Untitled Part 1

109 1 0
                                    

Faiq terjenguk-jenguk ke luar rumah. ' Hrmm.. Sape la pulak yang pindah sebelah rumah ni'.

Lori besar masuk ke halaman rumah tersebut. Habis di punggah nya barang masuk ke dalam rumah. Faiq bertanya kepada pekerja Cina yang sedang memunggah barang.

"Uncle, siapa loh yang masuk ini rumah? Tak ada nampak pun tuan punya rumah. Saya tengok uncle sama kawan kawan uncle saja ma."

" Owh, ini tuan lumah nanti dia mari. Sikalang arh dia masih kelja. Nanti petang sikit baru itu palentsnya datang" jawab uncle itu dengan pelat cinanya yang pekat.

Faiq menganggukkan kepala. Macam begitu ceritanya. So, kiranya yang tinggal sebelah rumah dia ni family la yer. Bolehlah dia berkenalan dengan mereka nanti.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Adoi. Penatnya angkat barang naik tingkat atas ni." keluh Raisya sambil mengelap peluh. Terima lah padahnya. Nak sangat pindah rumah dekat dengan kampus kan.

Hampir selesai kerjanya memunggah barang ke dalam biliknya. Ni baru punggah belum kemas lagi. Adoi.

Raisya turun semula ke tingkat bawah. Tercari-cari dia di mana mama dan papa nya berada.

" Mama! Papa!" laungnya. Panjang lehernya mencari.

" I'm here Kakak. Outside." jawab Puan Rasyidah. Tergeleng-geleng kepalanya melihat selamba badak sahaja anaknya melaung memanggil mereka.

" Mama ada lagi barang kakak yang .... Err..." terkejut Raisya dibuatnya. Rupanya mama dan papanya sedang berbual dan bertegur sapa dengan jiran sebelah. Alahai malunya.

" Err, sorry interrupt you guys." Raisya menggaru kepalanya. Aish tak sopan langsung.

" It's okay akak. Meh sini papa kenalkan dengan jiran kamu. Faiq, ni anak uncle Nur Raisya Rania. Akak ni jiran kamu Muhammad Faiq Aiman." Encik Rahmat memperkenalkan mereka berdua.

Faiq tersenyum. Alahai, kelakar betul budak ni. " Hai, Raisya. Selamat berkenalan."

" Err, hello. Selamat berkenalan juga." Kuno gila mamat ni punya perkenalan.

Encik Rahmat dan Puan Rasyidah saling berpandangan. Haish pelik betul la budak budak ni.

" Faiq. Ni uncle nak minta tolong boleh tak?" soal Encik Rahmat.

" In Sha Allah kalau tak keberatan. Saya akan tolong." Jawab Faiq ikhlas.

" Alhamdulillah. Uncle bukan apa, Raisya ni kan perempuan. Sudah la dia tinggal sorang pastu dia tak nak berteman pulak. Uncle risau la dia seorang diri. Sekurang kurangnya bila uncle tahu kamu berjiran dengan dia, tak ada la uncle dengan auntie risau sangat sebab kamu ada dan boleh jaga dia. Tolong tengok – tengokkan dia sepanjang dia kat sini yer." Sayu Encik Rahmat bersuara. Raisya ini anak sulung dia. Tunggak harapan keluarga. Risau benar dia kalau apa apa terjadi pada anak dia ini nanti.

" Eh, papa apa cakap macam tu. Raisya okay je la duduk sini sensorang. Raisya tak nak susah kan Faiq or mama and papa." Raisya bersuara. Tak kan aku nak susahkan orang yang aku tak kenal kut.

" Itu uncle jangan risau. Selagi saya ada kat sini, saya boleh tengok tengok kan dia. Uncle jangan risau sangat yer." Balas Faiq. Dia senyum pada Raisya.

Amboi senyuman mamat ni boleh buat orang cair la. Arghh, melting!! Ish, Raisya ingat jangan terpikat dengan mana mana lelaki. Study didahulukan, pencapaian diutamakan. Cinta? Suka? Kuasa Allah. Kalau Dia nak bagi, kita terima perasaan yang dikurniakan dengan sebaiknya.

" Okay la kalau macam tu. Tak ada la uncle dengan auntie risau sangat tentang Raisya ni. Raisya, papa dengan mama dah nak balik ni. Malam ni ada annual dinner la. Lagipun adik adik kamu kat rumah tu dah kebulur dah tu. Dari tadi asyik sms mama kamu ni kata lapar, lapar. Kesian pula. Sebab tu mama kamu ajak balik sebab nak masak untuk dorang." Tukas Encik Rahmat.

Raisya mengangguk. " Tak apa la kalau macam tu. Papa dengan mama boleh balik. Don't worry so much about me okay. I will doing fine here. If there anything I will directly call both of you."

" Jaga diri elok elok tau akak. Makan minum tu jaga. Study elok elok. Mama sentiasa doakan anak mama ni dunia akhirat. Jangan lupa call mama hari hari tau." Hamper menitis air mata Puan Rasyidah ketika menuturkan bicara. Tidak pernah dia membiarkan anak sulungnya tinggal seorang diri. Selama ini pun anaknya ini tinggal di asrama. Tidak la dia risau sangat. Ini seorang diri. Hati ibu mana yang tidak risau.

" Aip aip capten. Don't cry la mama. Tak lawa dah nanti. Akak tak reti pujuk orang nangis la. Tak apa la. Suru papa aje. Papa, meh pujuk bucuk kesayangan papa ni. Dah nangis dah. Hehehe." Raisya ketawa mengekek. Sesedap dia aje nak kenakan mamanya.

" Ish kamu ni. Orang risaukan dia. Dia boleh pula buat lawak. Okay la. Mama papa pergi dulu yer." Raisya tunduk menyalami tangan papa dan mamanya. Dicium kedua pipi orang tuanya. Sejuk hati Faiq. Ya Allah. Sweetnya dorang ni.

"Okay. Bye mama papa" Raisya melambai mereka sehingga la kelibat kereta mereka hilang dari pandangan.

Raisya berpaling ke sebelah kanan. Hiyarkk, macam mana boleh lupa ada lagi sorang manusia dekat sini. Raisya hanya senyum senget dan terus menyusup masuk ke dalam rumah. Tak boleh duk luar rumah lama lama. Nanti cair macam coklat siapa susah. Dia juga.

Faiq gelak melihat telatah Raisya. Hanya ada satu perkataan yang bermain dalam kepalanya sejak tadi. COMEL!!!


*here is my second's story here. ni cerita just suka suka but hope u will like and enjoy it.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 03, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Saat Cinta BersemiWhere stories live. Discover now