Waktu berlalu sungguh menyeksakan
Sepertinya aku tlh putus harapan
Mahu terus bergelumang dgn kegelapan
Ataupun merangkak mencari jln TuhanHati telah lama di biar mati
Hawa nafsu terus merajai
Keringat laju mengejar duniawi
Hingga terlupa syurgawi hakikiKaki melonjak mendongak langit
Air syaitan diteguk pahit
Malam masih muda yang bingit
Perempuan bergilir datang menghimpitAjal disangkakan masih panjang
Lupa akan maut yang mendatang
Segerombolan malaikat bertandang
Melihat aku yang masih telanjang.Aku mohon Tuhan masih sayang
Agar aku tidak terus melayang
Cukup masa aku pulang
Kerna Tuhan itu maha penyayang.
YOU ARE READING
Sehari Selembar Puisi
PoesíaMinda setumpul bilah Diasah bersama perahan limau Mengelar bait bait sepi Tajam dan sinis