Dalam diari fairytale ku
Aku pinginkan gadis sedikit gempal
Berambut panjang dan punya peti simpan makanan di kedua-dua belah pipinya
Lenggok manjanya imbuhan ekstra bagiku
walaupun bengis seperti singa kelaparan Tidak mengapa ; aku gemarkannyaTanggal tujuh Januari
Hari kelahiran gadis kegemaran dirai
Kita berdansa rancak sekali
Menghembus api kecil di atas sepotong kek hari jadi
Dan sekuntum ciuman singgah di dahiDalam diari fairytale ku kutuliskan lagi
Setiap momen yang kita lalui
Adalah detik terindah di dalam life diari
Dan aku pinginkan gadis yang menyambut hari jadi tadi
Menjadi teman paling sejati
Sentiasa punya waktu walau menjengah lewat pagiGadis gempal berbintang capri
Adakah kau sudi ?
Atau aku harus mengetuk rumahmu berkali-kali ?
Sehingga kau tidak mampu mengelak lagi.
Dan aku adalah destinasi terakhir yang kau akan lewatiAku akan menunggumu di sini
Setia bersama diari fairytale disisi
Aku akan terus menulis lagi
Tentang gadis gempal yang mencuri hati
Yang keji -- yang tidak mahu memulangkannya kembali.
YOU ARE READING
Sehari Selembar Puisi
Thơ caMinda setumpul bilah Diasah bersama perahan limau Mengelar bait bait sepi Tajam dan sinis