Satu Hari Aku Berjalan Mencipta Seni

94 3 1
                                    

Satu hari aku berjalan mencipta seni,
Bersama teman yang dikasihi,
Takut malu indah diakhiri,
Hingga jejak suatu bumi maha esa beri.

Satu hari aku berjalan mencipta seni,
Di sebuah tempat penuh jasad dan rohani,
Berlainan bangsa dan agama,
Berbeza juga tutur dan bicara,
Yang cuba dicerita kepada semua.

Satu hari aku berjalan mencipta seni,
Dengan penuh rasa julang di hati,
Yang dihimpit rona berseri seri,
Hingga sukar tercabar diri.

Satu hari aku berjalan mencipta seni,
Hingga diulit sakit yang berbangkit,
Tapi dilupa hingga rasa alpa,
Oleh insan yang suka memujuk dan memaksa.

Satu hari aku berjalan mencipta seni,
Bertemu, beramah mesra yang ditentu Esa,
Dan terlakar senyum manis buat semua,
Yang sudah mula diikat dan terjalin mesra.

Zakuan Faizz
Batang Kali
Disember 2015

ANEKAPUISI

PuisiWhere stories live. Discover now