Prolog

227 5 0
                                    

Kali pertama menjejakkan kaki ke Matrik UIA, mata Khair sentiasa memandang lantai walau ke mana sahaja dia berjalan. Sekejap- sekejap matanya dilarikan ke arah kanan dan kemudian ke kiri semata- mata untuk mengelak dari terpandang pelajar perempuan.

Dia khuatir jika terpandang perempuan, matanya sudah tidak dapat dilarikan lagi ke mana-mana. Baru sebentar tadi pandangannya terarah tepat ke arah seorang gadis yang berjalan berlawanan arah dengannya.

"Cantiknya gadis itu!" getus hatinya.

"Astaghfirullahal'azim..." cepat-cepat dia beristighfar mengenangkan dosa yang dia dapat akibat zina matanya itu.

Sebab itu dia terpaksa menundukkan pandangannya dari sejak tadi. Tiba-tiba azan Zohor berkumandang. Dilihatnya ramai pelajar lelaki bergerak ke satu arah yang sama. Dari jauh kelihatan kubah berwarna emas. Dia cukup yakin itulah masjid untuk para pelajar Matrik UIA bersolat. Langkahnya dipercepat agar dia tidak lambat bersolat. Solat awal waktu itu kan berkat. Amalan yang paling Allah suka! Bisik hatinya sendiri sebagai peringatan agar dia tidak alpa dengan dunia.

Khair 2Where stories live. Discover now