'Hari ini, salah satu ahli kumpulan BTS, Kim Seok Jin yang menjadi tumpuan dua tiga bulan yang lepas kerana perkahwinannya dengan Im Yoona ahli SNSD terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku betul-betul dihadapan butik isterinya, Im Yoona. Kemalangan ini masih dibawah siasatan polis tetapi siasatan awal menunjukkan kemalangan ini mungkin sudah dirancang dengan teliti. Kim Seok Jin yang dikatakan dalam perjalanan ke butik isterinya untuk majlis pembukaan telah dilanggar dengan laju oleh sebuah lori dari sisi sebelah tempat pemandu. Ini menyebabkan kecederaan yang teruk pada Kim Seok Jin yang memandu keretanya. Di waktu kejadian, ahli BTS dan SNSD dan juga Im Yoona berada di butik pakaian kanak-kanak milik Yoona. Dengan kepantasan ahli kumpulan BTS, Kim Seok Jin dihantar ke hospital. Kami akan cuba paparkan berita selanjutnya selepas ini.'
Yoona masih menangis tanpa henti menanti suaminya yang masih di dalam bilik pembedahan selepas dibawa ke hospital. Kedua ibu bapanya dan juga kedua mertuanya juga ada disitu. Datuknya dan datuk Jin juga ada disitu termasuk ahli keluarga kedua belah pihak. Ahli BTS dan juga ahli SNSD juga ada disitu tidak sanggup meninggalkan Yoona keseorangan. Namun tidak ada seorang yang mampu mengatakan apa-apa pada Yoona yang menangis dalam diam. Hanya terdengar esakan pelahan dari Yoona.
Dia mesti kuat masa ini, dia mesti kuat walaupun dia tahu ianya sukar untuk dilakukan. Setiap detik jantungnya tidak henti-henti mendoakan agar Jin selamat dan kembali kepadanya.
'Tuhan aku mohon padaMu untuk selamatkan Jin, Janganlah kau ambil Jin dari kami. Aku dan anak di dalam perut ini memerlukan Jin maka aku mohon padaMu Tuhan, kembalikanlah Jin kepada kami. Tuhan kasihanilah kami. Tolong selamat Jin. Aku mohon padamu, tolong selamatkan Jin.'
Kedua orang tuanya dan kedua orang tua Jin silih berganti memujuk Yoona supaya bersabar dan cuba untuk memaksa Yoona makan. Jin sudah berada di dalam bilik pembedahan 9 Jam tapi pintu bilik pembedahan itu masih lagi tertutup rapat. Beberapa ahli keluarga kedua belah pihak juga ada yang sudah pulang dan memesan untuk menghubungi mereka kalau ada apa-apa berita mengenai Jin. Ahli BTS dan SNSD tidak berganjak kerana mereka juga seperti Yoona mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku. Mereka melihat sendiri keadaan Jin di tempat kejadian. Keretanya terseret melangar pembahagi jalan, dan dia dihimpit didalam kereta dengan kepala lori disebelah kanan dan pembahagi disebelah kiri. Apabila Jin ditarik keluar, dia sudah berada di dalam keadaan yang tidak sedar berlumuran dengan darah. Pemandu lori juga tidak sedar tetapi hanya mengalami kecederaan kecil sahaja.
Sekejap tadi polis menyatakan mengikut rakaman CCTV, Jin tidak bersalah dan membawa kereta pelahan mungkin kerana dia sudah sampai ketempat yang dituju, tetapi lori itu datang dengan laju melanggar kereta Jin. Menurut kata polis, mereka sekarang menunggu kebenaran hospital untuk membawa pemandu lori ke balai polis untuk disoal siasat. Polis percaya ini adalah kemalangan yang dirancang kerana, dari pada rakaman CCTV dari arah lori menunjukkan lori itu tidak bergerak sehingga beberapa minit sebelum kemalangan berlaku.
Penerangan polis ini tidak diberitahu kepada Yoona kerana ahli BTS tidak mahu Yoona tertekan dengan berita yang menunjukkan ada orang ingin merancang untuk melanggar Jin. Berita ini hanya diberitahu kepada ayah Jin dan ayah Yoona. Ayah Jin seperti seekor singa, mengarah orang-orangnya untuk memastikan pemandu lori itu tidak terlepas dari undang-undang dan mendapat hukuman yang setimpal. Hanya kerana ayah Yoona ada sekali di situ dia cuba mengawal marahnya kerana kalau ikutkan hatinya, dia ingin mengarahkan pemandu lori itu dibunuh sahaja.
Yoona bangkit dari tempat duduknya sepantas kilat apabila pintu yang tertutup dibuka dan keluar beberapa orang doktor.
"Macammana dengan suami saya?"
"Suami puan sudah keluar dari keadaan kritikal tetapi kami tidak boleh janjikan bila dia akan sedar. Yang itu sama-samalah kita serahkan pada Tuhan. Hanya dia yang mengetahui bila dan bagaimana. Kita sama-sama berdoa agar suami puan kembali kepada kita semua secepat mungkin."
YOU ARE READING
AWAK SUKA SAYA KE?
RomansaBoleh ke nak jatuh cinta ni dengan budak ni... "Apa tak boleh pulak, bukan susah sangat nak jatuh cinta dengan aku" Eh... macammana dia boleh tahu apa yang aku tengah fikirkan ni "Kita ni merancang je, semuanya dah tuhan yang tentukan. Kalau dah t...