Di mana part 1
Aku berjalan malas ke luar koridor rumah,nak menghirup udara segar sambil usha awek lawa dari tingkat 3 flat aku.
Sebelum jenguk dunia yang hampir tengah malam,sempat aku grab kotak rokok dunhill di atas almari tv. Ceh,nak hirup udara 'segar' lah katakan.
Suasana di flat masih havoc seakan-akan hari masih siang. Ada yang lalu lalang x menentu arah, ada yang pasang gosip, paling banyak ada yang sedang memadu asmara. Aku terpandang sekumpulan anak remaja yang sedang khusyuk melayan vape sambil aku mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya. Khusyuklah sangat! Baik aku,layan asap rokok. Baru macho!"Hai Zack!"
Suara Safiyya lembut menyapa aku di sebelah sambil mencuit pinggang aku..
Aku pandang ke arahnya,dia tersenyum..aduuh! Manisnya!"Fiyya,baru balik kerja ke?"
Sambil menggaya baju nurse nya
"Taklah, baru lepas photoshoot", sindirnya." Zack sorang je ke kat rumah malam ni? Mana yang lain?"
"Ada kat dalam,tengah makan megi."
Padahal tengah menonton yang x sepatutnya. Sengaja berahsia sebab nak jaga air muka kawan.Safiyya terus tersenyum dan memandang ke arah sebuah flat kosong berhadapan kami. Aku pun turut pandang ke arah yang sama, tak bolehlah pandang Safiyya ni lama-lama takut bertambah angau!
"Dulu rumah tu dihuni oleh dua adik beradik, kakak dan adik lelakinya. Kakak dia pernah berkerja jadi nurse dekat tempat kerja Fiya dulu. Adik dia pula baru tingkatan lima. Mak ayah diorang pula dah lama meninggal sebab kemalangan." Tiba dia membuka cerita. Bagus ada topik untuk lama-lama dengan aku
"Ala,Zack dengar banyak versilah pasal orang yang huni rumah tu dulu. Semua macam tipu je."
" Tapi yang Fiya tahu ni memang kisah benar." ujarnya dengan serius.
"Okay, sambunglah bercerita pasal rumah tu,Zack nak dengar. Kalau cerita tu panjang pun Zack sanggup mendengarnya".
Dia pandang ke wajah aku dan kembali senyum. Pergh, melting!" Kakak yang tinggal kat situ selalu pulang kerja lewat malam. Dalam pukul 11.30 dia balik dan time tu jugak adik lelaki dia baru balik dari melepak dengan kawan-kawan dia. Kakak dia selalu nasihatkan dia supaya fokus untuk spm dan mereka selalu end up bergaduh.
Ada satu malam tu, salah seorang daripada kawan adik dia ajak hisap gam kat bawah jambatan sana tu. Mulanya dia tak nak sebab takut,tapi kawan dia pujuk juga sampai dia termakan dengan pujuk rayu kawannya. Start hari tu adik dia selalu pulang nak dekat-dekat subuh sebab gian dengan hobi baru dia tu.""Kakak dia tahu tak yang adik dia tu hisap gam?" Aku bertanya sambil menunjukkan minat. Aku dapat rasakan versi yang Safiyya ceritakan nampak macam benar. Tak macam versi yang lain yang pastinya ditokok tambah bagi menyedapkan cerita yang disampaikan oleh sesetengah individu.
" Kakak dia tahu, tahu dari jiran."
"Lepas tu,Kakak dia buat apalah dengan adik dia?"
"Macam biasa, kakak dia bagi nasihat and perkara sama terjadi diorg end up bergaduh."
"Tu je?" Tanya aku dengan x puas hati. Sama ada tak puas hati dengan kakaknya atau adiknya. Kalau aku ada adik macam tu memang makan terajang aku lah!
" Ada satu hari tu kakak dia ambil leave sebab dia rancang nak geledah bilik adik dia. Dia berhajat nak ambil semua simpanan gam and dia nak check kut-kut adik dia ada simpan dadah time adik dia still kat sekolah."
"Eh,adik dia tak ponteng sekolah erk?"
Hairan doe sebab budak bermasalah macam ni reti nak pergi sekolah. Hairan kan? Kan?kan.
"Zack,Janganlah potong cerita Fiya!"
Jelas wajah Safiyya yang geram sebab aku menyampuk ceritanya tadi..tapi yelah memang pelik pun budak tu tahu nak pergi sekolah.
"Memanglah dia ponteng,tapi entah! Dah dia nak pegi sekolah time tu. Mungkin juga dia nak kaburi mata kakak dia sebab dia dah bosan dengar kakak dia membebel."
Ok,logik dan boleh diterima.
"Tapi,time tu kakak dia betul-betul geledah sampai bersepah bilik adiknya. Tapi dia tak kemas balik bilik adik dia. Dia macam cukup bengang and stress sangat dekat adik dia. Malamnya adik dia balik, dia tengah high masa tu. Masuk je bilik,adik dia terus mengamuk dan panggil kakak pencuri. Malam tu adik dia dah tak terkawal sangat-sangat dah, adik dia masuk dapur ambil pisau sebab dia nak tikam kakak dia. Kakak dia duk dalam bilik dia..dia buat bodoh je dengan jeritan adik dia. Dia tak tahu yang dia bakal di bunuh." Ujarnya sayu.
Tak tahulah kenapa tiba-tiba Safiyya nampak sayu dan dia nampak pucat sikit berbanding semasa dia menyapa aku.
"Adik dia ketuk pintu kuat-kuat, and then kakak dia keluar dari bilik. Tak sempat buat apa-apa adik dia terus menikam perut kakak dia. Tiga kali dia tikam di tempat yang sama." Dia masih memandang rumah kosong itu.
"Jiran-jiran takde dengar ke? Adik dia kena tangkap tak? Kakak dia selamat tak?"bertubi-tubi soalan aku.
"Jiran-jiran buat hal masing-masing,diorang ingat tu pergaduhan biasa adik beradik. Adik dia lari dari rumah dengan duit dan barang kemas kakak dia. Dan kakak dia..." Tiba-tiba dia berhenti bercerita.
"Kakak dia mati ke?" Aku meneka.
YOU ARE READING
Cerpen: Psiko Urban
HorrorCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.