Rin menangis teresak-esak. Ya allah rindunya aku pada Shah. Rin membuka kotak itu. Ada cincin yang Shah pernah pakaikan pada jarinya.
Zaril hanya diam. Dia terlalu kasihan pada Rin. Beratnya apa yang Rin dah lalui. Zaril berjanji dia akan bahagiakan Rin seperti mana Shah bahagiakannya.
•••
Sesampainya di rumah opah, Rin terus masuk ke bilik.
"Kamu pergi kubur Shah ke tadi" Maklong menanya pada Zaril.
"Ya" Zaril pelik. Macam mana maklong boleh tahu?
"Biarkan Rin tu. Kejap lagi okaylah. Dia memang macam tu" Maklong dah faham sangat. Rin kalau balik kedah memang akan selalu pergi ke kubur Shah.
Kali ini, maklong rasa lega. Nasib baik ada Zaril menemaninya. Pernah dahulu, Rin kemalangan teruk apabila dia memandu untuk pulang ke rumah. Moodnya yang tidak stabil amat menganggunya.
Zaril terdiam. Maknanya, banyak kali lah Rin macam ni? Shah, kau beruntung sangat. Rin teramat mencintai kau.
•••
Petang itu, Rin membawa Zaril jalan-jalan pusing kampung. Itupun lepas maklong paksa dia. Kalau tak memang takdenya lah dia nak bawak Zaril pusing kampung ni.
Mereka menunggang basikal. Eh bukan mereka, Rin yang menunggang basikal. Zaril duduk di belakang. Tergelak Rin apabila dia mengetahui Zaril tidak pandai menunggang basikal. Dasar orang bandar!
"Lambatnya awak kayuh" Zaril dah bosan. Lembap lah minah ni.
"Awak tu yang berat sangat" Zaril bukannya berat pon. Cuma Rin saja nak kayuh lambat.
"Kayuh la laju"
"Yelah" Rin mengayuh basikal dengan laju. Terkejut Zaril dibuatnya. Tangan Zaril melingkari pinggang Rin.
Rin terkejut apabila Zaril memeluknya.
"Awak gila ke apa" marah Rin.
"Awak tu bawak laju sangat, nasib baik saya tak jatuh" Zaril membela diri.
"Turunlah. Balik jalan kaki" Rin menolak Zaril. Bengang dia dibuatnya. Nasib baik takde orang kampung nampak. Kalau tak memang jadi gosip terhangat sampai satu dunia tahu. Biasalah segelintir mulut orang kampung ni ada yang nak kena sumbat dengan cili api.
Zaril akur. Malas dia nak buat Rin marah. Sebab kalau Rin marah, Rin takkan layan dia. Bosanlah dia nnt. Sedih.
•••
Dah tiba masa mereka berdua pulang ke ibu kota. Zaril sedih nak tinggalkan kampung ni. Yalah, dia bukannya ada kampung pun. Dia mesti akan rindukan masakan maklong. Maklong masak memang tiptop! Sampai 4 atau 5 pinggan dia tambah. Tapi dia takkan gemuk sebab dia rajin exercise. Kehkeh.
Rin meninggalkan Zaril. Pandai pandai kau lah singa buas cari jalan balik. Malas aku nak mengadap muka kau. Esok kena mengadap muka kau lagi.
Zaril mengejar Rin. Rin, rin. Awak pandulah berapa kilometer sekali pon, saya tetap akan dapat kejar awak.
Yelah, kereta Rin hanyalah kereta viva. Kalau nak dibandingkan dengan kereta si Zaril ni. Memang kereta Zaril la lagi laju. Mana taknya? Kereta Zaril ni Audi siot. Bukan audi sebarangan. Audi yang ala-ala sport tu.
Zaril follow Rin sampai ke rumahnya.
"Awak balik la rumah awak. Yang follow balik rumah saya di kenapa" menyampah aku dengan singa buas ni. Nak cekik cekik je rasa. Biar mati. Aman hidup.
"Saya nak pastikan awak selamat sampai rumah awak" Zaril mengenyitkan matanya. Langkah kedua: membuat perempuan cair. Dia ingat lagi apa yang dibaca dalam buku pikat perempuan tu.
Mungkin semua perempuan dah cair dan takkan membeku balik bila Zaril membuat 'wink'. Tapi tidak bagi Rin. Dia sikit pon tak cair. Rasa nak muntah darah plus hijau plus kuning plus biru plus hitam plus putih plus oren plus purple plus pink adalah!
Rin menayangkan muka menyampah. Dia ingat handsome ke? *tangan ke bahu mata ke atas*
Rin terus mengunci pintu pagar dan masuk rumah. Malas dia nak layan si Zaril tu.
Zaril memandu ke rumahnya apabila Rin sudah selamat sampai. Agaknya Rin cair tak? Takkan dia tak cair? Aku handsome kot! Kalah justin bieber and lee minho!
•••
"Boss harini ada meeting masa lunch" kata Rin tidak bersemangat.
Menyampah. Kelmarin muka kau. Semalam muka kau. Harini muka kau. Esok muka kau. Lusa muka kau. Hari-hari aku nak kena mengadap muka kau singa buas!
Kalaulah Zaril tak follow dia haritu. Mesti dia tak jadi macam ni. Dia rasa dia dah macam isteri si Zaril.
YOU ARE READING
Ubahkan Singa Buas Itu
Teen FictionZaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang...