Pagi yang mendamaikan dicemari dengan jeritan nyaring milikku. Syukrina yang terkejut mendengar jeritanku segera mendapatkanku. Namun syukrina juga terjerit melihat apa yang ada didepan mata ketika ini.
Aku melarikan pandangan,ibu dan papa kelihatan dari ruang dapur. "Kenapa ni puteri sayang?"tanya ibu dalam nada kerisauan. "Ibu tengok sufi tu."kataku menunjuk kearahnya namun anak mata tetap aku larikan.
"Lah tu je."kata papa dalam nada yang amat aku tidak gemar.Kelihatan syukri datang membawa sehelai tuala. Lalu dia mencampakkan tuala itu kepada sufi."haish lain kali ingat bawak baju sekali."kata syukri mengeluh pastinya. Dia mahu mandi namun tuala sudah diberi kepada sufi.
"Lupaan. Mane ada baju,lupa lah. Sorry puteri. Tak tahu awak turun bawah pulak."sufi yang kelihatan merah mukanya aku pandang. "Sokey lah,pegi naik atas lah awak buat apa kat dapur saya nih?"kataku,haish pantang sekali ada yang menceroboh kawasan laranganku. Untung sahaja si sufi ini tetamu merangkap kawan baikku.
"Dah terbiasa kut. Saya naik atas dulu."kata sufi kelihatan dia seperti malu malu."haish lain kali jangan jerit macamtu terkeluar jantung ibu tahu tak."kata ibu lebih kepada memerli aku. Aku tersengih dan berlalu ke dapur.
"Puteri dah mandi?"tanya ibu, pastinya tidak mahu aku masuk dapur dengan keadaan diri yang tidak bersih."udah bu,usah pikirin aya."kataku berslang indonesia. "Iya,pantas aja kamu harum sekali." Suara syukri membalas dari meja makan kedengaran.
"Haha,ibu nak sarapan apa?"tanyaku ingin menyiapkan sarapan untuk mereka."ibu nak salad lah."kata ibu dan mengeluarkan bahan yang akan aku gunakan untuk menyediakan sarapan."papa nak sandwic ye qisrina."kata papa yang menuju ke meja makan.
"Ok."balasku sambil tangan lincah menyediakan sarapan untuk mereka. Selalunya ibu atau aku akan menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga sahaja,namun bila ada tetamu aku yang pastinya akan beria ria menyediakan sarapan kerana kasihan melihat ibu yang kepenatan.
Selepas siap menyediakan sarapan aku membiarkan mama menghidangnya. Aku pula membancuh air teh untuk papa. Susu coklat dan jus oren didalam peti aku keluarkan. Ibu hanya bantu mengangkat segala macam sarapan yang aku sediakan.
"Ibu,puteri naik atas tukar baju sekolah jap eh."kataku,selepas melihat ibu mengangguk dan tersenyum aku berlari memanjat tangga."qisrina jangan lari nanti jatuhlah."jerit papa.
masin juga mulut papa, aku terlanggar sesuatu dan hampir terjatuh namun seperti ada dua tangan yang membantu aku daripada terus terjatuh.Kelihatan sufi menarik tangan kananku dan memegang pinggangku. Firman pula menarik tangan kiriku dan hampir memaut leherku.
Aku yang sudah agak stabil memandang mereka dengan pandangan ingin dilepaskan. Mereka yang baru sedar akan keterlanjuran itu cepat sahaja melepaskan aku. Ada dua pasang mata yang memerhatikanku.
Aku segera kebilik dan menukar pakaian sekolah. Memandangkan semua sudah turun kebawah hanya aku yang belum turun maka aku harus cepat bersiap. Hanya menyarungkan t-shirt sukan dan turun ke bawah. Rambut aku biarkan lepas bersama cekak berwarna putih.
Ya aku seorang yang gemar dengan warna putih bilikku juga dihiasi dengan pelbagai perhiasan putih. Perabot tidak perlu cerita seperti dunia salju aku rasakan. Namun aku tidak peduli asalkan putih itu cantik dan suci dimataku.
Aku menuruni anak tangga dengan gaya puteri yang menanti putera. "Time naik tangga macam cinderella kene panggil dengan kakak tiri,time turun tangga jadi puteri pulak."kata papa mencebik kearahku. Aku pula hanya memandang dengan pandangan bersahaja bersama senyuman pelik.
"Dah memang puteri. But i hate cinderella's so jadikan qisrina puteri lain."kataku sambil menuju kearah papa. Apabila sampai dikerusi yang diduduki oleh papa aku mencium pipi kanannya. Ibu pula aku cium pipi kirinya.
Aku langsung tidak segan walaupun rakan rakanku melihatnya. Yang aku cium ibu dan papa bukan lelaki haram jadah diluar sana. "Puteri nak tea or choc milk." Tanya ibu kepadaku. Aku hanya menunjukkan coklat susu dan ibu menuangkanya ke dalam gelas.
Aku yang baru duduk diantara syukrina dan sufi menyambut pula huluran ibu kemudian itu. "Like always baby papa eh eh."kata papa tiba tiba manja dan gedik."hah tu mesti taknak hantar qisrina. Asyik ibu je kesian ibu."kataku dan memuncung.
"Tak suka eh ibu hantar puteri."ibu bersuara sayu. haish aku tidak boleh kalau ibu membuat suara sayunya. Retak hati ini tambah tambah bila matanya seperti hendak mengalirkan air mata bagai nak berderai terkeluar jantung paru paru pakej pula dengan usus usus nih.
"Eh bukan camtu ibu. Puteri kesian dengan ibu je. Hari hari nak hantar puteri,tengok papa tu lek je sebab ibu rajin hantar puteri."kataku memujuk panjang lebar. Ibu tersenyum melihatku pasti mukaku sudah merah kerana menahan rasa.
"Takpelah ibu yang nak hantar. Tak pun camni papa hantar sufi dengan firman ibu hantar puteri dengan syukrina. Syukri dengan fadzhan ada kereta sendiri kan."mereka bersetuju tidak terkecuali aku. Papa kelihatan Mencebik saat aku memberikan senyuman mengejek.
"Cepat nanti ibu lambat pulak."kata papa sambil menyuakan sekeping roti yang disapu jam strawberi. Aku menyambut dan segera mengalas beg sekolah di sebelah kerusi. Aku memastikan rambutku kemas dan pakaianku tidak kotor.
"Ok jom ibu."kataku yang sudah berdiri tegak dihadapan ibu. "Cantiknya anak ibu. Jom."kata ibu dan aku memeluk tangan ibu menuju ke pintu rumah. Selepas menyarungkan kasut aku menuju kearah papa untuk menyalaminya.
"Pa..."rengekku papa menghulurkan tangan dan aku mengalaminya. Aku mencium pipi kanan papa dan papa mencium dahiku. Kami masuk kereta yang berasingan. Aku menaiki kereta ibu, sufi menaiki kereta papa, syukrina menaiki kereta syukri dan firman menaiki kereta fadzhan.
Mereka rasa bersalah membiarkan adik adik mereka jadi kami menaiki kereta berasingan. Sufi pula menaiki kereta papa kerana berasa janggal naik bersamaku lagipula papa yang teringin sangat hendak menghantar sufi.
Sufi tidak bertugas pada waktu pagi hari ini jadinya tidak ada masalah jika kami datang pada waktu yang sama. Setibanya di pintu pagar sekolah,Aku mencium tangan ibu dan ibu mencium dahiku. Aku menuruni kereta ibu dan diikuti sufi,syukrina dan firman.
kami diperhatikan oleh pelajar junior dan sudah pasti rakan sekelas. Seperti pelajar pertukaran pula rasanya bila diperhatikan sedemikian. Kami melambai ibu,papa,syukri dan fadzhan apabila kereta mereka lalu dihadapan kami.
Selepas kereta beredar aku masuk keperkarangan sekolah bersama tiga orang rakanku. "Hai princess."ada seorang sahaja cikgu yang akan tegur begini sekiranya aku baru menapak masuk kedalam sekolah.
"Anything sir.haizat?" Tanyaku sambil melihatnya. Syukrina pasti sudah cair lebur bukan kerana cuaca tapi kerana bahang sir.haizat ini. Berbadan tegap, berkulit putih bersih, bibir yang merah jambu pasti tidak menghisap rokok. Yalah senang kata pakej lengkap untuk kenapa pelajar di sekolah ini tergilakannya.
"Honey jumpa bae kat kantin nanti ye."katanya. Dia suka membahasakan dirinya bae atau baby berbanding cikgu.Aku pula selalu menjadi tumpuan untuk digosipkan apabila sir.haizat mula menggedik.
Mana tidaknya dengan pelajar lain mahu membuka mulut pon malas tapi dengan aku ayat tak pernah tak manis."eh dah kenapa sir.haizat tuh nak menggatal je keje dengan awak eh?"tanya sufi mungkin meluat melihat perangai cikgu seorang itu.
"Entah kurang kasih sayang kut.jom masuk kelas."kataku dan kami menuju ke kelas secepat mungkin.
YOU ARE READING
Cik Cinderella Dan Encik Vampire
AléatoireQisrina seorang yang periang dan comel. Mempunyai ibu yang penyayang dan disenangi. Ayahnya sangat menyayangi qisrina. Satu hari ibunya telah menghidap penyakit yang agak serius. Ayahnya tertekan dan tidak mampu berbuat apa apa. Bagaimana reaksi qis...