Marilyn monroe ialah pelakon filem yang paling terkenal di Amarika Syarikat pada abad ke -20. Beliau meninggal dunia pada umur 37 tahun.Bilik 322 Hotel Roosevelt ialah rumah kedua beliau kerana beliau selalu menginap di situ. Oleh itu,pihak hotel menyediakan bilik tersebut khas untuk beliau.
Selepas Marilyn Monroe meninggal dunia pada tahun 1962,pihak hotel menyewakan bilik tersebut kepada orang ramai.Namun,penyewanya sering berkata bahawa mereka mengalami perkara yang pelik di dalam bilik tersebut. Lampu sentiasa berkelip - kelip malah kedengaran gelak ketawa wanita yang nakal. Selain itu,ada juga yang menyatakan bahawa mereka terjumpa roh Marilyn Monroe di dalam bilik. Khabarnya,apabila roh muncul,suhu bilik akan menurun secara mendadak. Orang ramai menganggap bahawa ini ialah amaran daripada Marilyn Monroe kerana beliau tidak mahu orang lain tinggal di dalam bilik itu.
Kini,bilik 322 di Hotel Roosevel tidak lagi disewakan kepada sesiapa.
YOU ARE READING
Cerita Hantu Seram
HorrorMengisah sebuah himpunan cerita - cerita seram.ada yang benar dan hanyalah rekaan semata- mata.. Harap terhibur