Saranghae Miss Pangeit!

105 2 0
                                    

Bab 3
"Apalah nasib aku ni?! Hmm.." Aku mengeluh lemah. Berjalan dan berjalan, nak ke motor sebenarnya tapi tidak jadi pulak sebab aku terdengar ada student bukan main jerit lagi. Nak jugak tahu! Aku menyorok diriku di tempat parking.

"Arghhhh!!!! 5P!!!!" Jerit mereka keseronokan plus student perempuan and also maybe 'pondan'. Amgeee!!!! Sampai macam tu sekali group diorang tu popular eh?! Teringin jugak aku nak tengok muka mamat mamat dalam group tu. Macam dalam drama korea pulak bila aku tengok. 'Boys over flower' tajuk drama tu. Cerita tu pun pasal group jugak tapi ehh dah kenapa aku sampai melalut ke drama korea pulak ni?! Ini realiti Qeesya!!

"Mommy, miss din kita at alam ko kung ano ang dapat kong gawin. Huwag mag-alala tungkol sa aking katawan .. nakuha ko sa aking sarili"
(Mommy, saya rindukan awak juga.. saya tahu apa yang harus saya buat, awak jangan risau)

'Dia pandai cakap filipino kah?! Daebak!!' puji hati kecilku. Alamak mesti dia nampak aku ni.. Nak buat macam mana hah?! Hah!! Masuk dalam ni lah! Aku membuka pintu kereta, macam magik pulak aku ni.. seakan tahu pulak pintu kereta tu tak berkunci. Aku menyorok diriku di tempat penumpang. Aduh sakit pulak pinggang ni haa!

"Okey mommy, bye!" Kata lelaki itu lalu masuk dalam kereta di tempat memandu. Alamak!!! Aku memekup mulutku. Diam!! Kereta yang ku naiki entah apa namanya menderu laju meninggalkan fakulti. Aku hanya diam seribu bahasa.

"Bau apa yang kuat sangat ni?" Ujar lelaki itu. Fokus untuk pemanduannya.

Aku menekup mulutku. Tidak mahu berbunyi walaupun sedikit. Matilah aku kali ni!!! Terlepas dari kandang harimau masuk dalam mulut buaya! Huwaaaaa!!! Apalah nasibb...

Tiba tiba kereta itu berhenti. Aku masih berteleku. Diam sambil memejam mata. Lelaki itu membuka seatbelt dan dia menoleh ke belakangg.... Arghhh!!!! Gawatt!!!

"Patutlah bau busuk semacam aje rupanya datang dari kau!!" sindir lelaki itu. Walaupun kendur suaranya tetapi... memggerunkan yakmat!

"Get out of my car now!!" Pekik lelaki itu sampai terhinjut bahuku. Aku keluar dari keretanya. Arghh!! lenguh giler!

Lelaki itu menghampiriku. Dia memicit pangkal hidungnya. Kemudian dia menunjal nunjal kepalaku.

"Kau buat apa ikut aku hah?!! Kalau kau suka aku pun, tak payah lah sampai ikut aku balik rumah aku!!" Pekik lelaki itu.

Siapa pulak suka kat kau ni?!! Cik abang oii, awak dah salah faham kot! Takde masa aku nak suka kau! Puihh.. muka pun...muka pun.... Aku mengangkat mukaku nak face to face denganyaa.. Nak tengok handsome sangat ke mamat ni yang perasan sangat!!! tapi mukaa diaa.. Alahaiii...

"Hoii!" Pekiknya apabila melihatku merenungnya tajam. Saya terpukau dengan kesempurnaan awak oppa!(abang).

"Heyy pangeit!!(hodoh)" Katanya
sambil menunjal kepalaku tapi aku masih terleka..

"Bukk!!"
"Aduhh! sakit bongok!!" marahku apabila dia menumbuk 'manja' di wajahku. Menumbuk 'manja' sampai lebam mata aku mamat ni buat!

"Kau pergi bersihkan diri kau! Busuk tahu takk?!!!" Mamat ni pekik aku lagi tapi tak apa, aku suka.. hehehe.. Aku melirikkan senyuman paling manis terhadapnya.

"Gila ke apa minah ni tak habis habis lagi tenung aku?" Kutuk mamat tu.

"Kalau kau tak mandi, aku rogol kau!! Nak?!!" Ugutnya.

Aku kemudian mendepangkan tangan bagaikan terpaku sambil tersenyum manis. Menyerah diri untuk dirogoll lah kononnya tu?... haha.... kejap.. Roro...rogol?! Terus aku memeluk tubuh.

"Kau ingat aku pelacur?!!" Marahku.

Fendi tersenyum sinis lalu menghampiri diriku sambil berkata..

"Pelacur lagi cun dari kau,tahu tak?! You're not my type baby" sambil mengenyitkan mata kepadaku. Uhh sakit giler hati!!

"Mandii lah pangeit!"

Saranghae Miss Pangiet!!Where stories live. Discover now