Sementara menunggu azan isyak berkumandang, Adam mengajar aku mengaji. Bukan aku tidak reti mengaji, tetapi Adam betulkan kesalahan aku.
"Sadaqallahhulazim." Aku terus menutup Alquran lalu membaca doa selepas membaca Alquran. Azan Isyak mula kedengaran.
Usai solat isyak, aku hanya duduk di sejadah. Terasa seperti malas hendak bangun.
"Sayang? Kenapa termenung? Jomlah makan?" Tanya Adam. Adam sudah bersila dihadapan aku.
"Macam malaslah nak bangun. Nak tidur je." Jawab aku.
"Kenapa ni? Tadi elok je? Demam ke?" Tangan Adam mula merasa dahi aku. Nak cakap demam, tadi okay je.
"Tak demam pun. Tak apalah, sayang baring je atas katil tu, nanti abang suap nasi." Adam mencabut telekung aku. Aku terus diangkat dan diletakkan diatas katil.
"Beratnya sayang ni, selama ni ringan je. Makan apa sampai gemok ni?" Ejek aku lah tu.
"Makan abang baru tahu! Dah-dah, sayang pening ni." Adam melipat telekung aku dan sejadah.
Selepas 10 minit lebih aku terlelap, Adam mula mengejutkan aku. "Sayang, bangun.. Ni abang nak suap."
"Ermmm." Aku bangun perlahan-lahan daripada baring.
Baru tiga suap nasi, aku rasa macam nak muntah. Cepat aku berlari kearah lantai. Bwekkk! Belum sempat aku sampai ke tandas, aku sudah termuntah dihadapan tandas.
"Abang..." Aku sudah memanggil Adam.
"Ye sayang.. Tak pe, abang bersihkan. Pergi je lah tidur."
"Sorry.. I didn't mean it."
"Sokay, pergi tidur dulu, abang amik mop sekejap." Aku hanya menurut perintah.
Subuh kian menjelma. Aku terbangun pada pukul 5:15 minit pagi. Aku tengok Adam masih lagi dibuai lena. Kesian suami aku, kena jaga aku semalaman. Boleh pula pukul 3 pagi tadi aku teringin nak makan burger. Mungkin lapar kot. Terpaksa Adam bangun untuk mencari burger tetapi Adam kata burger dah tutup, jadi dia yang masak untuk aku. Auchh! Terharu jap.
Aku mengejutkan Adam untuk solat subuh. Dia menyuruh aku mandi dahulu, jadi aku masuk bilik air dahulu.
Selesai solat subuh bersama, aku turun kebawah untuk memasak. Adam pula menyambung tidurnya kerana kekurangan tidur akibat dikacau oleh aku.
Pasti dia letih. Jadi aku teringin nak masak makanan yang paling sedap dan lain daripada yang lain. Teringin pula aku nak mi rebus. Ehehe. Itulah resepi kita harini.
"Hmmmm... Sedapnya bau!" Suara Adam!
"Eh dah bangun dah abang? Belum siap lagi ni."
"Sayang masak apa? Sedap sangat bau sampai abang terbangun."
"Iyelah tu! Ni mee rebus." Kata aku.
"Abang tolong apa yang patut eh?" Pinta Adam.
"Tak apa, abang tolong buat air je. Mee ni tinggal hidang aje."
+++
"Kita pergi klinik?" Pinta Adam.
"Tak perlu kot, nampak tak sayang dah okay? Siap memasak lagi ni. Hehe." Aku menayang gigi.
Muka dia sudah geram. "Sayang ni kan, memang degil tau." Pipi aku terus digoncang.
"Eee! Sayang nak makan lah! Tepi-tepi." Aku menolak tangannya supaya dia makan.
"Sayang ni tahu makan je.. Apa kata buatkan abang air kopi? Tiba-tiba tekak abang terasa nak minum air tu pula."
"Tunggu sekejap, sayang buatkan." Aku terus bangun daripada kerusi. Aku menuju ke dapur untuk buat air kopi.
Buat air kopi bukannya susah sangat, lima minit pun sudah memadai. Air kopi yang berada di dalam cawan bersaiz sederhana dibawa ke meja makan.
"Ni. Minum lah." Aku kembali duduk di kerusi tadi.
"Terima kasih." Ucapnya.
Baru nak capai sudu dan garfu, mee rebus yang di dalam mangkuk aku sudahpun habis. Siapa punya kerja ni... Pasti Adam!
"Abang......! Kenapa abang habiskan! Sayang kempunan tahu tak! Ish.." Aku mahu merajuk kali ini. Biar dia tahu betapa sedihnya aku.
"Mana ada abang habiskan?"
"Dah tu, siapa lagi dekat rumah ni selain abang?"
"Sayang? Sayang pun dekat rumah ni."
"Ish abang ni!"
Adam hanya tersenyum. Lama betul dia tersenyum. Aku yang nak merajuk tambah marah ni pun tak jadi nak buat.
"Abang ni kan! Sayang nak merajuk pun tak jadi!" Aku memukul lengannya.
"Alolololo.. Merajuk rupanya! Meh abang pergi amik dekat periuk eh.. Abang amik banyak-banyak pastu biar abang suapkan ye..baby busuk abang sorang ni..." Adam terus bangun lalu ke dapur. Tak cukup ke aku letak dekat mangkuk dia sampai nak rembat aku punya. Ish,ish,ish.
Kata-kata Adam memang dia tunaikan. Dia tidak benarkan aku makan sendiri, dia mengada-ngada nak suap aku. Ingat aku baby dia lah tu. Aku ni bukan budak atau bayi lagi lah.. Aku dah 25 tahun okay! Mungkin dia anggap aku adik dia kot sebab aku ni rendah.. Well nak buat macam mana, rendah itu comel. Ahahaha.
"Abang, abang tak kerja ke hari ni? Hari ini kan hari Sabtu?" Aku baru terfikir.
Adam menggelengkan kepalanya.
"Kenapa pula?" Aku sedikit berkerut di dahi.
"Sayang tak sihat. So abang kena jaga, takut apa-apa jadi. Mana lah tahu."
"Abang..." Aku terharu! Abang!! Jangan lah macam tu.. Aku boleh pengsan kat sini sebab terlalu cair!
"Terima kasih..." Sambungku lagi.
"Tak perlu ucap semua tu.. Memang tugas abang. Abang kena jaga isteri abang yang manja, comel, pendek, yang kuat cemburu sorang ni."
"Mana ada kuat cemburu! Ish abang ni! Cubit kang.."
"Abang ada terbaca perempuan yang macam isteri abang ni.. Yang suka sebut, sepak kang, cubit kang, lempang kang.. Akuilah, mereka sangat comel. So abang nak cakap.. Isteri abang ni comel ahahahah."
Ahahaha betul lah tu. So, aku ni comel kwang..kwang..kwang.
"Eleh, baru puji sikit.. Muka dah merah." Sengaja tau dia ni nak malukan aku!
"Mana ada!" Laju tangan aku mencubit lengan Adam.
"Tengok tu! Suka cubit abang. Habislah tangan abang, dah tak sado! Sebab asyik kena cubit dengan isteri abang yang garang ni ahahahah."
Tekak aku tiba-tiba terasa loya. Macam nak muntah! Makan banyak sangat agaknya. Aku terus berlari menuju ke bilik air.
"Sayang! Kenapa laju sangat? Nak pergi mana?" Adam hanya memerhati aku daripada meja makan.
Bwekk! Huh! Nasib baik sempat muntah dekat bilik air. Kalau tidak, kesian lah suami aku nak kena lap.
"Sayang ni kenapa? Daripada semalam muntah aje abang tengok." Belakang aku diusap perlahan.
Bwekk! Belum sempat nak jawab soalan Adam, dah muntah balik. Aku ni kenapa? Nak cakap demam, tak panas sangat badan aku. Cuma pening tu ada lah sikit.
"Sayang dah okay? Kalau tak larat, abang angkat je." Tanya Adam sambil masih lagi mengusap belakang aku.
Aku geleng kepala. "Abang keluar lah dulu. Sayang basuh tandas ni sekejap."
"Okay, kejap lagi abang datang balik." Kata Adam.
Usai cuci sisa-sisa muntah, aku keluar daripada tandas. Adam daripada tadi tunggu aku di meja makan. Mungkin dia kesian tengok aku kot.
"Sayang duduk sini dulu minum air masak ni, lepasni sayang berehat dekat bilik je eh? Abang panggil kawan abang suruh check sayang." Aku langsung tidak bersuara tetapi menganggukkan kepala.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta classmate
RomanceAnia zahra telah meminati seseorang sejak di bangku sekolah menengah. Dia hanyalah gadis biasa yang rendah, kurang cantik dan hidup dengan sederhana. Ania yang suka bergaul dengan lelaki menyebabkan Puan Ainur ingin jodohkan Ania dengan seorang lel...
