Usiaku semakin lanjut tetapi aku masih belum berkahwin kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjaya. Hidup aku di kelilingi dengan darah, tidak sah sehari tanpa darah. Pisau, jarum dan benang menjadi mainan aku setiap hari. Nama aku Mitsue Ryoma, seorang doktor pakar bedah yang baru bertugas di daerah Aichi.
Aku terus pulang ke rumah setelah selesai menjalankan tugasan di hospital. Tapi mungkin malam ini aku akan pergi ke hospital lagi jika ada panggilan kecemasan. Itu memang perkara biasa bagi seorang doktor pakar seperti aku.
Sebuah Lamborghini hitam meluncur laju memasuki pekarangan rumah mewah milik aku yang terletak tidak jauh dari tempat kerja aku. Enjin kereta di matikan di garaj. Aku keluar dari kereta dan melihat ke sekeliling. Aku sedang mencari sebuah Vios hitam milik anak angkat kakak aku, Michi Hisoka. Dia masih belum balik lagi walaupun dah malam macam ini.
Aku mengatur langkah menuju ke pintu rumah. Aku mencapai kunci di dalam poket kanan seluar aku dan membuka pintu. Suasana di dalam rumah masih kelihatan kemas walaupun sudah dua hari aku tidak pulang ke rumah. Rasa pelik pula. Selalunya rumah ini bersepah bila aku balik sebab Hisoka tu suka buat semak. Merata-rata dia campak barang-barang dia tu. Aku melangkah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Aku terus menapak naik anak tangga menunju ke bilik aku untuk berehat dan mandi.
Aku menonton televisyen sendirian. Ketika ini jam menunjukkan detik 10 malam, Hisoka masih belum pulang. Ke mana dia pergi? Selalu sangat buat aku risau. Sudah banyak kali aku telefon tapi dia tidak menjawabnya. Macam mana kalau dia.....
Pintu rumah diketuk oleh seseorang lantas aku bergegas menuju ke arah pintu dan membukanya. Hisoka berdiri di hadapan pintu sambil menggalas beg sebuah sandang berwarna hitam pada bahu kirinya. Pada tangan kanannya terdapat sepucuk pistol berwarna hitam. Wajah kacaknya telah bercalar dan mulutnya berdarah. Eh, bukan kacak tapi cantik. Hisoka tu perempuan sebenarnya tapi disebabkan tugasan, dia terpaksa berpakaian sedemikian.
"Apa yang dah berlaku? Terlibat dalam kes lagi ke?" Soal aku seraya dia melangkah masuk ke dalam rumah. Wajahnya tampak dingin. Langsung tak pandang aku.
Hisoka mencampak beg dan pistol ke atas sofa. Jaketnya dibuka dan dicampakkan di atas sofa. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Topi dicampakkan di atas meja mini yang terletak di hadapannya.
Aku menutup pintu. "Hisoka, selama saya tiada di rumah ni, kamu tidur di rumah kawan-kawan kamu ke?" Aku menghampirinya di ruang tamu.
"Bukan di rumah kawan tapi dalam kereta. Terpaksalah kalau sepanjang masa kena ekori penjenyah tu," jelas Hisoka.
Aku mengatur langkah menuju ke arah sebuah almari yang menempatkan kotak bantuan kecemasan lalu aku mengambilnya. "Habis tu, macam mana dengan kuliah kamu? Ponteng lagi?"
"Cuti semesta mana ada kuliah. Orang tua memang selalu lupa." Sedap mulut dia saja cakap aku 'Orang tua'. Aku tahulah umur aku sepuluh tahun lagi tua dari dia.
"Tua-tua pun ramai peminat, tahu tak. Tapi buat masa ni saya tak terfikir nak cari calon lagi." Aku mengambil tempat di sebelah kiri Hisoka setibanya aku di sofa. Kotak bantuan kecemasan dibuka.
"Sebab tu saya pernah pesan sebelum ni. Berfikir sebelum bercinta. Itulah padahnya, degil sangat. Dah jadi mangsa pengikis baru nak sedar diri." Bidasan dia memang pedas. Inilah Hisoka yang jarang buka mulut. Kalau dia dah muka mulut, memang tepat kena dekat aku.
Aku mengambil kapas dan cecair pembersih luka untuk membersihkan luka pada pipi kanannya. "Kamu pun sama. Kebiasaannya gadis seusia kamu ni dah ada boyfriend. Tak teringin ke? Lepas tu, kamu tak perlu buat kerja bahaya tu sendirian lagi sebab ada yang tolong."
YOU ARE READING
DOKTOR PERIBADI ATAU 'BOYFRIEND' PERIBADI
RomanceApakah hubungan antara Mitsue Ryoma dengan Michi Hisoka? Hayatilah kisah antara mereka berdua, doktor dan pesakit.