"Hyeri! Hyeri! Hyeri!" Kedengaran suara Heara menjerit-jerit di hujung talian memanggil kembarnya.
"Haish! Ye ye aku dengar ni.. tak yah lah nk jerit-jerit." Hyeri membalas dengan nada yang tenang tapi sebenarnya terkejut kerana tangannya hampir melecur dari terkena air panas.
"Hehe.. ok ok ni aku nak bagitahu yang esok aku dah start cuti. So, Petang ni aku ingat nak balik.." Heara bersuara dengan nada yang manja untuk menarik perhatian Hyeri.
"Ye~ aku tahu dah kau nak balik petang ni.. semalam kan dah bagitahu.." Hyeri seakan sudah mengerti dengan tindakan Heara yang tetiba mengeluarkan suara manjanya itu. Mesti dia nak sesuatu ni.
"Takde lah.. aku cuma ingatkan jer.. Tapi kan semalam aku cakap yang balik naik bas kan?? Ermm..tu lh masalah sekarang." Heara cuba bermain kata-kata agar dia tidak tersilap.
Sememangnya dia berada dalam masalah sekarang kerana dia terlupa hendak membeli tiket bas semalam. Dan pastinya tidak sempat untuknya membeli tiket itu pada hari ini kerana kelasnya tamat pada pukul 7 malam. Jadi, tujuannya call Hyeri untuk menyuruh kembarnya itu menjemputnya di kampus itu.
"Aku dah agak dah yang kau mesti lupa punya untuk beli tiket bas tu kan??" Hyeri yang dah masak dengan perangai Heara tu menyuarakan andaiannya.
"Hah.. Betul tu.. sbb tu lah aku call kau.. Kau boleh ambik aku kan??" Heara mengiyakan soalan Hyeri tadi kemudian bertanya lagi.
"Tengoklah kalau Yibo tak sibuk aku ajak dia teman aku petang nanti." Hyeri tersenyum sinis kerana tekaannya 100% tepat tentang masalah yang dihadapi oleh kembarnya itu tepat.
"Yeah!! Thanks you Hyeri.. Kau lah penyelamat aku..xD Aku berharap sangat yang boyfriend kau si Yibo tu tak busy petang nanti.." Heara menjerit riang sambil berharap yang harapan terakhirnya untuk pulang ke rumah akan berjaya.
------------------------------------------------------
Hyeri dan Heara merupakan kembar seiras yang sentiasa bersama tidak kira ke mana sahaja mereka pergi sehinggakan masuk bilik air pon sesama dan tidur pon satu bantal. XD
Senang cerita yang dorang berdua ni memang rapat sejak dari dalam perut omma dorang lagi.
Dorang berdua mempunyai minat yang sama, citarasa fashion yang sama, bab makanan memang cerewet sesangat. Lagi-lagi tentang produk penjagaan kulit memang banyak songeh dua orang minah ni.
Dalam banyak-banyak persamaan diorang tu, ada satu benda yang membezakan dorang tu iaitu Idea type dorang terhadap lelaki yang mereka suka.
Hyeri merupakan kakak kepada Heara kerana dia yang lahir dahulu sebelum Heara so dialah kakak. XD
Hyeri mengambil jurusan tourism management kerana dia memang suka melancong. Heara pon sama tapi tak kan lah dorang nak ambik jurusan yang sama hanya kerana mereka kembar dan semuannya harus sama?? Oh no! Please lah.
Hyeri juga merupakan teman wanita kepada Wang Yibo. Lelaki kacukan China Korea ni. Cinta dorang bermula setahun selepas Hyeri dan Heara membuka sebuah Cafe yang berhampiran dengan kawasan perumahan mereka.
Pada mulanya, Yibo ni pelanggan tetap dekat cafe tu dan si Hyeri ni lah yang rajin sangat melayan kerenah si Yibo tu.
Sebulan lepas tu Yibo menyuarakan pendapatnya untuk menjadi rakan kongsi perniagaan mereka. Tetapi bukan menjual kopi dan juga kek serta pencuci mulut di cafe tersebut. Dia ingin membuka sebuah studio fotografi kepada pelanggan yang hadir dan memerlukan khidmat photographer untuk menjadikan hari-hari mereka yang indah penuh dengan kenangan yang bermakna.
Hyeri terus memberikan green light kepada Yibo untuk meneruskan hasratnya itu memandangkan di kedai mereka memang terdapat sebuah bilik yang cukup besar untuk dijadikan sebuah studio di kedai itu.
Maklum sahaja lah Yibo ni pelajar jurusan Photographic dan baru saja memenangi pertandingan yang di kampusnya dengan memperoleh tempat pertama. Setahun lagi tamat lah pengajian dia sama macam Hyeri jugak.
Haera pula dia mengambil jurusan Computer and Marketing. Tapi tawaran yang dia terima tu jauh dari kawasan tempat tinggal keluarga mereka. So, terpaksalah tinggal di hostel.
Dia ada suka seseorang dekat Kampus itu tapi Tiada seorang pon yang tahu tentang perkara itu. Hyeri yang rapat dengannya pon tidak mengetahui perkara itu.
Lelaki tu pelajar tahun kedua juga sama sepertinya tetapi dia mengambil jurusan Business and Law.
Haera sentiasa memerhati gerak gerik lelaki tersebut sejak dari First day lagi dia tiba di kampus tersebut. Semua yang dilakukan lelaki tersebut dianggap sempurna bagi Haera.
Even, pernah sekali je lelaki tersebut menegurnya itu pon sebab dia yang halang laluan dengan mengambil selfie di tengah-tengah jalan. Time tu memang malu tahap dewa. Mana taknya jumpa crush face to face kot. Hati, jantung, hempedu tak yah tanya lah memang rasa macam terlebih hardworking and bila bila je boleh berhenti berfungsi.
Jujur cakap yang muka lelaki tu ada iras sikit macam Yibo. Tapi satu je yang lain. Nama. Nama dia Oh Sehun dan takde kena mengena dengan si Yibo tu atau nama sebenar dia Wang Yibo.
Heara juga berhasrat yang suatu hari nanti dia akan ada keberanian untuk berdepan dengan Sehun. Lelaki pujaannya itu.
Macam manalah agaknya kalau Heara tu bagitahu Hyeri tentang Sehun kan??
Agak-agak Hyeri tu tergedik-gedik tak kat Sehun tu nanti?? Kalau dia gedik ngan Sehun macam mana dengan Yibo??
Yibo pulak time orang perlukan dia. Dia menghilangkan diri pulak.
Hubungan Heara dan Hyeri jugak hampir terputus dengan kehadiran Sehun.
What will happen
YOU ARE READING
Adik Ipar Aku Oh Sehun??
RandomMengisahkan hubungan heara dan hyeri pasangan kembar seiras yang asyik bersama tidak kira ke mana sahaja sehingga lah salah seorang daripada mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar kawasan yang jauh dari tempat tinggal mereka. Hu...