje tmpt lain, minggu depan ak strt kerje. So alang2 ak nak cabut, baik ak cuti terus. Haha.' 'Babi nya lahai kau ni, okok malam roger!'
*****
''Kau dapat offer mana weh? Ade kosong lagi? Macam sial jenis lari macam gitu. Jenuh aku nak menjawab dengan bos.' Hirupan air sirap ais menyejuk tekak Zaim. 'Haha. Ni membe aku tarik aku masuk company dia kerja. Dia nak guna orang cepat, so membe aku suggest berenti je la. Tak payah keluar notis. Kang lambat.' Balas Syakir, mulut mengunyah makan sambil mata meliar melihat perempuan memimpin anak kecil. 'Babi, MILF!' Jerit Zaim. Bergelak berdua.*****
Hari Zaim sedikit lain. Pagi nya di pejabat suram tiada rakan sekepala. Makan nya kadang seorang, kadang berteman dan kadang beramai jika tiada kerja.*****
29Nov, 10AM. 'Weh bonus la weh!' Jerit Kak Ayu. 'Serius lah?' Berkata hati Zaim meletak harap. Papan kekunci ditekan. Layar Harimau Kuning terpapar. Dada Zaim berombak, mengharap berita gembira nyata. RM 10,514.00 tertera. Senyum Zaim sampai telinga. Mata berkaca. 'Alhamdulillah!' Bicara sendiri. Tidak senang duduk Zaim, berlalu ke Khairil teman peganti Syakir, 'Datuk menang loteri ke abang?' . 'Aku rasa lah. Masyuk la Lat? Makan best sikit lunch nanti.' Jawab Khairil. Zaim menganguk, tanda ibu jari menaik menunjuk. Zaim kembali ke tempat duduk nya. Telefon diambil, Whatsapp dibuka, Syakir dicari. 'Hang bodoh p berenti awai, datuk botak menang loteri weh, bagi bonus!' Teks dihantar. Tidak lama telefon berbunyi. 'Babi babi babi!' Syakir membalas. 'Kahkahkah! Mlm jumpa bro!' Zaim menyakat. Sudah bertahun ini pertama kali syarikat nya bekerja memberi bonus besar kepada anak buah. Mungkin ikhlas mungkin juga menunjuk. Menaik nama syarikat dikalangan pesaing. Boleh juga dipanggil sebagai laburan, strategi kepada syarikat. 'Petang ni lepas kerja transfer duit sikit ke mak.' Rancang Zaim. Kembali senyum.