Mama be like "Dah takde lelaki melayu ke Shima ?! Bangla jugak kau nak!" angin satu badan Puan Rosmah apabila Shima menyatakan yang dia sudah berkahwin dengan bangla mana ntah.
"Inilah yang terbaik buat Shima, mama. Tolong restu hubungan kami mama. " suara Shima Qistina mendayu dayu merayu kepada mamanya.
Pang!! Satu lempangan maha hebat dari Puan Rosmah melekat di pipi Shima..
Tersembur gigi palsu yang dipakai oleh Shima sedekad yang lalu akibat lempangan padu dari mamanya.. Malaysia waktu itu mengalami jerebu seketika. Dengan hati yang kecewa, satu persatu giginya dikutip semula..
'Habis berterabur gigi aku. Ish mama ni kalau nak lempang pon agak-agak la. Yang kena kutipnya aku jugak.' Gerutu Shima didalam hati.
Tapi apakan daya, terpaksa Shima melepaskan suaminya kerana sayang akan gigi2 palsunya itu tertanggal kembali. Tapi suaminya enggan melepaskan Shima. Dia berjanji akan memberikan gigi palsu yang baru dan 1 set polident untuk Shima.
Dalam masa yang sama Amar datang menyelamatkan keadaan. Shima dalam dilema, antara suaminya atau mamanya. Amar melempang suami Shima , kemudian tapak tangannya laju menyinggah ke pipi Shima. Lalu Amar dilempang oleh mama Shima kerana melempang anaknya tunggal kesayangannya itu.
Papa Shima, Encik Najib hanya membaca akhbar disofa kegemarannta tanpa menghiraukan konflik antara mereka yang berlaku. Haziq yang kebetulan baru pulang dari Malaysia lalu di kawasan kejadian untuk ke rumah Suzanna. Kemudian , Haziq terlempang dirinya sendiri untuk memastikan orang yang dilihatnya itu ialah Nur Shima Qistina !
Haziq terkejut serta terpinga sambil berkata di di dalam hati. "Apa sudah terjadi pada gigi Shima?"
Tanpa berlengah Haziq mendapatkan gigi Shima untuk mengesahkannya. Ada lada sikit. hahahaha. Bukan hanya lada, tapi ada beberapa ikan bilis yang bersembunyi hasil dari sarapan jemput2 mamanya pagi tadi.
Api yang sedang marak dalam hati Shima semakin membuak-buak kerana Haziq memeriksa gigi kesayangannya. Shima tanpa segan silu merampasnya semula. Lalu semua ahli wattpad di remove dari group wattpaders..